Mikanadira melangkah penuh yakin melintasi jalan raya di hadapan rumah apartmentnya. Dia perasan lirikan mata lelaki-lelaki di kedai burger itu. Apa kejadahnya tengok orang? Okay lah baju yang tersarung di badan.
T-shirt sendat lengan pendek dan seluar separas lutut. Tak seksi pun . Tapi itulah semua lelaki dekat kedai tu macam jakun pulak. Tak pernah tengok perempuan. Okeylah, Mikanadira describe pasal penampilan dia malam ni.
Rambut ikat tocang tinggi-tinggi, muka tak pakai make-up langsung, baju tu macam yang di terangkan di atas, tapi jarang sikitlah bahagian dada. Eh, tapi tak nampak lurah dia pun. Seluar separas lutut pun corak bunga-bunga ros kecil.
"Burger Daging 1, bang. Tak nak sos.. " Mikanadira pesan makanan sebaik sahaja berdiri di hadapan gerai burger.
ABANG CINTA SAYANG 'S BURGER
Pelikkan nama kedai ni? Tapi pelik-pelik pun ramai aje yang datang. Afifa yang suggest sebenarnya kedai ni. Dia cakap burger dekat sini memang power. Takpe-takpe Mikanadira akan cuba dulu. Kalau okey, bolehlah beli dekat sini terus. Takpayah nak pergi McDonald's dah.
Mikanadira duduk di meja yang diduduki seorang lelaki. Look familiar.. Tapi malaslah Mikanadira nak tegur - sapa ni. Cepat beli, cepat balik. Lagi pun lewat malam sangat ni.
"Mika? "
Dalam duduk termangu-mangu, lelaki itu menyapa. Aik, dia kenal Mikanadira ke?
" Hmmmm . "
Mikanadira angguk kepala. Takde mood nak berbual lebih lanjut.
" Gibran ni. Tak kenal? " Gibran tersenyum nipis. Matanya leka memandang Mikanadira. Gayanya macam nak melepas rindu aje.
" Officemate Syakir Masradi? " soal Mikanadira pula. Wajah Gibran cuba di amati betul-betul.
" Iyalah tu. Tapi awak tak ingat ya? Saya dulu bekas boyfriend tak jadi awak. Abang, Gabriel. "
Mikanadira kelip mata berulang kali. Lah Gibran ni ke? Patut masa dekat CHICKEN RICE SHOP rasa macam kenal aje. Abang pembunuh bekas suaminya.
" Okeylah kalau macam tu. " Mikanadira terus berlalu ke gerai burger selepas ternampak lelaki yang memasak burger, menggamitnya. Malas nak berlama-lama.
Encik Suami dia bukan tahu pun yang dia keluar. Nanti marah pula keluar tak mintak permission. Lepas nak bermanja ditolak, terus Izham pusing tubuh ke dinding. Tak nak tengok Mikanadira.
Mikanadira terus melintas jalan. Perut berdendang riang dah ni. Mintak diisi. Dia tak tengok langsung kiri kanan sebelum melintas. Yang terbayang diotak sekarang ni nak makan aje. Biar perut tidak berbunyi lagi.
*****************************
Gibran memandang Mikanadira dari ambik burger ke lintas jalan. Gibran nak tunggu sampai Mikanadira pergi dari situ.
Mesti pun dia tahu hubungan mereka tiada arah tuju, tapi biarlah dia bertepuk sebelah tangan pun. Susah nak buang perasaan yang terbuku di hati. Kadang-kadang orang cakap move-on - move-on tapi tahu tak diorang yang nak melupakan sesuatu perkara tu memang susah
dan akan mengambil masa.
Gibran memerhati Mikanadira. Mungkin Ini pertemuan terakhir mereka. Gibran telah mendapat tahu yang Mikanadira sudah berkahwin. Mikanadira tak pandang kiri kanan langsung. Tiba-tiba dari jauh Gibran ternampak ada sebuah kereta berwarna hitam sedang dipandu laju
menuju ke arah Mikanadira.
"Mika. Mikanadira. " Gibran terus menjerit nama Mikanadira.
Mikanadira menoleh tetapi dia tidak memperdulikan jeritan Gibran. Dia terus berlalu.
Adik pembunuh panggil buat apa nak sahut balik.
" Mika. Kereta tu Mika. Jangan lintas lagi. " Gibran menjerit lagi. Cermas sungguh dia. Risau jadi apa-apa yang tidak diingini kepada Mikanadira.
Mikanadira toleh ke kanan. Tergamam dia tengok kereta yang meluncur laju ke arahnya.
" Abang!!! " Mikanadira jerit sekuat hati. Dah terbayang masuk surat khabar muka depan. Penghidap kanser payudara dilanggar kereta dengan tragis.
Gibran bertindak pantas dengan menolak Mikanadira ke tepi jalan.
Kereta itu terus merempuhnya. Terseret dengan kereta semasa hendak menyelamatkan Mikanadira.
Mikanadira pegang celah pahanya yang berdarah. Ya Allah sakitnya bahagian ari-arinya. Darah makin banyak keluar. Mikanadira terus pengsan di tepi jalan.
Dia sangat fobia dengan darah dan jarum suntikan. Tambahan pulak darah banyak macam ni. Longlai terus tubuh.
Sebelum memejamkan mata, dia terdengar suara suaminya memanggilnya.
"SAYANG!!!!!!! "
*************************
IZHAM bangun dari katil. Mata di kesat banyak kali. Mengantuk gila. Tapi tempat di sebelahnya kosong. Mana isterinya? Ke dapur barangkali?
Izham melangkah ke bilik air. Nak terkencing pulak. Minum air banyak sangat tadi.
Usai membuang air kecil, Izham mencari isterinya di dapur. Buat apa lama-lama sangat?
Dijenguk kepala di sudut ruangan dapur, tak de pun isterinya. Mana lah pulak perginya. Tadi masa tidur dia ada lah dengar isterinya goyang-goyang bahunya. Kata lapar. Tapi Izham keraskan jugak lah tubuh disebabkan rasa kecewa yang masih bersarang di hati.
Suami mana tak kecewa kalau isteri buat perangai macam tu? Mula-mula dia merengek nak suruh cium semua tapi tiba-tiba dia sendiri menolak.
Izham bukak peti ais. Kosong-sekosongnya. Pilu. Sepi . Sendu. Habis isteri dia nak makan apa? Jangan cakap isteri dia pergi beli makanan. Lewat malam sangat ni. Bahaya untuk Perempuan.
Izham berlari ke bilik lalu t shirt di sarung ke tubuh. Suka sungguh buat orang risau.
Izham turun ke tingkat bawah guna lift. Sebaik sahaja pintu lift terbuka, Izham terus berjalan ke deretan kereta. Eh, kereta isterinya masih ada. Habis tu, isterinya makan Kat mana. Bukan apa, Mikanadira ni jenis high taste sikit. Makan dekat kedai terkenal aje.
Dalam kaki laju melangkah itu, Izham terpandang seorang gadis yang dikerumuni orang ramai di tepi jalan. Postur tubuh dari belakang macam........... MIKANADIRA?
Ya Allah, Terasa nak gugur jantung. Izham terus berlari ke arah isterinya.
"SAYANG!!!!!! "
Izham memangku kepala isterinya yang pengsan. Dahi Mikanadira dikucup-kucup. Takutnya dia andai isterinya tiada.
'ABANG MINTA MAAF SAYANG. ABANG MEMANG SUAMI TAK GUNA. KALAU ABANG TAK ENDAHKAN SAYANG MASA SAYANG KEJUT ABANG KATA LAPAR, MESTI SEMUA NI TAK JADI, KAN? ABANG BERDOSA SAYANG. ABANG TAK JAGA SAYANG ELOK-ELOK.
TOLONG MAAFKAN ABANG SAYANG. ABANG MENYESAL SANGAT BUAT SAYANG MACAM NI? '
Raung Izham dalam hati. Air mata laju mengalir. Teresak-esak dia menangis. Tak lama selepas itu, Ambulans tiba.
Share this novel