Bab 78
Matanya dari tadi lagi tidak terpejam. Nak cakap minum kopi pun tidak, hari ini. Entah la, Faqihah tak pasti apa punca matanya masih celik. Fatihah yang berdengkur perlahan di sebelah, di pandangnya sekilas sebelum dia turun dari katil.
Sebaik sahaja keluar dari bilik, matanya melilau memandang sekeliling. Selalunya waktu-waktu begini, Maknya akan sedia kan bahan-bahan untuk masak Nasi Lemak siap-siap. Kiranya, esok bila bangun pagi, dah boleh masak terus dah.
Tapi lampu dapur, tidak bernyala pula. Tandanya Mak Siti dia tak berjaga lah malam ini. Mungkin dia akan bangun lebih awal untuk sedia kan bahan-bahan untuk masak.
" Aku rasa malam memang sesuai la kalau aku nak jumpa Tok Basah. Aku kena bertindak segera. Tak mau la aku, nanti gigit jari pula di kemudian hari. Mika pulak makin melampau sekarang ni. " dengusnya dengan muka masam.
Fatihah membuka selak rumahnya, perlahan. Tadi nak ke pintu rumah pun, dia kena terjengket-jengket. Risau betul la, kalau Maknya nampak. Mak Siti ni kalau membebel, eii, boleh pecah gegendang telinga.
Selipar jepun berwarna pink milik Fatihah di sarungnya laju. 'Sorry, Tihah. Aku pinjam kasut kau tanpa izin,' bisiknya dalam hati sambil tersenyum sinis.
Walau suasana malam yang berangin lembut itu adakalanya sangat menyeramkan, Faqihah tetap berjalan laju dengan wajah yang yakin. Digenggamnya dengan kuat jari-jemari. Dia sudah bertekad. Apa nak jadi pun jadi la, yang penting hati dia puas.
Tok. . Tok. . Tok. .
Pintu rumah kayu yang kelihatan usang itu di ketuk laju. Agak lama juga dia menunggu, sebelum terpancul keluar seorang wanita tua yang sudah beruban. Rambutnya beruban, di sanggulkan dengan kayu sanggul. Terukir sebuah senyuman yang sangat menyeramkan di bibirnya.
Faqihah mengusap lengannya. Bulu roma sudah berdiri tinggi. Ya Allah, dia sangat takut. Ini first time dia datang ke rumah Tok Basah. Dari mulut-mulut orang kampung, Tok Basah merupakan Tok Bomoh dan juga tok Bidan.
Sejak dahulu, perkhidmatannya sebagai bidan sentiasa menjadi keperluan utama untuk wanita-wanita bersalin di kampung ini. Tetapi, sejak kebelakangan ini, kewujudan doktor dan nurse telah menggugat populariti Tok Basah. Orang kampung juga seakan-akan melupakannya. Tiada lagi panggilan untuk menguruskan wanita bersalin untuknya.
Sanggup mereka ke pekan untuk melahirkan anak dan menghabiskan sejumlah wang untuk itu, sedangkan perkhidmatan perbidanan Tok Basah tidak perlu langsung di bayar dengan wang. Cuma dia meminta uri sahaja. Sangat mudah, kan?
Awak bagi uri, Saya tolong awak beranak dengan percuma. Itu aje. Tapi, semua orang kampung tidak mengendahkannya lagi.
" Tok, jangan la senyum macam tu. Tak maneh pun. Tu, dekat gigi tu ada cili la tok. " tegur Faqihah. Agak celopar kan mulutnya?
Tok Basah terus menjeling tajam Faqihah. Aku hantar orang minyak ganggu kau nanti, baru tau kot. Mulut celopar.
Pintu yang usang itu, di buka sedikit. Agak-agak muat la tubuh Faqihah nak masuk. Sebelum masuk ke rumah itu, Faqihah terjenguk-jenguk dahulu di luar. Mana tahu, ada orang kampung yang skodeng ke? Lepas tu, cerita dekat Mak dia pulak. Eiii, haru jadinya nanti.
Di ruang tamu yang berselerak itu, Faqihah terlihat TV yang terpasang. Oh mak aiii, Tok Basah pun layan cerita Korea, la. Ingatkan tok bomoh macam tu hanya melakukan pemujaan makhluk-makhluk halus sahaja. Rupanya sangkaan dia meleset sama sekali.
Tapi, tak mustahil la. Zaman sekarang ni, drama Korea begitu meluas pengaruhnya. Sebagai contohnya, kita boleh tengok Tok Basah sendiri la. Kita sendiri pun tak sangka, yang wanita tua itu turut menonton cerita sebegitu.
" Tepi la sikit, tubuh kamu tu. Mengganggu pandangan aku aje. Eii, tengok la tu. Tuan Lee Yeon nak peluk Ji A. Ommo. Sweetnya. " kata Tok Basah yang sudah terteleng kepalanya untuk menengok skrin televisyen. Dia sudah berdiri di hadapan sebuah pintu bilik yang paling hujung sekali dari ruang tamu.
Faqihah tersengih seperti kerang busuk. Kaki di bawa melangkah ke arah Tok Basah.
" Bilik apa ni, Tok? Banyaknya asap. Tok merokok ke? " soal Faqihah, naif. Matanya sudah meliar memandang bilik kecil yang di penuhi asap itu. Tak sangka wanita tua di hadapannya ini, merokok. Entah rokok jenama apa lah yang di hisapnya. Asapnya begitu tebal seperti jerebu.
Tok Basah melangkah ke meja kecil di sudut paling hujung bilik. Mancis di ambil untuk menghidupkan lilin untuk sesi pemujaannya. Beberapa biji limau nipis diambil lalu di hiris di dalam mangkuk kaca di atas meja. Terkumat-kamit mulutnya seperti membaca jampi.
" Sebelum tu, Tok. Tujuan Saya jumpa tok ni.. Sebab.. " belum sempat Faqihah yang sudah bersila itu menghabiskan kata-katanya, laju sahaja Tok Basah memintas.
" Kau nak lelaki bernama Izham suka kan kau, kan? Dan kau nak hapuskan batu penghalang antara kau dan Izham? Betul? " soal Tok Basah sambil tangannya bermain-main dengan air di dalam mangkuk.
" Macam mana Tok tau? Tok ada magik ka? " Faqihah sudah terlopong mulutnya. Macam mana tok Basah boleh tahu, keinginan hatinya? Adakah dengan bantuan makhluk halus? Wow, kalau macam tu, dia nak bela lah setan sekor dua. Boleh la dia show off dekat Fatihah nanti.
Hidung Tok Basah sudah kembang kempis. Seronok apabila gadis di hadapannya ini, melahirkan rasa takjub dengan kehebatannya. "Well.. memang dari genetik pun." kata nya dengan muka bongkak.
" Uissh, hebatnya Tok. Yakinnya Tok. "
" Hahaha, udah-udah lerr tu memuji aku. Aku tahu kamu cuma mahu mengampu aku sahaja kan? Nak suruh kurangkan harga sesi bisnes kita, kan?" Tok Basah sudah ketawa terbahak-bahak.
Sekarang baru Faqihah perasan dengan lingkaran akar-akar kayu di dinding. Macam daun lalang kering pun ada. Belakang rumah dia, berjuta ada.
Tok Basah sambung kembali membaca jampi serapahnya. Kemudian dia meludah ke wajah Faqihah berulang-kali.
" Amboi tok.. Main kotor nampak? Ludah-ludah tak mau la. " tangannya sudah mengelap buih-buih ludah Tok Basah di pipi. Eiii, geli-geleman dia.
" Iya aku tau. Sekarang ini, kau akan berdamping dengan dia. Berikan dia seekor ayam kampung berwarna hitam setiap malam jumaat. Kalau tidak, dia akan hisap darah kau. " Tok Basah berkata-kata sambil menutup matanya yang bercelak tebal.
" Okey, no hal la. " jawab Faqihah yakin.
" Kau sanggup berdamping dengan dia? "
" Sanggup. Kecik tapak tangan, menara Eiffle Tower Saya tadahkan. " balasnya sambil tersenyum senget.
Aduh, bodoh nya kau Faqihah. Bahlul otak kau.
" Okey, sekarang ni, kau cuma kena calit minyak ni dekat mana-mana anggota tubuh lelaki yang kau suka sambil baca jampi ni. " Tok Basah suakan sehelai kertas kecil kepada Faqihah.
Faqihah mengambilnya sebelum di simpan ke dalam poket. Nanti la dia baca.
" Perempuan sial tu pulak macam mana Tok? " soal Faqihah apabila terlihat Tok Basah dari tadi memejamkan mata.
" Haaa.. Apa? " Tok Basah terjaga dari lena. Matanya terkebil-kebil memandang Faqihah.
" Perempuan tu? Cam ne? " soal Faqihah sekali lagi.
" Masa dia nak melahirkan.. Kau bawak dia jumpa aku. Lepas tu, tahu-tahu la aku nak buat apa. "
" Dia nak ke? Saya dengan dia mana pernah berbaik. " muka Faqihah sudah berkerut.
" Argh, itu kau punya hal la. Yang aku nak tau, kau mesti bawak dia dekat aku. " Tok Basah meniup kembali dua batang lilin yang bernyala.
" Saya ada 5 ringgit aje, Tok. Boleh ke? "
" Boleh. " Tok Basah kelihatan tergesa-gesa mengambil duit dari tangan Faqihah. Terus dia bangun untuk keluar dari bilik.
Faqihah ikut melangkah keluar. Tetapi dia terasa seperti dirinya di perhatikan. Puas dia menoleh ke sekeliling bilik untuk memastikan Siapa yang memerhati kan nya, tetapi yang pasti tiada Siapa di bilik itu. Argh, perasaan dia sahaja.
" Adoii, elok aje aku keluar, terus habis cerita tu. Ini kau punya pasal la, budak. " Tok Basah tunding jari ke arah Faqihah.
Faqihah malas nak layan. Yang penting sekarang ni dia nak balik dulu. Bulu roma sudah rasa merinding. Entah la, Sejak dia cakap setuju, terus terasa seperti sesuatu yang berada sangat dekat dengannya. Sepertii...
" Dia akan ikut kau balik. Kau ingatkan pesanan aku tadi? " Tok Basah yang duduk di atas sofa berkata keras.
Faqihah mengganguk sebelum berlalu pergi. Dia rasa seram sejuk aje sekarang ni.
Haha, seram tak? Dania mmg tak reti la genre seram macam ni. Apa-apa pun, boleh komen ya.
Share this novel