Kalau suka kan aku, usah membuatkan ku ternanti - nanti dengan bicaramu, kerna satu patah perkataan sudah cukup membuatkan ku tersenyum.
Tersenyum di sebabkan cinta dan kasih darimu. Biarlah dunia membencimu tetapi ku tetap kan mengasihimu sehingga hela nafas terakhirku.
Cukuplah cintamu menjadi penguat untukku hadapi rintangan kan mendatang. Kerna kemendungan wajahmu pabila memandangku, akan menghiris sekeping hati yang ikhlas cintakan kamu.
IZHAM berusaha menjadi suami terbaik kerana untuk menjadi yang sempurna semestinya mustahil. Mustahil untuk menjadi sebaik-baiknya pada setiap masa kerana dia hanyalah manusia biasa. Yang sering berbuat kesilapan demi mendapatkan kebaikan.
Pengalaman setiap kali jatuh bukanlah bererti kita kalah. Tetapi bukti kesungguhan kita. Kesungguhan untuk kemenangan kelak.
~Belajar dari kesalahan
. . . ~membuatmu dewasa
~dan belajar
. . . ~dari pengalaman
~orang lain
. . . ~membuatmu bijaksana
Izham perlu mengorak langkah dengan efisien dalam mendepani angin monsun timur laut isterinya kerana seburuk-buruk isteri pun, dia akan tetap isteri. Perlu dihargai dan dikasihi dengan sepenuh kasih sayang.
Contohnya macam kejadian pagi tadi. Adik angkatnya yang merupakan adik kepada Afifa iaitu Arissa datang ke apartmentnya.
Ketika itu Izham sedang menyidai pakaian di ampaian. Tak sanggup sebagai suami nak biarkan isteri buat kerja dalam keadaan berbadan dua. Isteri juga penat. Macam suami jugak. Tetapi suami sering melepaskan semuanya untuk dilakukan sang isteri.
Yang suami tahu, balik rumah mesti nak makan. Nak rumah kemas. Tapi tahu tak penat lelah isteri seharian?
Okeylah, back to the story, Arissa datang nak jumpa isterinya. Izham tahu apa asbab kedatangan gadis itu berkunjung ke rumahnya. Tak lain tak bukan, sebab nak bongkarkan kejahilan yang pernah dia buat. Sebab Izham tak mampu nak bagi 100k seperti yang dimahukan.
Izham sudah bersedia untuk segala-galanya. kerana dia pendosa. Apa yang dilakukan terlalu besar untuk dilupakan atau dilupuskan dari kotak fikiran. Tak lain tak bukan dia tetap kena hadapinya dan cuba mencari jalan lurus ke arah kebaikan. Sebelum sampai ke mana-mana pasti kita akan melalui jalan yang bersimpang-siur dan berbonggol. Kerana kita tetap dan selamanya manusia....
Seperti yang dijangka, angin monsun timur laut isterinya tetap perlu dihadapi juga. Walau datang bersama hujan yang lebat.
Begitu jugalah dalam bersabar dan tetap berusaha dalam meniti kehidupan berumah tangga. Sedangkan lidah tergigit inikan pula suami isteri.
"AKU BUKAN MALAIKAT, YANG TAK PERNAH BERBUAT SALAH, AKU BUKAN BIDADARI, YANG SELALU MENYENANGKAN MU.
TENANGKAN AKU KEKASIH JANGAN BIARKAN MERAPUH, JAGALAH DIRIKU, JAGALAH JIWAKU, TENANGKAN AKU KEKASIH JANGAN BIARKAN MERAPUH, JAGALAH DIRIKU, JAGALAH JIWAKU."
MIKANADIRA mengendap dari sebalik dinding. Tangkap syahdu pulak dengan lagu yang dinyanyikan suaminya. Tetapi dosa yang Izham buat bukanlah sesuatu yang kecil. Yang bisa diampunkan dengan begitu sahaja. Lelaki itu perlu melakukan taubat nasuha.
Mata di arahkan ke arah tubuh suaminya yang nampak leka menyidai pakaian tanpa mengesyaki dirinya di intip. Muka lelaki itu begitu tenang. Setenang air tasik Chini.
Ya Allah takkan lah, suaminya sidai baju kecik dia sekali. Ada sotong kurita dan tapak sulaiman. Ish, malunya. Bila masa pulak dia termasukkan sekali dalam bakul pakaian dalam bilik.
Mikanadira menapak ke arah suaminya. Takkan nak biar suaminya terus sidai 'hidupan laut' yang sangat memalukan itu. Tak sanggup lah.
"Biar Saya sidai baju kecik Saya. Awak kena banyak-banyak kan bertaubat balik. Cari semula jalan ke arah keredhaan Allah.
Allah Maha pengampun lagi Maha pengasih. Buatlah taubat nasuha. Taubat seorang pendosa yang benar-benar melakukan perkara kejahilan. Buatlah selagi pintu taubat belum tertutup.
Saya tak patut marah awak tadi. Benda dah lepas, kan. Buat apa nak kenang. Sebagai isteri, Saya kena sokong awak ke arah kebaikan dengan memegang tangan awak saat awak jatuh dan bukan hanya pada waktu senang saje. "
Izham terkelu sejuta kata. Isteri dia tak marah-marah? Tak mengamuk? Macam mustahil aje. Takpelah, husnuzon aje.
" Saya pun bukan orang pertama untuk awak. Saya janda. Janda yang kematian suami. Buat apa saya nak ungkit pasal teruna awak, kan? " tak lokek betul mulut Mikanadira berkata-kata.
" Tapi masa malam tu, awak masih.... "
" Janda berhias. Janda yang tidak di sentuh lagi oleh suaminya. Masa malam tu Saya masih ada dara. Dan awak orang pertama yang sentuh Saya." jelas Mikanadira kerana dia rasa Izham patut tahu pasal hal Ini.
Izham angguk kepala tanda mengerti.
"Awak tak kesah kan kalau Saya ni dah ada status 'J'? " soal Mikanadira apabila suaminya mendiamkan diri.
" Saya tak kesah pun. Nak ada status' Z' pun Saya tak kesah. Yang penting sayang sudi terima abang yang banyak dosa ni. Itu sudah memadai. "
" Z? Status apa tu? " soal Mikanadira sambil garu kulit kepala yang tidak gatal. Tak pernah dengar pun.
" Zombie.. Hahaha. " Izham terus mencicit berlari masuk rumah.
Mikanadira gelengkan kepala sambil tersenyum segaris.
Okeylah, done for today. Jumpa esok pulak
Share this novel