DM52~TAK TAHU

Romance Series 23914

Kak Mastura angkat kening kepada Sakinah. Seolah-olah ingin bertanya, 'Kenapa dengan budak tu?'..

Tetapi Sakinah hanya menggelengkan kepala. Tanda, tidak tahu.

" Akak rasa macam budak ni sedih aje lah. Akak nampak dia banyak termenung. Sekali sekala air mata menitik jua. " Kak Mastura duduk di sebelah Sakinah selepas dia mengambil lengkuas di belakang rumah.

" Tulah, Kinah ada lah jugak tanya dia, tapi dia terus diam, lepastu dia blah macam tu je." Sakinah menjawab sambil menganyam ketupat yang bersaiz kecil itu.

" Errmm, Kinah tak rasa sesuatu ke? " soal Kak Mastura dengan muka musykil.

Sakinah menggeleng. Nak rasa apa? Takkan lah nak cakap yang dia rasa suka pulak dekat lelaki muda itu? Hesh, takmau lah bela anak ikan.

" Rasa macam muka dia ada iras-iras dengan muka Kinah? Mata dia tu.. Sama macam mata Kinah. Nampak kuyu aje. " Kak Mastura menilik wajah Sakinah sekali lagi. Betul lah. Sebijik.

" Ada-adalah, Kak Mas ni." Sakinah tersengih sebelum menyambung semula kerja nya . Dia tak mahu ambik sebarang risiko untuk meletakkan walau secubit harapan, kerana kalau tanggapan dia tidak betul, sakit tu hanya Allah yang tahu.

Sakinah redha. Redha jika sepanjang hayatnya, dia takkan bertemu dengan anaknya. Dia pun tak tahu jantina anaknya, entah hidup pun tak pasti.

*******************

Izham duduk di serambi rumah dengan linangan air mata.

Aku tak kuat ya Allah. Aku tak kuat untuk tempuhi apa yang tersurat untuk ku. Aku takut ya Allah. Takut sangat kalau aku tidak akan bertemu dengan isteri dan anak ku lagi.

Gambar Mikanadira yang sedang makan itu, di tilik dengan sepenuh perasaan rindu. Comelnya isteri abang ni.. Mesti baby ikut muka sayang, kan? Kalau ikut muka abang mesti tak elok, kulit sawa matang.

Baby, ayah rindu nak bagi baby makan sedap-sedap. Usap perut Ibu. Urut kaki ibu bila ibu lenguh.

Tidak silap Izham, usia kandungan Mikanadira pasti baru mencecah 3 bulan. Masih terlalu awal. Dan pasti juga, perut isterinya semakin membesar.

Izham tersenyum segaris. Tidak tahu bagaimana untuk dia, mencari Mikanadira. Hah, lebih baik dia pergi Airport. Kut-kutlah Mikanadira pulang hari ini ke, bolehlah Izham menjemput isterinya.

Lagi pun, esok dah nak raya. Tak sanggup lagi dah untuk Izham sambut raya sorang-sorang, dan cukuplah sepanjang bulan Ramadan dia terpaksa berpuasa tanpa di temani seorang isteri.

" Assalammualaikum, Kak Nah.. Oh.. Kak Nah.. Tiha ni. "

Izham toleh memandang gadis bertudung litup itu yang berdiri tercegat di tengah laman rumah. Siapa tu??

" Waalaikumsalam. " Izham jawab jugalah salam yang di berikan.

Memberi Salam itu harus, tetapi menjawab Salam itu wajib.

Gadis itu tersenyum tatkala Izham berdiri di hadapannya.

" Nak cari siapa ya? " soal Izham dengan muka sembabnya. Suara pun jadi serak-serak.

" Kak Nah. Tiha nak balas balik lauk yang dia bagi semalam. " Fatiha menjawab sambil menyuakan mangkuk tingkat itu kepada Izham.

" Oh.. Nak Saya panggil dia ke? " soal Izham lagi, sambil menyambut bekas mangkuk tingkat itu.

" Tok sah lah. Buat susah-susah dia pulak nak keluaq. Tiha balik dulu, lah nohh. Nak tolong Mak masak. Assalammualaikum. " Fatiha terus berlalu pergi.

Izham memandang mangkuk tingkat di tangannya. Dalam rumahnya mana ada orang nama 'tok sah' . Eh, pelik-pelik betul lah orang Penang ni.

*******************

" Pergi lah kerja, Zal. Aku ni sakit. Nak lah jugak makan. Rumah kita sampai sebutir nasi pun takde. " Mak Jah bersuara dari pintu bilik Faizal. Anaknya kelihatan leka membaca komik.

Faizal buat telinga ayam nya. Buat-buat pekak.

Mak Jah menampal koyok di dahinya. Kepala dari tadi asyik berdenyut-denyut aje. Sampaikan dia nampak Faizal sudah berkepala tiga dah.

" Ish, Mak ni... Dah namanya sakit tu, tidur aje lah. Banyak cekadak pulak. Orang selalunya yang sakit, selera terus terputus. Tapi, mak. Bukan main lagi, demand lebih-lebih pulak. " jawab Faizal sambil meneruskan pembacaannya.

" Aku kalau tak sakit, aku kerja lah. Tapi sekarang ni nak jalan pun terhuyung-hayang lagi. Macam mana nak pergi kerja.

Kau lah pulak, Zal. Kerja cari rezeki untuk kita. Aku pun dah tak kuat macam dulu. Dah sakit-sakit. Balas lah pulak jasa aku yang dah besarkan kau. " Mak Jah bersuara sayu.

" Nak mengungkit lah tu. Ish, sakitlah hati aku dengan orang tua ni. Tak sedar diri. Dulu dah kerja elok-elok sebagai orang gaji, tapi galak pergi buat masalah...

Habis satu keluarga dia nak bomohkan. Tapi tengoklah sekarang ni.. Tuhan bagi karma balik mak. " Faizal terus berlalu selepas mengebom maknya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience