JIKA AKU TAK LAGI
ENGKAU MERINDU
KATAKAN PADA KU
SUNGGUH AKU MERASAKANNYA DARIMU
JIKA AKU TIADA DALAM HATIMU
TAK PERLU KAU BUNTU
TAK USAH KAU PERTAHANKANNYA UNTUKKU
LEPASKAN SAJA AKU
Mikanadira melihat foto Izham yang sedang nyenyak tidur itu. Kacak,desis hatinya.
Abang, Mika akan sayang dan cintakan abang dari jauh. Begitu sukar untuk Mika menepis segala rasa rindu yang bermukim di hati ini.
Sekali terpahat namamu, selamanya ia akan sentiasa menyeru namamu. Walau aku kata aku benci kan diri mu. Aku tetap gagal untuk mengusir jauh engkau dalam hati ini.
Mesej yang di hantar oleh Izham di baca lagi. Sehingga ke mesej terakhir. Walau kata-kata benci menjadi mainan di bibir tetapi Mika tidak mampu menepis perasaan rindu yang menggebu-gebu.
Tiba-tiba, ada sebuah panggilan dari nombor yang tidak di kenali. Mikanadira terasa gugup untuk menjawab. Mungkinkah suaminya?
" Hello, Assalammualaikum. Mika. " si pemanggil memulakan mukadimah dulu dengan memberi salam permulaan.
" Waalaikumsalam. Siapa ni? " soal Mikanadira apa bila tidak dapat mengingati suara siapakah itu. Scammer ka?
" Ini auntie Suraya. Mika tak ingat ke? " soal Datin Suraya dengan suara yang serak. Sepertinya baru lepas menangis.
" Oh, ya. Kenal-kenal. Kenapa auntie call Mika ya? Ada apa-apa ke auntie nak cakap pasal Gibran? Dia okay auntie? " soal Mikanadira sebelum menutup tingkap bilik.
" Sebenarnya... Susah untuk auntie cakap.. Takperlah, auntie letak dulu ya phone, sebab auntie takut menyusahkan Mika. " Datin Suraya ingin mematikan talian. Suaranya seperti serba-salah.
" Auntie. Cakap aje. InshaAllah, ada apa yang boleh Mika bantu, Mika akan tolong. " Mikanadira bersuara laju. Apa yang Gibran lakukan, sedikit sebanyak telah berbekas di hatinya. Dia bukan hati kaldu yang keras macam batu. Tetapi tindakan lelaki itu yang menyelamatkannya sepatutnya dihargai.
" Auntie cakap ni, kalau Mika tak boleh tolong pun tak per. Auntie faham. Lagi pun Mika isteri orang. "
Datin Suraya berjeda buat seketika.
" Gibran dimasukkan ke hospital. Gula dalam darah dia berkurangan. Auntie pujuk dia makan. Tapi dia taknak. Auntie buntu. Tak tahu apa lagi nak buat. Di mulutnya hanya menyebut nama Mika aje. " Datin Suraya bersuara sambil menangis.
Simpati Mikanadira dengan keadaan Gibran.
" Kalau boleh, seorang ibu sanggup berkorban apa-apa sahaja untuk anak dia. Yang dalam mulut pun ibu sanggup bagi, jika anaknya mintak. Errm, auntie nak minta tolong Mika.
Kalau boleh auntie nak Mika jumpa Gibran sekejap. Suruh dia makan. Suruh dia jaga kesihatannya. Auntie tahu permintaan auntie ini agak berat untuk Mika tunaikan. " Datin Suraya menangis lagi di hujung talian.
Dia tidak tahu kepada siapa lagi untuk di luahkan apa yang berlaku. Dia takut jika anak sulungnya itu meninggalkan dia. Dia tak mahu.
" Okey. Mika jumpa Gibran. Auntie ada dekat Hospital ayah Mika, kan? " soal Mikanadira sebelum mencuba untuk bangun mengambil beg tangannya.
" Tak. Auntie ada dekat Beijing sekarang ni. Balik semula dekat rumah lama Auntie. Ingat bila bawa Gibran sekali datang sini, hirup udara segar di tempat orang, dia akan tenang. Tapi... Dia asyik teringatkan Mika aje. Selalu juga dia meracau-racau sebut nama Mika. " luah Datin Suraya.
Mikanadira melongo sebentar. Beijing? Jauh sangat tu. Dalam keadaan berbadan dua macam ni, macam tak kena pulak kalau dia pergi sana.
" Auntie dah tempah tiket flight untuk malam ni. Mika kemas-kemas lah baju. Auntie tempah untuk suami Mika sekali. " jawab Datin Suraya sebelum mematikan talian.
**********************
~Mika nak pergi Beijing melawat kawan. Mika nak minta izin abang ni. Boleh tak? ~Mika
Mikanadira menghantar mesej kepada suaminya. Tersentap kot, bila suaminya bagi statement dosa seorang isteri keluar rumah tak minta izin.
Tak sampai seminit, Izham membalas mesejnya.
~Pergi lah mana kau nak pergi. Memang ini yang aku nak pun. Aku dah jemu tengok muka kau. Badan kau yang macam badak tu pun aku dah jemu sangat tengok.
Aku ceraikan kau dengan talak tiga. Jumpa kau dekat mahkamah. ~ Izham
Ya Allah, terus terjatuh telefon itu. Mikanadira menggigil kerana terkejut. Air mata laju mengalir tanpa henti.
Abang ceraikan Mika? Abang dah tak nak Mika? Abang dah tak sayang Mika?
Mikanadira kesat air mata yang mengalir. Alah suami boleh dicari lah. Relaxlah.
Mikanadira tersenyum sinis. Aku mengandung anak kau tapi kau terus nak buang aku macam tu aje? Baiklah, aku akan pastikan sampai mati kau takkan jumpa anak ni.
Aku akan pergi. Jika ini kemahuan kau. Aku akan pergi. Jangan kau merayu dekat aku lepas ni, sebab aku takkan mudah tertipu lagi.
Mikanadira terus berlalu keluar dari bilik. Dia akan ke Beijing. Tak kesahlah apa-apa yang jadi pun. Kali ini hatinya sudah bertekad. Akan dikikis nama itu di hatinya. Cukuplah kenangan mereka bersama. Semuanya akan terus hilang di dalam lipatan sejarah hidup nya.
**************************
Tok.. Tok.. Tok..
"Ab.. bang... K.. ka... Kayla... ss.. Sa.. Kit.. " Mikayla mengetuk kuat pintu bilik Mikael. Terasa sakit di bahagian ari-arinya..
Darah semakin berlumba-lumba keluar dari celah kelangkang nya. Sakitnya....
" Ab.. ba.. bang... " Mikayla mengetuk buat kesekian kalinya.
Di manakah Abangnya? Di manakah lelaki itu? Puas di ketuk pintu tetapi tiada sesiapa yang membukanya.
" K.. ka... Kay.. Kayla.. A...ak..kit..." Mikayla tersandar di pintu bilik Ukail.
Berpeluh-peluh dahinya... Matanya terasa semakin memberat... Walau puas dia menjerit.. Tetapi.. Tiada siapa yang ada pada waktu itu..
Terus terjelopok lemah Mikayla ke atas lantai. Darah dari ari-arinya terus mengalir memenuhi lantai ruang tamu itu..
Share this novel