DM84~NIKAH MENGEJUT?

Romance Series 23892

Bab 84

" Aku terima nikahnya Nur Faqihah binti Samad dengan mas kahwinnya 90 ringgit tunai. " usai sahaja berjabat tangan dengan tok kadi, dia memanggung kepala memandang isteri yang baru di nikahinya. Manis sahaja gadis itu dengan sepersalinan putih bersih.

" Sah.. Sah.. " Saksi berkata sambil mengangguk kepala. Faqihah sudah tersengih ceria. Akhirnya impiannya untuk bersatu dengan pujaan hati, tertunai juga setelah perlu melalui pelbagai onak dan duri. Sampaikan juga kena bomoh dulu, baru boleh kahwin. Adoyaiii..

Kak Mastura mengejar Sakinah yang sudah berlalu keluar sebaik sahaja Izham dan Faqihah selamat di nikahkan dalam majlis yang kecil-kecilan..

" Tunggu la, Kinah. Kut ya pun, kalau nak balik, salam lah dulu dengan Kak Siti tu. " tegurnya dengan mulut yang penuh dengan telur rebus. Sah dia bedal telur rebus yang orang sediakan untuk makan sekali dengan laksa. Aduhai, agak-agak la nak ambik pun, majlis pun tak habis lagi.

Sakinah melepaskan tumbukannya di pokok pisang berdekatan dengan kereta kelisanya.

" Sakit tak? " soal Kak Mastura saat memandang wajah Sakinah yang cemberut lain macam. Dia tersenyum sinis sambil bersandar di tepi kereta.

Izham menarik Faqihah ke dalam pelukannya. Sebuah kucupan hangat di hadiahkan ke dahi licin itu. " Abang gembira sangat sayang hari ni. Akhirnya, kita dapat juga bersatu." bisiknya penuh romantis. Langsung tidak di hiraukan tetamu yang memandang.

Alah, kalau masa belum kahwin pun, dia boleh berpeluk-peluk bagai, tambahan pulak bila dah di satukan. Lagi lah macam-macam adegan boleh di buat.

" Sayang pun cintakan abang tau. Sayang ketat-ketat sampai mati. " jawab Faqihah malu-malu alah. Pipi Izham di kucup sekilas.

Sudah lama dia mendambakan pelukan dari lelaki itu. Siapa yang tidak mahu lelaki yang di minati balas balik rasa sayang kan? Semua orang nak.

" Amboi, pengantin. Agak-agak la lerr nak bermesra bagai. Tak nampak ke aku dekat sini? Nak termuntah aku tengok korang. Orang lain pun kahwin jugak, elok aje jaga adab sopan depan tetamu. " tegur Mak Bedah, orang kampung yang turut hadir di situ.

" Mak bedah jealous ka? Tau la, dah lama menjanda. Tak payah la nak sibuk pulak pasal orang dekat sini. Lantaklah kalau orang nak berasmaradana pun. Apa masalah Mak bedah? " bidas Faqihah kasar. Benci sangat tengok muka orang tua sewel tu.

" Jaga mulut kamu sikit Qihah. Hormat la sikit dekat orang tua-tua. Tak ada adab ke? " anak Mak Bedah pula yang bersuara. Dia juga terasa apabila suka-suki Mak bapak Faqihah aje, nak mengata maknya...

" Hah, ni Maya ni. Mak Bedah tak nak suruh kahwin pulak ke? Nak biar jadi andartu sampai ke tua ? Eleh, kalut nak jaga tepi kain orang. Tak padan dengan tua. " Faqihah tarik tangan Izham ke tempat lain. Barang kali panas dengan situasi yang agak tegang itu.

" Kenapa biadab dengan orang tua-tua sayang? " soal Izham. Di wajahnya tiada langsung riak marah akan sikap isterinya. Orang sayang bini lah katakan.

" Abang nak tegur Saya pulak ka? Hah, nak marah-marah la. Memang Saya ni patung pun kan? Takde hati, takde perasaan. " amuk Faqihah kuat. Air matanya sudah menitis laju.

" Tak marah pun la sayang. Abang marah Mak Bedah tu. Mulut jahat. " Izham mengejar langkah Faqihah yang semakin laju ke hadapan.

" Cit. Nampak sangat terkena buatan bini sendiri tu. Turutkan aje apa yang bini tu cakap, walau pun salah. " kata Fatihah yang kebetulan lalu di situ. Dia tahu yang kakaknya sudah menguna-gunakan Izham.

Macam mana tak tahu, kakaknya malam-malam akan turun ke bawah rumah sambil bawa seekor ayam. Ada la jugak Fatihah intai, tapi tiba-tiba kakaknya menoleh tiba-tiba. Aduhai, kantoi la jawabnya. Faqihah dah ugut pun dia untuk berpura-pura seperti tiada apa yang berlaku. Kalau tak, dia nak hantar orang minyak suruh apa-apa kan Fatihah. Jahat kan?

" Tihah, datang sini kejap. " gamit Mak Siti dari dalam.

Fatihah melangkah sambil berdoa di dalam hatinya agar kakaknya cepat-cepat bertaubat. Jangan la selalu dia main dengan api. Kelak nanti, api tu jugak yang akan bakar diri sendiri.

***********

Mikanadira menepuk lembut bahu Firas yang sedang tertidur. Terdengar dengkuran kecil anaknya. Sebijik macam ayahnya. Izham kalau tidur, tak sah kalau tak berdengkur.

Mikanadira tersenyum kelat. Air mata yang hampir menitis, cepat-cepat di seka. Tak.. Tak.. Dia mesti kuat. Dia perlu kuat untuk terima semua ini.

Mak Tipah mengesat air matanya saat terpandang riak wajah Mikanadira yang nampak lemah itu. Dia juga dapat merasai perasaan Mikanadira. Sakit tu tak mungkin sembuh dalam masa yang singkat.

" Mak, Mika kuat kan? Mika tak lemah kan? " soal Mikanadira tiba-tiba. Air mata yang bergenang di pelupuk mata, di biarkan jatuh ke pipi. Dia tak mampu lagi nak tahan air mata. Dia tak kuat.

Mak Tipah memegang tangan Mikanadira. " Tak. Anak Mak tak lemah. Anak Mak kuat. Mak tahu anak Mak kuat. Mika jangan sedih-sedih ya. Izham..." belum sempat Mak Tipah menghabiskan kata-katanya, Mikanadira pantas memintas.

" Jangan sebut nama lelaki tu. Mika tak nak dengar. Mika, benci Mak. Mika benci. "

Mikanadira mengongoi di dalam pelukan Mak Tipah. Di saat ini, dia rasa lemah sangat-sangat. Dia tak kuat. Walau selama ini, dia buat-buat dingin, buat-buat angkuh tapi, dalam hatinya hanya Allah sahaja yang tahu. Tak pernah dalam hela nafasnya tidak menyebut nama Izham.

Puan Maryam memandang dari sebalik dinding dengan tangisannya yang pecah. Nafasnya tersekat-sekat.

Dia rasa ralat sangat-sangat. Di waktu anaknya di timpa ujian yang begitu sukar, dia tidak ada sekali untuk menjadi bahu untuk anaknya. Layak kah dia di panggil ibu? Layak kah? Sekarang ini dia rasa cemburu sangat-sangat dengan wanita berusia yang duduk di sebelah Mikanadira. Dia cemburu dengan keprihatinan wanita itu kepada anaknya. Sepatutnya, dia yang ada dekat situ.

Terus Puan Maryam berlalu pergi. Tisu di dalam handbag di ambil lalu di kesat air mata dan hingus yang meleleh.

******

Mikael memandang lubang tanah yang baru di galinya sebentar tadi. Sebuah senyuman terbit di ulas bibir nipisnya.

Menggali lubang merupakan terapi untuknya. Kalau stress ka, marah ka, dia akan cepat-cepat gali lubang. Bila gali tu, baru la dia rasa tenang kembali. Seronok dapat berbakti untuk orang lain.

Bukan kah kalau tengah marah seelok-eloknya ambil wudhuk? Buat apa gali lubang? Lebih baik ambil wudhuk yang sah-sah dapat menghapuskan dosa kecil, dari buat macam tu?

Amboi, deep sangat tu. Tahu lah, Mikael. Yang solatnya pun, tunggang-langgang lagi. Kalau rajin solat. Kalau malas postpone ke hari esok pulak.

Nanti-nanti lah dia tunggu seru dulu. Sekarang ni masih muda lagi. Enjoy lah dulu hidup ni..

Pendek kan hari ni punya? Dania mmg takde idea dah.. Otak pun jadi blurr pulak malam2 macam ni. Hope korang enjoy lah, walau tak seberapa karya Dania ini.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience