DM76 ~ KEK PISANG

Romance Series 23892

Bab 76


" Nana nak lagi tak? Auntie Ifa buat kek pisang. Sedap tau. Rugi kalau Nana tak makan. " dari tadi Afifa mempromot kek pisangnya dekat anak jiran rumah sebelah. Benci betul la. Budak bernama Nana tu eksyen gila. Puas sudah dia mempelawa, tapi tetap budak itu buat keras kepalanya. Bak kata orang Penang, ketegaq. Yang Syafiq tu pun, tolong la jaga air muka dia sikit. Langsung tidak di tempuh air tangannya. Benci sungguh lelaki itu dengannya. Huhu, ini la nasib bila orang dah benci.

Mikanadira keluar dari bilik. Tetap juga dia memakai tudung instant walau di dalam rumah. Kan ada Syafiq tu? Malu la bila mendedahkan aurat dengan sengaja. Ingat dekat luar rumah aje kena pakai tudung? Dalam rumah pun perlu jugak. Malaikat kan ada kiri kanan. Tak pernah lupa nak catit setiap amalan yang kita buat. Tak kiralah sama ada baik atau buruk.

" Tak kerja ke hari ni, Syafiq? " soal Mikanadira saat terpandang Syafiq yang nampak leka dengan telefonnya. Nana pun turut tengok tablet jugak. Alahai, budak zaman sekarang. Terlalu di dedahkan sangat dengan gajet bagai.

Syafiq mengangkat kepalanya sambil tersenyum. Kalau dengan Mikanadira, tak pernah nak masam muka. Mesti sentiasa senyum aje dia.

" Tak kutt. Lagi pun awak lupa ke? Kan Saya stalker awak. Kerjanya pulak kena selalu bersama dengan awak aje la. " jawabnya penuh lembut.

Afifa yang melihatnya, hanya mencebikkan bibir. Eleh, dengan Mika, bukan main lagi kau menggedik cakap lembut-lembut, tapi dengan aku, kau buat tak layan aje, eh? Buat aku ni macam Pak tunggul aje. Pilih kasih.

" Okey la kalau macam tu. Nana, nak kek coklat tak? Ibu ada buat semalam. Kek chocolate moise." ajak Mikanadira kepada Nana. Semalam dia buat kek coklat itu, sebab teringin sangat - sangat. Tengok handphone banyak pulak orang up kan status wassap pasal kek coklat. Itu yang dia tahan jugak mata dari terpejam. Walau mengantuk tetapi dah teringin jugak. Layan kan aje la. Baby yang nak, kan?

Nana terus panggungkan kepalanya sambil tersenyum ceria. Tablet di tangan di letakkan di atas meja sebelum dia berlari mendapatkan Mikanadira. Memang dia suka kek coklat pun. Rupanya Syafiq yang awal-awal dulu berjalan ke arah Mikanadira. Mengalahkan budak-budak pulak. Nak kek jugak.

Mikanadira tersenyum gembira. Tak sangka pulak ada orang sudi makan kek coklatnya. Semalam Afifa ada rasa dia punya kek, tapi kawannya itu kata kurang sedap. Katanya tawar sangat la. Tak pe, Mikanadira tak terasa pun. Komen membina macam tu sememangnya dia harapkan. Kita kena ikut lidah orang jugak.

" Sedap tak? " soalnya saat melihat Syafiq dan Nana berebut makan kek yang baru di hidangkannya. Makan banyak-banyak tapi tak komen apa-apa pun.

Syafiq tersenyum sambil angguk kan kepalanya." Sedap gila. Pandai awak buat. Saya suka. Rasanya tak terlalu manis, tapi nice aje masuk dalam mulut. Tekstur dia pun lembut aje. I give you 1 thousand star. Lain kali buat lagi ya. " pujinya melambung-lambung. Dah sedap takkan nak cakap tak sedap pulak, kan?

Mikanadira tersengih-sengih. Kembang kempis hidungnya kena puji.

" Kau buat kek jugak ke? " soal Mikanadira kepada Afifa yang sedari tadi memerhatikan mereka. Di atas meja di hadapan gadis itu, terdapat sepinggan kek pisang yang disusun cantik. Sepertinya langsung tidak di sentuh.

" Ha'ah. Nak tak? Aku tau kek aku lagi sedap dari kau. Dulu pun, aku selalu kan buat kek macam ni. Syafiq pun, makan la sekali. Saya buat banyak ni. Nak makan semua pun tak pa. " kata Afifa, bongkak. Cemburu betul la dia tengok dua orang manusia tu, dari tadi makan kek Mikanadira.

Mikanadira yang anggap itu sebagai gurauan hanya ketawa kecil. Di ambil kek pisang Afifa lalu di bawa masuk ke dalam mulut. Di kunyahnya perlahan untuk menikmati kek itu. Sedap.

Syafiq ambik jugak la kek pisang Afifa apabila mendapat isyarat mata dari Mikanadira. Aduhaii, jaga sangat la hati kawan dia. Di telan jugak walau dia tak rela.

" Eiii, apa ni? Ada rambut la. Esen vanilla awak letak satu lori ke? Rasa pahit gila. Ni dalam kek ni. Awak letak pisang apa? Rasa masam ya amat. Sepatutnya kalau nak buat kek pisang, guna la pisang emas ke pisang rastali ke. Ini kalau tak pandai buat dan nak menjahanamkan tekak orang, lebih baik awak duduk aje dalam bilik. Tak payah buat apa-apa." kutuk Syafiq sebelum berlalu keluar dari rumah.

Dah lama dia nak sound sikit perempuan tu. Tapi selalu sangat Mikanadira back up dia balik. Makin naik lemak la perempuan tu. Kalau sekali jahat, selamanya akan tetap jahat jugak. Tutupla kepala tu dengan tudung 20 lapis, tapi kalau dah ada tanduk syaitan memang tak boleh nak buat apa dah. Ikut sangat nafsu tu.

Afifa terus berlari masuk ke dalam bilik. Muka di sembam kan ke bantal sebelum dia menangis tersesak-esak. Mikanadira menggelengkan kepalanya dengan kerenah Syafiq yang melampau itu. Agak-agak la nak kutuk pun. Memang la kek Afifa kurang sedap, tetapi kan boleh tegur elok-elok. Tak perlu la nak malukan dia sampai macam tu sekali. Kalau Mikanadira di tempat Afifa, Mikanadira pun akan nangis jugak. Tak tahan kut kena kutuk kaw-kaw macam tu.

" Ibu, kek tu tak sedap. Paik. " kata Nana sambil memuncungkan mulutnya ke arah pinggan berisi kek Pisang Afifa. Budak kecik tak reti menipu tau. Semua yang diorang cakap, tulus dari hati. Takde unsur-unsur penipuan.

" Haip, tak nak cakap macam tu. Nana, kan budak baik. Mana boleh cakap macam tu. Orang girl yang comel dan baik selalunya tak cakap macam tu, tau. Kalau tak sedap diam aje. Tak boleh cakap tak sedap. " tegur Mikanadira perlahan. Risau pulak Afifa terdengar. Makin terasa la, kawannya itu.

Jernih mata Nana memandang Mikanadira sebelum mengangguk perlahan. Polos wajahnya.

******

Syafiq memegang telefonnya, kejap. Ya Allah, baru sekarang dia tahu pasal Gabriel. Aduhaii, mati la mak. Konco dia si Afifa tu dah tahu mana Mikanadira berada, confirm lambat laun Gabriel akan datang jugak ke sini. Eiii, bodoh betul la abang ipar dia ni. Anak dah nak masuk 7, ada hati nak cari perempuan lain. Ikat dekat sungai Pahang baru tahu kut. Biar buaya baham seluruh tubuh.

Ini bukannya kali pertama, Syafiq dengar kakaknya menangis sebab Gabriel. Sudah acap kali. Sampaikan rasa ringan sahaja tangan nak melayang ke muka itu. Rasa hormat pun bagaikan terhakis sudah. Kak Sharifah lah yang selalu menghalangnya dari melawan. Geram gila.

Habis dari A sampai Z Sharifah cerita dekat dia. Ya Rabbi, kesiannya Kak Sharifah. Sekarang ini kakaknya sudah menghampiri tarikh due bersalin. Apa la perasaan Kak Sharifah apabila terpaksa menghadapi saat kehamilan dan nak melahirkan anak tanpa suami di sisi? Pasti sedih dia. Ya Allah, kalau makhluk bernama Gabriel ni kerjanya menyusahkan orang, lebih baik kau ambik nyawa nya. Sekarang-kurangnya, aman lah sikit hidup orang lain.

Syafiq tahu, tidak baik untuknya mendoakan sesuatu yang buruk sesama saudara Islam, tapi sakitnya hati ni, hanya Allah sahaja tahu. Mulut pun sampai tak boleh nak kawal dah.

Kebetulan ketika itu Afifa keluar untuk mengambil angin petang di tepi sawah padi. Syafiq yang perasan akan kehadiran Afifa terus memanggil gadis itu duduk bersamanya di pangkin. Nak korek rahsia mesti la berhemah. Cakap baik-baik, buat muka manis, confirm pelanduk masuk dalam perangkap.

" Ada apa? " soal Afifa lembut. Walau layanan lelaki itu selama ini, kurang menyenangkan tetapi dah hati terpaut suka, tak sempat nak terasa dah. Yang dia tahu, dia gembira sekarang ini. Dapat duduk dekat dengan lelaki itu. Dan duduk serumah pulak. Wow, tak pernah terbayang dalam hidup. Terasa bagai mimpi sahaja.

Syafiq berdehem perlahan. Okey, kau masuk jarum sikit - sikit, lepas tu nanti baru kau boleh masuk pisau pulak. Nak perdaya kan orang ni, memerlukan ilmu dan kepakaran yang cukup.

" Saya nak minta maaf tau dengan apa yang Saya cakap dekat awak selama ini. Saya tak terniat pun nak cakap macam tu. Boleh Saya belanja awak makan sebagai tanda minta maaf dari Saya? Tapi kalau awak tak sudi, takpe Saya faham. " Syafiq bersuara perlahan. Kononnya di hurung perasaan bersalah la.

Tanpa sedar Afifa sudah mengukir kan senyuman. Kenapa dia rasa masa depan perhubungannya dengan Syafiq semakin cerah? Ya Allah, inikah jodoh ku?

"Sudi ke tidak ni? Tawaran hanya valid hari ni sahaja tau. Esok dah luput. " gurau Syafiq dengan wajah pura-pura ceria. Tangannya sudah menyelit rambut panjang Afifa ke belakang telinga.

Afifa sudah ternganga mulutnya. OMG! Romantiknya. Hatiku hanya untukmu, Syafiq. Ambil la hati ini. Jagalah ia sebaik-baiknya.

Syafiq melambai-lambai tangannya ke hadapan wajah Afifa. See. Tengokla. Perempuan memang cepat tergolek punya kalau lelaki hensem macam dia pura-pura suka. Entah-entah tubuh pun sanggup di beri. Tapi, Syafiq bukan jenis yang suka mengambil kesempatan atau nak merosakkan anak dara orang. Dia tahu la batas agama. Sejahat-jahat dia pun, jahat lagi Firaun.

" Sudi. Selamanya Saya sudi. " kata nya sambil tersenyum lebar. Dari tadi matanya tertumpu ke wajah Syafiq. Tak beralih langsung. Kalau boleh mata berkelip pun dia tak nak.

Syafiq membalas pandangan itu dengan senyuman penuh makna. Ayyo, pelanduk bengong macam ni, la. Haha, masuk la masuk lagi dalam perangkap. Tak sabar aku nak korek rahsia korang. Kalau berniat nak perdajalkan orang, ingatlah Allah tu ada. Jangan sampai Allah turun bala nanti. Menyesal tak sudah la kau.

*******

" Dia jawab tak? " soal Gabriel.

" Tak, puas aku call dia, tapi operator aje yang jawab. " terang Arissa. Mana la adik dia ni. Sejak Gabriel datang ke Malaysia hilang jejak terus adiknya. Nak kata Gabriel dan Afifa bergaduh, macam tak logik pulak.

" Call la lagi. Dia mandi kot. " kata Gabriel dengan muka sengaja di buat tenang. Aduhaii, mana pulak perempuan ni?

" Setakat ni dah 100 missed call tau aku buat. Habis kredit aku. " suara Arissa sudah berubah tinggi. Apa ingat dia goyang kaki tak buat apa-apa? Lelaki ni memang la. Nak cari pasal aje.

" Kau rasa dia jumpa Mikanadira, tak? " soal Gabriel dengan muka curiga. Mana tahu, dua beradik itu sorokkan sesuatu di belakangnya ke? Segala kemungkinan boleh jadi.

" Takde maknanya. Mikanadira mesti benci dia. Alah, aku tak rasa dia jumpa Mikanadira la. " Arissa menyisip perlahan air bandung di dalam gelas.

Gabriel tongkat tangan di dagu. Macam mana ni? Tempat tinggal Mikanadira pun dia tak tahu. Rumah lama kekasih hatinya itu sudah di lelong.

" Haa. Aku ada idea. " Arissa sudah terjerit kuat. Habis tersembur air liur ke wajah Gabriel.

Gabriel lap mukanya dengan muka masam. Iya pun ada idea, tak payah la nak sembur air liur dekat muka orang. Eiii, ada jugak orang nak makan nasi dengan pinggul ni, kang..

Arissa buat senyum kambing sambil buat peace.

Last for today. Ahaks, jom esok ya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience