DM43~DAH KENAPA?

Romance Series 23892

Izham sungging senyum nipis. Seronoknya hasil masakannya semakin mendapat permintaan dari pelanggan. Yang tak pernah kenal pun, tiba-tiba pm cakap nak order. Bolehlah duit yang dapat tu dibuat duit belanja seharian suami isteri.

Mikanadira pun faham yang dia dah jadi pengganggur. Sokongan isteri sememangnya sangat besar nilainya. Walau kita susah tapi bila kesusahan itu diharungi bersama, terasa kesusahan yang melanda tu macam ciputt aje.

'Tapi kan, bila sebut pasal isteri ni, where is my wife? Dari tadi diam aje dalam bilik. Takkan tak keluar makan, tak keluar mandi. Dan takkanlah dari tadi asyik tidur sahaja? ' cik hati tiba-tiba terdetik.

Izham berjalan ke bilik nya. Risau pulak apa-apa jadi dekat Mikanadira. Isterinya itu masih lemah. Lemah kerana berbadan dua.

Pintu di tolak perlahan. Takut pulak mengganggu isterinya tidur. Eh, gelap? Mikanadira tak buka lampu ke? Selama Ini, kalau maghrib aje mesti isterinya akan bukak lampu tunggu nak solat Maghrib berjemaah.

..... Klik..

Suis lampu di buka. Mata di lilaukan ke sekeliling ruang bilik. Mana Mikanadira? Tak nampak batang hidung pun. Takkanlah masih mandi. Tapi tadi dalam bilik air tiada orang. So...

Mesti Mikanadira pergi kedai runcit ni. Izham jangan buruk sangka dengan isteri. Syaitan sengaja nak buat kau tak tenang.. Okey.. Cool..

Baru sahaja Izham ingin menutup pintu dia ternampak lipatan kertas di meja solek.

Kertas apa tu? Surat cinta ke?

Izham tersenyum malu. Sweet nya isterinya ini. Mengandung-mengandung macam ni pun sempat lagi buat surat cinta. Romantiknya awak.

Lipatan itu dibuka selepas Izham duduk di atas katil. Okey-okey, Izham. Jangan baca lagi. Tarik nafas.. Hembus... Tarik nafas... Hembus.... Jadi sila mulakan pembacaan surat cinta dari isteri anda, sekarang!. Terasa Seperti suara Sean Lee, pengacara I Can See Your Voice Malaysia, berkata-kata.

ANDAI ABANG DAH BACA SURAT NI, MIKA SUDAH BERADA JAUH DARI SINI.

MIKA TAHU LAMBAT LAUN ABANG AKAN TINGGALKAN MIKA JUGAK, JADI LEBIH BAIK MIKA YANG UNDURKAN DIRI DULU. MIKA TAK KUAT UNTUK MENERIMA PERKHABARAN ABANG AKAN TINGGALKAN JUGA MIKA.

KETIDAKSEMPURNAAN DIRI INI, BARANGKALI TELAH MEMATIKAN CINTA YANG PERNAH ADA DI HATI ABANG. TAK PE, MIKA FAHAM. MUNGKIN APA YANG MIKA PERNAH KATA DEKAT ABANG DULU, TELAH MEMBUNUH BUNGA-BUNGA CINTA DI HATI ABANG.

ABANG LELAKI YANG BAIK. MASIH BANYAK PEREMPUAN DI LUAR SANA YANG MENUNGGU ABANG. MIKA AKAN JAGA ANAK INI SEBAIKNYA. SEMOGA KETIADAAN MIKA, AKAN BUAT KAN ABANG LEBIH BAHAGIA.

MIKA TAHU MIKA SELALU MENYUSAHKAN ABANG. NAK MASAK LAH, NAK KEMAS RUMAH LAH. MAAF ANDAI MIKA SELALU MEMBUAT ABANG BERASA BENCI DENGAN DIRI INI.

MIKA IZINKAN JIKA ABANG NAK BERNIKAH LAGI. MIKA IZINKAN. ASALKAN DENGAN KEHADIRAN SI DIA, ABANG AKAN DI LAYAN DENGAN SEBAIK-BAIKNYA YANG SEORANG ISTERI MAMPU LAKUKAN.

ABANG TINGGALLAH DI RUMAH INI. BAWAK SEKALI ISTERI ABANG TINGGAL DI SINI. MIKA DAH TUKAR KAN RUMAH INI MENJADI MILIK ABANG.

SEBELUM PENA INI BERHENTI DI TITIK NOKTAH, MIKA NAK MINTA MAAF DARI ABANG KERANA PERNAH HADIR DI DALAM HIDUP ABANG. ASSALAMMUALAIKUM ABANG.

YANG SELALU MENYAYANGIMU,
. . . . . . .ISTERIMU. . . . . . . . . .

Izham bergegas keluar dari bilik. Cemas wajahnya. Dia terus berlari keluar dari rumah. Tidak di lupa untuk mengunci rumah dahulu.

Sayang, mana sayang pergi ni? Abang tak pernah anggap sayang beban dalam hidup abang. Kehadiran sayang telah menyerikan lagi hidup abang yang kelam dan kusam selama Ini.

Kenapa sayang tinggal kan Abang. Abang sayang sangat dengan Mika. Abang tak pernah berhenti cintakan sayang dari hari pertama kita bernikah.

Izham berlari-lari laju sewaktu turun dari anak tangga tapi malangnya dia tersilap langkah lalu terus jatuh tergolek di tangga sebelum jatuh ke lantai.

Izham gagahkan juga diri untuk bangun. Sakit yang dirasakan di kaki tidak setanding dengan perasaan risau akan keselamatan isteri dan anaknya. Mikanadira telah mencuri hatinya. Perginya wanita itu, pergilah sekali hatinya. Tinggal lah dia dengan jasad yang kaku. Kaku tanpa perasaan.

" Mika! Mana sayang pergi ni. Abang janji sayang. Abang tak kan tinggal kan Mika. Perasaan ni, hanya untuk Mika. Balik lah sayang. Balik.. " Izham bersuara lirih sambil matanya melilau memandang sekeliling.

Air mata lelakinya sudah lama tumpah tanpa henti. Batinnya juga menangis pilu.

Dengan kaki terhincut-hincut, Izham memaksa juga kaki nya untuk melangkah. Tetapi dia jatuh juga.. Terus berdarah bibirnya kerana terhentak di lantai simen tingkat paling bawah itu.

Izham cuba lagi untuk bangun tetapi tetap jatuh. Barang kali kakinya terseliuh. Itu yang bila nak berdiri, jadi jatuh balik..

" Eh, abang Am. Kenapa ni? " soal Yuna yang kebetulan lalu disitu. Mukanya risau memandang Izham yang menangis teresak-esak itu. Dengan bibir yang luka lagi.

" Isteri abang... Dia... " Izham tak mampu berkata-kata lagi. Terus di menangis buat kesekian kalinya. Sayu mukanya tatkala itu.

Yuna tersenyum dalam diam. Adalah chance dia nak tackle lelaki itu. Alah lelaki, buat suara manja, goda-goda sikit mesti jatuh tersungkur di kakinya.

*************************

Mikael tolak pintu rumah flat itu. Beg bajunya dan baju Mikayla turut dibawa bersama. Tangan Mikayla di tarik untuk masuk ke dalam rumah.

" Umah....pa.. Ni.. B.. Bang? " soal Mikayla kepada abangnya.

" Rumah kita. Kecil sikit lah dari rumah yang dulu. Abang tak mampu nak sewa rumah yang besar-besar. " Mikael bersuara perlahan.

Mikayla hanya tersenyum ceria.

" Yang tengah tu bilik Kayla. Yang sebelah tu bilik abang. Kayla masuklah dulu. Abang nak beli roti. Mesti Kayla laparkan? " Mikael usap kepala Mikayla.

Orang tua mereka telah menghalau mereka kerana terlalu malu dengan apa yang terjadi. Mereka tidak boleh terima.

Mikael faham perasaan mama dan papanya. Ibu bapa mana tak kecewa kalau anak mereka buat sesuatu yang memalukan. Memang wajar tindakan itu.

Langkah Kayla di pandang kosong. Apa aku dah pernah buat ni? Aku berdosa ya Allah.. Aku bertaubat padamu. Aku berzina dengan adik ku sendiri. Yang merupakan anak syurga. Anak yang tidak berdosa.

Entah apa yang merasuki aku untuk berbuat demikian? Aku bukan abang yang baik.

Aku tahu aku tak layak untuk syurgamu. Aku tak layak...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience