Syafiq menyimpan semua buku-bukunya di dalam kotak. Tak lama lagi, dia akan pindah ke Thailand pula. Dah tuntutan kerja, apa lagi yang boleh di lakukan selain hanya menurut sahaja?
Selain itu, boleh juga Syafiq belajar tentang budaya negara lain. Mana tahu boleh jumpa klaw khun pulak ke? Hehe.
" Dah nak pergi ke Syafiq? " soal Sharifah dengan muka lesunya.
" Ha'ah. Nak kemas-kemas sikit barang ni. Akak kirim salam dengan Abang Riel ya. " pesan Syafiq dengan muka sibuknya.
Ini lah, padahnya. Buat kerja last minute. Rasa macam satu almari dah bawak, tapi tengok-tengok ada aje yang tertinggal.
Sharifah angguk kepala sambil menguap dengan mulutnya yang terbuka luas..
Syafiq sungging senyum senget apabila dia memandang tingkah laku kakaknya.
******************
" Abang benci dia ke? " soal Fatiha tiba-tiba.
Izham kerutkan dahinya. Siapa? Siapa yang dia benci dekat kampung ni? Rasanya takde kott.
Fatiha tarik nafas perlahan. Matanya tunak memandang adik-adiknya yang sedang bermain di taman.
" Hati-hati Syiera.. Eh, yang si Faris pun... Jangan lah laqi laju sangat.. Jatuh satgi. Hampa jatuh, Kak Long tepuk tangan nanti. Orang dah pesan awai-awai nahhh. " laung Fatiha dari kerusi batu yang didudukinya.
Kalau duduk dengan depa ni, memang tak sah kalau tak risau memanjang. Sekarang ni jugaklah, macam-macam perangai nak buat. Puas dah kutei telinga tu bila depa ketegaq.
" Benci dengan sapa? " soal Izham. Dia jadi terbiasa pulak dengan cakap slang orang Penang. Tiap-tiap hari asyik duk kawan dengan Fatiha, mana tak melekatnya sikit-sikit cara gadis itu bercakap..
Tapi kalau time bergaduh, perghhh... Memang sakit telinga nak dengar. Boleh cair habis lilin dalam telinga. Di nasihatkan kepada readers semua, sila elak kan dari mencari gaduh dengan orang Penang, kalau tak mahu pecah gegendang telinga.
" Andaian Tiha saja. Sebab Tiha rasa abang macam ada memendam rasa. Macam.... " belum sempat Fatiha menghabiskan kata-katanya, Faris datang dengan muka tercebik-cebik.
" Awat ni? Hang tertelan tebuan ke apa nihh? Sampai terbik ayaq mata. " Fatiha pegang bahu Faris.
" Kak, depa nuuu.. Pukui Faris. " adu Syiera sambil menunjukkan jari telunjuknya ke arah sekumpulan budak lelaki bersama basikal lajak.
Dari pandangan mata, dapat tahu yang budak-budak tu, acah-acah samseng.
" Depa buat hang ka? " soal Fatiha kepada Faris. Mukanya sudah menyinga.
Faris angguk bersama tangisan.
" Woiii, memang nak kena ni? Suka-suka hati mak bapak dia ja nak pukui adik aku. Hangpa tunggu.. Siap nanti aku balun dengan payung ni. Kurang hajaq betoiii.. " Fatiha sudah berdiri. Nafasnya sudah turun naik menahan amarah.
Terus dia meluru kepada sekumpulan budak lelaki tadi. Geram betoiii lah. Kecik-kecik dah berlagak macam orang dewasa, kalau besaq nanti mesti lagi teruk perangai dari hawaq.
***************
Mikanadira melabuhkan punggung di hadapan Syafiq. Rupanya baru dia tahu, Syafiq merupakan adik lelaki kepada Sharifah.
" Ada apa ni, nak jumpa Saya? " soal Mikanadira dengan muka jengkelnya.
Malu kutt, bukan main lagi dia menggedik masa dekat Airport, rupanya lelaki di hadapannya ini, adik perempuan gila yang ugut dia.. Hayya, dunia sudah terbalik.
" Wow. Cantik nya awak. " puji Syafiq dengan matanya yang tidak berkelip sejak tadi.
" Cepat lah bagitau. Kalau just datang sini nak puji Saya, Saya dah muak. Termasuk awak, sudah seribu orang yang puji Saya cantik. " dengan angkuh Mikanadira bersuara. Saki-baki berlagak tu, masih ada lagi.
Syafiq letakkan sekeping sampul surat berwarna coklat muda itu. Nipis sahaja dari pandangan mata kasar Mikanadira.
" Semua ni kebenaran. Kebenaran yang selama ini di simpan kemas oleh musuh dalam selimut awak. Baca surat ni, bila awak pasti yang awak sendirian tanpa pengawasan sesiapa. " Syafiq bersuara perlahan.
" Ha'ah. Ini lah duit yang aku pinjam dekat kau. Haha. Sorry tau aku lambat bayar. " Syafiq terus bersuara kuat untuk cover line.
Dia perasan akan satu pandangan yang memerhati Mikanadira, tidak jauh dari tempat mereka duduk. Mesti stalker yang di upah oleh musuh di dalam selimut.
Aku perlu tolong Mikanadira. Gadis ini perlu tahu kebenarannya. Pasti kebenaran ini begitu pahit untuk di terima.
Boleh komen ya.. Jgn lupa juga untuk follow Dania. Hehe..
Share this novel