Mak Jah memegang perutnya yang berbunyi sejak kelmarin dulu. Seriuslah, sakit sangat-sangat. Sejak kelmarin dulu jugak la, dia tak makan. Faizal pulak sekarang ni tengah syok dekat perempuan dalam kampung, itu yang sampai tak de masa menjenguk dia. Ya Allah, aku terlalu lapar. Aku nak makan walau sebutir nasi. Cukuplah buat alas perut aku.
Kalau setakat air paip aje mana nak cukup. Buat kembung perut aje. Tak mampu nak mengenyangkan. Itu pun Mak Jah curi-curi ambik air paip rumah jiran. Rumah dia dah la kena potong elektrik, sekali dengan air kena potong jugak. Siang malam bagi Mak Jah sama aje. Tetap gelap di dalam rumah. Faizal yang tak benarkan dia keluar. Katanya malu pulak kalau Mark Jah meminta-minta dekat orang lain. Yang paling tak boleh tahannya, dia boleh pergi kunci semua pintu dekat rumah.
Tersayat hati Mak Jah dengan anaknya. Anak yang di kasihi dari saiz sebesar dua jari, sehingga la membesar dengan penuh baik dan sihat. Semuanya nampak terbaik. Mak Jah jaga anaknya bagaikan menatang minyak yang penuh. Tak pernah terkurang kasih sayang. Terlebih lagi ada. Tapi apa yang anaknya buat sekarang ni... Melupakan dia demi cinta yang tak pasti?
Luluh hati Mak Jah. Remuk segala organ dalam tubuh. Kalau boleh di beri pilihan, Mak Jah nak terapkan ilmu agama dalam dada anaknya. Walau nama aje Islam, tetapi penghayatannya tiada. Tak tahu tanggungjawab. Dulu Mak Jah bongkak, anaknya langsung tak mahu di didik dengan didikan agama. Tapi sekarang, inilah hasilnya.
" Assalammualaikum, Mak Jah. Ini Mika ni. Bukanlah pintu. " laung Mikanadira dari luar. Dulu dia pernah ke kampung Mak Jah, jadi dia tahu di mana wanita tua itu tinggal.
Mak Jah terus berlari masuk ke dalam bilik. Persis Usain Bolt masa lari pecut. Dari tadi jalan tercapik-capik sebab sakit perut boleh pulak sekarang ni lari. Mak Jah malu dengan apa yang di lakukan. Kalaulah dia tak buat semua tu dan tak tamak, confirm dia takkan hadapi semua ni. Menyesal bila dah jadi, dah tak guna. Jeritlah penyesalan sampai ke langit ke tujuh pun, kalau benda dah jadi, tetap tak boleh nak undur.
" Mak Jah, Mika ni bukak la. Mak Jah. Oh.. Mak Jah. " laung Mikanadira dengan lebih kuat. Dia dapat rasa Mak Jah di dalam. Tapi tak bukak. Sebab apa ya? Itu dia tak tahu.
Mikanadira angguk dekat Syafiq. Syafiq sempat kenyit matanya, nakal.
" Kalau Mak Jah tak bukak, Saya pecah kan pintu ni tau. Mak Jah jangan main-main. Saya dulu masuk tomoy tau. " laung Syafiq sambil menutup mulutnya. Lawak dengan apa yang dia kata.
Dari kejauhan, Faizal muncul dengan plastik berisi bunga untuk kekasihnya. Kebetulan esok birthday Maya, jadi dia nak buat la, surprise sikit.
" Ada apa ni? Korang buat apa tercegat depan pintu rumah aku? " soal Faizal apabila ternampak seorang lelaki dan wanita dari arah belakang.
Mikanadira dan Syafiq terus menoleh ke belakang saat terdengar suara menegur mereka.
" Mika? " soal Faizal dengan muka berkerut. Macam mana Mikanadira, anak bekas majikan Mak nya tahu tentang rumah ini?
" Mak awak ada Zal? Saya nak jumpa dengan Mak Jah. " suara Mikanadira sambil melangkah menghampiri Faizal. Dia harap Faizal benarkan dia jumpa Mak Jah.
" Takde. Mak pergi kenduri. Bila dia nak balik pun tak tahulah. " bohong Faizal sambil memandang bekas crush dia. Lawa macam dulu. Tapi sayangnya tengah mengandung sekarang ni.
Mikanadira mengeluh perlahan." Tak perlah, kalau macam tu. Kami datang ni pun, sebab nak jumpa Mak awak je. Kami nk bagi ni dekat awak dan Mak awak. Anggap la sebagai hadiah ya." Mikanadira mengarahkan Syafiq untuk mengambil barang makanan di dalam kereta.
Syafiq menutup kembali pintu kereta selepas mengambil plastik yang berisi, kicap, bihun, sos,biskut, beras, garam, gula, susu pekat. Agak-agak macam Faiza bagi masa rancangan BERSAMAMU.
Plastik besar itu terus di suakan kepada Faizal. Faizal mengambil nya sambil tersenyum.
" Terima kasih. " katanya sebelum membuka mangga pintu. Terus dia masuk sebelum menutup pintu. Meninggalkan tetamu terkulat-kulat di luar.
Mikanadira tersenyum sebelum masuk ke dalam kereta diikuti dengan Syafiq. Mereka meneruskan pula pemanduan ke rumah Mak Tipah.
Mikanadira pegang kertas kecil hasil pemeriksaan di klinik Putra. Terlihat gambar janinnya. Mengikut kata doktor, dia mengandungkan anak lelaki. Dan janin itu juga berada di dalam keadaan yang baik aje. Alhamdulilah, lafaz syukur di ucapkan.
" Ibu mengandung baby boy, ya? " soal Syafiq sambil mengerling sedikit wajah Mikanadira. Tadi pun dia tak masuk sekali masa Mikanadira buat ujian nak check pasal baby. Mikanadira yang tak kasi. Yalah kan, nak buat ujian tu mesti la nak check perut segala. Takkan nak biarkan Syafiq tengok macam tu aje. Eiii, berdosa la.
Mikanadira angguk kan kepalanya. Kertas kecil kembali di simpan di dalam beg tangan.
" Dah ada nama untuk baby? " soal Syafiq lagi.
" Saya tak fikir lagi. Tak tahu nak bagi nama apa yang sesuai. Setiap nama kan ada maksud tersendiri. Takut pulak kalau bagi nama yang maksud tak elok. " balas Mikanadira sambil mengusap perutnya.
" Oh, I see. Errm, awak tak mengidam apa-apa ke sepanjang tempoh kehamilan? " soal Syafiq buat kesekian kali nya.
" Tak de. Nak makan apa? Saya tak terfikir pun. " Mikanadira menjawab sambil matanya memandang ke luar tingkap.
Kesudahannya, suasana sepi lagi kan sunyi menguasai keadaan.
********
Gabriel memandang bunga mawar merah yang dulu dia selalu bagi dekat Mikanadira. Yang dia curi-curi dekat rumah auntie Rosie tu. Hahaha. Kalau Mikanadira tahu dia ambik lagi, confirm Mikanadira cubit perut dia.. Aduhaii, teringat kenangan lalu bersama Mikanadira sentiasa membuatkan dia tersenyum simpul.
Saya nak tebus balik apa yang Saya buat dulu. Saya yang paling layak untuk awak. Saya juga la yang akan jaga awak dan anak tu. Saya tak kesah kalau dia datang bukan dari Saya. Yang penting apa yang awak suka, awak benci, semua tu Saya akan ikut. Saya dah tak boleh lagi nak paksa diri nak terima Sharifah. Sebab Saya tak pernah suka dia. Dia yang kacau hubungan kita dulu. Kalau dia takde, confirm kita sekarang ni bahagia, kan? Entah-entah dah ada anak enam dah? Hehe.
Gabriel mencium mawar merah yang kelihatan layu sedikit. Dia kena cepat. Kalau tak nanti bunga ni hilang kesegaran. Confirm Mika tak terima kalau bunga dah layu, kan?
Gabriel terus menggamit teksi di luar Airport KLIA 2 itu. Walau dia tak tahu mana Mikanadira tapi dia boleh cuba cari di mana-mana. Alah,Malaysia ni kecik aje. Bukan macam China. Nanti kona sana kona sini jumpa lah tu.
Teksi muncul di hadapannya. Gabriel terus melangkah masuk dengan tergesa-gesa. Bagasinya juga di seret laju masuk ke dalam teksi.
" Nak pergi mana, dik? " soal Pak Cik pemandu teksi yang berusia separuh abad itu.
" Satu Malaysia. " jawab Gabriel sambil tersenyum.
Naya la Pak Cik tu, dapat customer macam ni. Jenuh nak memandu satu Malaysia.
Share this novel