DM72~TEKAD

Romance Series 23892

BUNYI SMS masuk menyentakkan Izham yang sedari tadi asyik menyapu minyak gamat ke kepalanya. Ingatan kepada Faqihah tak malu tu, dicampak jauh. Dia tak nak fikir pasal perempuan tu. Buat semak akal dan fikiran sahaja.

Cotton buds di ambil lagi dari dalam bekas kecil. Itu pun dia pinjam tanpa izin dari bilik Kak Mastura. Haha. Wanita itu juga kerap menggunakan barangnya tanpa izin. Jadi tak boleh salahkan Izham 100%.

Izham malas nak baca mesej itu. Buang masa aje. Tak habis-habis lagi ke, Faqihah nak terhegeh-hegeh dekat dia? Geli la. Benci betul dengan perempuan spesies perigi mencari timba ni. Buat semak bumi aje lah. Lebih baik gadis itu di lahir kan di Marikh ke, Uranus ke? Aman sikit hidup Izham. Izham, tak baik tau doa benda tak elok dekat orang. Dosa.

Luka dekat kepalanya juga agak banyak walau tak terlalu dalam. Masa nak mandi, Izham rasa macam nak lari pun ada. Gila punya pedih. Itu tak kira lagi, kalau shampoo rambut. Hush, tak tau nak habaq.

Kertas kecil di atas meja yang baru di kirimkan oleh Ayu Farisya, di baca tanpa perasaan. Mesti perempuan ni nak dekat dia lagi, kan?

AYU NAK MINTA MAAF DEKAT AM, KALAU DULU AYU PERNAH BUAT SALAH. AYU NAK KITA KOSONG-KOSONG AJE, OK? LAGIPUN, AYU DAH KAHWIN DAH, MINGGU LEPAS. KIRIM SALAM DEKAT MIKANADIRA YA. ~AYU FARISYA

Wow? Dah kahwin? Ada ke lelaki nak perempuan yang sudah di tebuk tupai? Hahaha, lawaklah. Aku yang dah takde teruna ni pun dapat yang dara lagi. Hmm, pak sanggup mana la nak dekat dia? Mesti menyesal nanti, desis Izham di dalam hati.

' Apa masalahnya kalau dia dah kahwin? Habis tu perempuan yang dah takde dara, kena hidup membujang sampai mati? What is your problem, Izham? Kau patut bersyukur dia tak tuntut kau jadi laki dia. Baguslah tu. Ini kau pulak nak hina dia? Hey, kau yang rosak kan dia. Kau yang patut di persalahkan. Kau yang patut kahwin dengan dia', seperti biasa, hati sentiasa tidak bersefahaman dengan tuan empunya tubuh.

Entah lah, apa yang ada dalam otak Izham? Tak boleh fikir ke dari sudut yang positif? Di mana akal kewarasan kau, Izham Daniel? Jangan jadi orang yang tak bertimbang rasa. Cuba jadi orang yang bersyukur sikit. Sekarang-kurangnya, Allah masih memberi kau peluang untuk bertaubat dan mengejar Mikanadira. Kau nak kalau Ayu masih menagih cinta dari kau? Kau nak ke?!!!!

Izham mendengus kasar. Telefon di atas meja di ambil juga walau keinginan hati sekarang ni, nak tidur aje. Benci betul la, dengan mangkuk tingkat yang tak reti waktu ni. Sekarang sudah pukul 11 malam. Waktu untuk tidur. Bukan berchatting lagi.

Izham mengagak mesti mesej dari Faqihah. Terus dia membaca dengan perasaan jengkel.

SALAM ABANG AM. MINTA MAAF KALAU TIHAH GANGGU ABANG MALAM-MALAM. TIHAH MESEJ ABANG NI, SEBAB TIHAH NAK LUAHKAN SIKIT KETIDAKPUASAN DI HATI.

MAAF ANDAI KATA-KATA TIHAH, MEMBUATKAN ABANG AM TERASA. ABANG AM TAK PATUT BUAT QIHAH MACAM TU. KESIAN DIA, BANG. KALAU ABANG TAK NAK DIA, ABANG BOLEH AJE TERUS-TERANG. TAK PERLU LA BUAT DIA MACAM TU. SEJAK BALIK RUMAH SIANG TADI, TERUS DIA NANGIS-NANGIS. MAKAN PUN TAK MAU. DIA SEDIH DENGAN APA YANG ABANG AM CAKAP.

ESOK MAK TIHAH NAK DATANG RUMAH ABANG AM. DIA NAK MARAH ABANG AM KOTT? TIHAH TAK TAHU, TAPI ABANG AM PATUT MINTA MAAF AGAR SITUASI TAK MENJADI LEBIH TEGANG. TIHAH TAHU HATI ABANG AM TETAP UNTUK ISTERI ABANG TU, TAPI ISTERI ABANG, KAN DAH NAK KAHWIN? ABANG AM PERLU LEPASKAN DIA, DENGAN HATI YANG REDHA.

TIHAH TAHU TIHAH TAK DE HAK NAK CAKAP SEMUA NI, TAPI TIHAH NAK TENGOK ABANG BAHAGIA. JAGA DIRI YA ABANG. TIHAH SENTIASA SAYANG ABANG. ~Fatihah

Izham mengeluh. Perasaannya kosong sahaja saat membaca mesej dari jiran merangkap adik angkat nya. Dia tak boleh nak kawal perasaan. Hati dia hanya untuk Mikanadira.

Bila ada orang lain yang di rasakan menggugat kedudukannya di hati Mikanadira, Izham terasa sakit sangat di lubuk hati dan perasaan. Nak meraung tapi tak de suara. Nak nangis lagi, tapi air mata malas nak keluar.

******

Tuan Hisyamuddin memandang anak gadisnya bersama dengan stalker upahannya. Ada apa agaknya, Mikanadira datang ke sini? Izham pula di mana? Takkan biarkan isteri ke hulu ke hilir dengan lelaki lain.

" Mika, sihat? " soal Dr. Julia yang baru muncul bersama dulang air. Cawan di letakkan di atas meja berdekatan dengan suaminya, Mikanadira dan Syafiq.

" Alhamdullilah sihat, auntie. " jawab Mikanadira sambil tersenyum. Cawan yang sudah berisi air itu, di teguk perlahan. Dia tak kesah, Tuan Hisyamuddin nak kahwin lagi satu pun. Buat apa nak tinggal dengan orang yang tak reti nak hargai pasangan? Buang masa aje. Situasinya juga hampir serupa dengan papanya. Kedua-dua tidak di hargai. Jadi patut nya mencari orang baru la. Senang cerita.

Dr. Julia melabuhkan punggung di sebelah suaminya. Tangan Tuan Hisyamuddin menjalar ke sofa di belakang isterinya. Seolah-olah melindungi wanita itu dalam diam.

Mikanadira tersenyum segaris. Entah kenapa dia jadi sayu pula. Dulu Izham pun selalu jugak buat macam tu. Tapi sekarang?

Hah, jangan di fikir tentang lelaki tu. Syafiq pun boleh buat benda yang sama. Dia lebih baik dari bekas suami kau. Kau jangan teragak-agak pulak, Mikanadira. Pejam mata sahaja demi kebahagiaan kau dan baby dalam perut.

Syafiq berdehem perlahan. Sekarang sudah tiba masanya untuk dia meluahkan hasrat hati.

" Uncle, tujuan Saya ke sini adalah untuk meminta izin dari Uncle untuk memperisterikan Mikanadira. Saya nak jadikan dia isteri Saya yang sah. Maaf ya, kalau Saya tak pandai nak berkias mahupun berpantun bagai. " Syafiq bersuara yakin. Sekarang la, dia perlu memikat hati Tuan Hisyamuddin untuk menerimanya. Kalau dia bersuara gugup, mesti Tuan Hisyamuddin akan hilang keyakinan untuk dia. Nak jaga anak orang, mesti la, yakin, cool and relax.

" Izham? " soal Tuan Hisyamuddin sepatah. Macam mana nak kahwin, kalau Mikanadira isteri orang. Dalam Islam tak pernah menghalalkan bigami. Haram tu. Tak boleh.

Mikanadira bagai mengerti apa yang ada dalam fikiran Papanya. " Kami dah berpisah. Takde persefahaman. Kiranya, papa setuju lah, kan?" Mikanadira memandang muka papanya tanpa perasaan. Aduh, tambah lagi dosa dalam akaun. Tahun bila pulak dia dengan Izham takde persefahaman? Diorang berdua memang tak di takdirkan bersama. Itu aje. Simple explanation.

Tuan Hisyamuddin mengeluh perlahan. Kenapa la, sampai perlu bercerai berai? Banyak lagi cara untuk mewujudkan persefahaman. Nanti takut si baby itulah, kehilangan kasih ayah kandung dia. Memang la orang cakap ayah tiri pun boleh jaga anak isterinya dengan bekas suami yang dulu, tetapi ikatan darah antara anak dan ayah kandung tu, yang membuatkan kasih sayang mereka lebih erat.

Dr. Julia siku sedikit lengan suaminya. Dari tadi diam tidak bercakap. Entah apa yang diangankan?

Tapi kalau Tuan Hisyamuddin larang, takut pula kalau terjadi benda tak elok. Hati manusia, kan?

" Papa izinkan kalau itu membuatkan anak papa tersenyum kembali. " kata Tuan Hisyamuddin.

Biarlah Mikanadira memilih sendiri kebahagiaannya. Kadang-kadang pilihan orang tua itu tak selalu nya terbaik. Biar anak-anak sendiri yang memilih pilihan hati. Mungkin mereka tahu mana yang boleh buat suami, mana boleh buat kawan. Apa-apa pun, tak pernah putus doa Tuan Hisyamuddin kepada keluarganya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience