DM63~SIMBAH AIR

Romance Series 23892

" Wow, Cantiknya awak." ujar Syafiq dengan matanya yang tidak berkelip. Baju kurung yang baru di beli di pekan, begitu cantik terletak di tubuh Mikanadira..

Mikanadira tersenyum gembira sambil melangkah penuh anggun ke arah Syafiq. Mak Tipah sudah menunggu di luar rumah. Siapa sangka, Mak Tipah sekarang ini sudah mempunyai sepasang anak angkat yang sama cantik sama padan.

Kembang hidung Mak Tipah apabila orang kampung memuji anak-anak nya. Dia terasa sangat bahagia. Walaupun, dia tiada zuriat sendiri, sudah cukup dengan kehadiran Syafiq dan Mikanadira di dalam hidupnya.

" Mak, jom lah kita pergi. " Syafiq bersuara tatkala dia dan Mikanadira sudah keluar dari rumah.

Mak Tipah angguk kepala dengan mukanya yang ceria. Terus dia masuk ke kereta Perodua Bezza Syafiq. Mikanadira berbalas senyuman dengan Syafiq tatkala mereka memandang Mak Tipah.

Perjalanan mereka ke rumah kenduri, hanya memakan masa hanya 5 minit. Kalau jalan kaki pun boleh, tapi di sebabkan Mikanadira yang berbadan dua dan Mak Tipah yang berusia, Syafiq memilih untuk memandu.

Sebaik sahaja memarkirkan keretanya di bawah pokok, Mak Tipah terus berlalu untuk menyaingi langkah kawan-kawannya.

Mikanadira tersenyum lagi dengan kerenah Mak angkat nya.

Mikanadira turun dari kereta. Panasnya.. Baru sahaja dia mengibas-ngibas wajah dengan tangan, tiba-tiba terasa redup pula.

Mikanadira toleh ke sisinya. Syafiq tunak memandangnya bersama senyuman. Arghhhh, dia senyum lagi. Nampak charming gila, masa dia pegang payung dengan senyuman itu. Mikanadira membalas senyuman itu sebelum mereka sama-sama melangkah ke khemah kenduri.

Kebetulan, Izham, Sakinah, Kak Mastura, Fatiha dan Mak Siti juga baru tiba. Mereka sama-sama menyaksikan kemesraan itu. Kak Mastura sudah tersenyum simpul.

Arggh, sweetnya mamat tu pegang payung untuk isteri dia,desisnya dalam hati.

Kalau tak hot sekarang ni bukan namanya Izham lah. Hatinya begitu terbakar dengan kemesraan plastik itu.

Gatal! Nak berpayung-payung pulak. Macam lah panas macam nak mati sangat. Apa?Sekarang ni dah jadi perempuan yang bertukar-tukar lelaki pulak?

Memang betullah, keputusan aku nak lepaskan dia. Perempuan macam ni memang bersepah tepi jalan. Takde maruah, amuk Izham di dalam hatinya.

Izham melepaskan dengusan kuat. Terus dia pergi ke khemah, meninggalkan Sakinah dan yang lain di belakang.

Kak Mastura jongket kening dekat Sakinah tetapi Sakinah hanya mengangkat bahu.

***************

" Nak pergi mana ni, wak? " soal Mikanadira apabila Syafiq menarik lengannya tiba-tiba. Tapi tak lah sakit, cuma kejap aje.

Syafiq ke sebuah khemah yang menempatkan deejay. Dia membisikkan sesuatu ke telinga deejay. Deejay itu tersenyum sambil menganggukkan kepalanya. Lantas mikrofon di suakan kepada Syafiq.

" SEKARANG INI KITA SUDAH MEMPUNYAI PESERTA PERTAMA. ABANG NI AKAN NYANYI LAGU KHAS UNTUK WIFE DIA. SEMUA BOLEH TEPUK TANGAN. " suara deejay begitu kuat bergema. Hadirin yang hadir segera memandang ke arah Syafiq dan Mikanadira. Termasuk sekali lah dengan Izham. Mereka serentak memberikan tepukan gemuruh.

Mikanadira sudah malu apabila di pandang oleh ramai orang. Apalah,yang si Syafiq ni nak buat?Buat malu aku aje.

Syafiq sempat memandang Mikanadira sebelum menyanyi. Suaranya tak lah sedap sangat tapi bolehlah di terima hawa telinga.

JANGANLAH KAU TANYAKAN BESARNYA CINTAKU
KU PERSEMBAHKAN UNTUKMU, HANYA KEPADAMU
OH DAN JANGANLAH KAU RAGUKAN LUASNYA CINTAKU
YANG PUTIH TULUS UNTUKMU, HANYA KEPADAMU

LUASNYA LAUT TAK SELUAS CINTA YANG KU PUNYA
TAK SEDALAM CINTA YANG KU RASA, CINTAKU SATU UNTUKMU
TINGGINYA LANGIT TAK SETINGGI KASIH YANG KU PUNYA
TAK SETINGGI KASIH YANG KU RASA, CINTAKU SATU UNTUKMU

SEPERTI MATI LAMPU YA SAYANG, SEPERTI MATI LAMPU
CINTAKU TANPAMU YA SAYANG BAGAI MALAM TIADA BERLALU
SEPERTI MATI LAMPU YA SAYANG, SUPERTI MATI LAMPU
CINTAKU TANPAMU YA SAYANG BAGAI MALAM TIADA BERLALU

Syafiq nyanyi sampai rangkap itu sahaja. Sebab dia dah tak ingat. Samdol betul.. Semua orang bagai ternanti-nantikan rangkap yang seterusnya.

" Maaf ya,adik-adik manis dan abang - abang yang sado, Saya dah terlupa lirik. Hehehe. " Syafiq tersengih sambil angkat jari buat peace.

Mikanadira rasa macam nak telangkup muka bawah tudung saji pun ada. Dah la, dia malu sebab lelaki tu tarik dia sekali, tapi sekarang ni, boleh pulak lelaki tu lupa lirik.. Mak, orang malu, Mak!!!

Deejay cepat-cepat bersuara apabila merasai suasana yang janggal itu.

" BAIKLAH, DI ATAS KEBERANIAN ABANG NI NYANYI UNTUK WIFE DIA, SAYA AKAN BAGI HADIAH JUGAK. " deejay itu mengambil sebuah tupperware kaler biru lalu diserahkan kepada Syafiq.

" Alah, bang Saya nak kaler pink. Wife Saya ni mengidam nak tupperware kaler pink. " kata Syafiq menggunakan mikrofon.

Mikanadira rasa macam nak gigit gigit aje mulut Syafiq yang suka mengusik tu. Tahun bila pulak dia nak tupperware bagai? Ya Allah, sampai bila lah aku nak kena duduk sini menanggung malu?

Abang deejay itu tersenyum senget sebelum menukarkan tupperware biru kepada tupperware warna pink. Tak pernah lagi, dalam 15 tahun pengalaman bekerja, dia kena layan tetamu macam ni. Alahaiiii..

Mikanadira terus tarik Syafiq ke meja mereka. Buat malu aje, budak ni. Dah orang bagi tupperware tu ambik aje lah. Ni banyak songeh pulak.

" Saya tahu, awak nak marah saya tapi Saya ada sebab tersendiri. " Syafiq letakkan tupperware pink itu di atas meja sebelum berlalu untuk mengambil makanan. Lapar pulak bila asyik bernyanyi.

Mikanadira belek telefonnya. Tiba-tiba terasa ada suatu cecair di simbah ke wajahnya. Mikanadira terus menutup muka, asid ke? Ya Allah..

Habisla, muka aku. Nanti aku tak boleh tengok muka anak aku. Nanti anak aku tak tahu muka lawa Ibu dia macam mana? Ya Allah..

Dalam takut-takut tu, boleh lagi Mikanadira melalut entah apa-apa.

" Dasar perempuan murah. Tak sedar diri. Perut memboyot macam ni pun, still nak layan jantan lain. Apa, kau dah gatal sangat ke?

Mikanadira, aku tak menyesal jika aku lepaskan kau. Sebab kau perempuan tak guna. Entah-entah, anak dalam perut ni bukan anak aku, tak? " kuat suara Izham. Matanya sudah merah, barang kali menahan rasa marah yang begitu mengasak-ngasak minda.

Mikanadira buka matanya perlahan. Oh,air sirap. Nasib baik lah. Ingatkan asid tadi..

" Tumpang lalu ya, encik Izham. " Mikanadira tak rela untuk di kutuk sepuas-puasnya oleh Izham. Dia bukan patung bulu mata lebat macam dekat supermarket tu, yang tiada hati dan perasaan.

Izham menghadang Mikanadira dari berdiri. Dia masih belum puas untuk menghamburkan apa yang terbuku di hati. Perempuan di hadapannya ini perlu di ajar.

" Tak guna lah pakai tudung kalau perangai macam setan. Lebih baik kau buang aje. " Izham tarik-tarik tudung bekas isterinya sampai nampak rambut.

Orang yang memerhati, di biarkan begitu sahaja. Lantaklah nak tengok sampai mata terjuling pun.

Izham masih tidak berpuas hati. Dia terus menghamburkan kemarahannya. Di anggap Mikanadira seperti punching bag . Yang boleh di lakukan apa sahaja.

Terus tubuh Mikanadira di tolak-tolak sehingga bekas isterinya jatuh dari kerusi. Izham tersenyum mengejek. Shawl Mikanadira sudah di rentap lalu di lempar jauh ke tanah.

Baru puas hatinya. Menggedik sangat dengan jantan lain. Apa ingat aku ni tugu pacak aje? Nak biar kau perdaya lelaki dengan wajah kau? Sorry sikit. Selagi aku hidup, kau takkan bahagia Mikanadira. Itu janji aku.

Izham terus berlalu pergi dengan muka yang puas.

***********

Syafiq kendong Mikanadira dengan langkah yang laju sebelum masuk ke dalam kereta. Mak Tipah juga turut ikut sekali. Ketara riak wajahnya yang risau.

Mikanadira sudah menangis-nangis di dalam pelukan Syafiq. Sakitnya pada bahagian punggungnya. Ya Allah, kenapa dia buat aku macam ni? Aku dah Insaf. Aku dah berubah.

Orang yang aku sayang, yang aku cinta sendiri yang malukan aku. Mikanadira mengongoi di dalam kendongan Syafiq.

"Mika sabar ya. Kita nak pergi klinik ni. Awak tahan kejap. Saya nak drive ni. " Syafiq bersuara apabila Mikanadira makin teresak-esak menangis. Wajahnya lencun dengan air mata.

Mak Tipah turut menitiskan air mata. Dia rasa bersalah sangat kerana tidak ada bersama dengan Mikanadira pada saat itu. Ketika itu, Mak Tipah begitu ralit berbual dengan teman-temannya di khemah sebelah.

Ini yg terakhir untuk hari ni.. Esok Dania update pulak ya.. Tata!!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience