DM39~PENGORBANAN

Romance Series 23892

" Kenapa sampai awak berhenti kerja? Saya pun ada duit lagi. Bolehlah buat kegunaan kita."

"Dalam duit suami terselit duit isteri. Tapi dalam duit isteri tetap duit isteri. Melainkan isterinya merelakan. Tapi Abang tak nak lagi asyik guna duit sayang. Buat apa jadi suami yang sepatutnya bertindak sebagai nakhoda kapal tetapi hanya menjadi pembantu sahaja?

Tanggungjawab suami untuk menjaga makan minum isteri, keperluan, tempat tinggal dan nafkah tu salah satunya.

Ramai yang ingat nafkah batin tu hanya hubungan suami isteri. Salah tu. Ia meliputi aspek fizikal, emosi dan spiritual.

Bukan hanya berjimak tetapi ia lebih meluas lagi. Contohnya dengan bergurau senda, menjaga hati dan perasaan isteri, mendengar dan memahami luahan rasa isteri, sentiasa berhubung baik dan bermesra dengan isteri and lastly saling hormat dan menghormati antara satu sama lain. " jelas Izham panjang lebar.

Manis sahaja menyapa hawa telinga Mikanadira. Suaminya semakin bijak dalam mendalami ilmu rumah tangga. Sampaikan mulut Mikanadira berbentuk huruf 'O'. Terlalu terkesima.

" Sayang pun tak pergi kerja ke? " soal Izham pula.

" Saya apply cuti awal-awal. Nak jalan pun rasa tak larat. Biarlah cuti tanpa gaji pun. " jawab Mikanadira sambil mengacau-ngacau air milo di dalam mug dengan sudu.

" Abang ingat nak kerja dekat rumah. Senang. Boleh selalu tengok, kan sayang. Kalau nak apa-apa panggil aje Abang." Izham cuit hidung isterinya.

" Abang nak buat bisnes apa? Boleh berjaya ke kerja dari rumah ni? Macam tak efisien aje. Macam kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. "

" InshaAllah, boleh dengan izin-Nya. Sayang pun doa-doakan lah. Doa isteri ni, tuhan cepat makbur tau.

Abang ingat nak buat jual makanan. Abang pun bolehlah jugak masak sikit - sikit. Bolehlah tekak menelan. Sayang pun pandai masak, kan? Nanti bagilah abang resipi, Abang cuba masak.

Sekarang ni kan, yang. Jual makan-makan ni cepat untung tahu tak. Ramai aje kawan Abang cari duit dengan cara ni.

Errr , kita start esok lah. Tak sabar abang nak beli bahan-bahannya. Nanti bolehlah kita start dengan ambil tempahan orang dekat apartment ni dulu. Kalau berjaya sikit, kita luaskan pulak ke tempat lain. Okay tak, yang?. "

" Sangat okay. Apa-apa yang awak buat Saya sokong aje. Tapi awak nak masak apa esok? " soal Mikanadira. Seronok tengok suaminya yang nak berdiri di atas kaki sendiri. Baguslah tu.

Bukannya,Mikanadira nak berkira soal duit dengan suami dia tetapi lelaki itu perlu tahu tanggungjawabnya.

" Nasi tomato ayam masak merah? Abang lama dah tak buat. Sayang tahu tak nak buat macam mana? " Izham pegang tangan isterinya.

" Tahu. Dulu dekat rumah, Papa Saya suka makan nasi ni. Memang favorite dia. Mama pun tak tahu nak masak Nasi tomato ni.

Setiap kali nak makan, mesti Papa suruh saya yang buat. Dia cakap sedap. " Mikanadira bersuara perlahan. Terjentik di tangkai hati untuk bertemu keluarganya.

" Sayang rindukan family ya? Jumpalah. Abang izinkan. Abang hantar sayang ya. " Izham peluk bahu isterinya. Kasihan isterinya. Sebabkan dia, isterinya tidak ketemu keluarganya lagi.

" Betul ni? " Mikanadira bulatkan matanya.

" Iya , betul. Tapi kena ada upah yang. " Izham tunjuk pipinya.

Mikanadira terus cium kedua-dua belah pipi suaminya. Gembira sangat-sangat ni.

" Ini Saya bagi bonus. " Mikanadira cium lama bibir nipis suaminya.

Tak terkata Izham dengan kerenah isterinya. Sentiasa buatkan dia berdebar-debar. Terus tubuh itu dipeluk.

************************

Puan Faridah tuangkan air ke dalam cawan kaca lalu di tolak perlahan kepada suaminya.

"Minum, bang. "

Suaminya mengambil cawan itu lalu dihirup perlahan air kopi yang masih berasap nipis.

" Abang tak pelik ke? Kenapa Izham dan Mikanadira nikah diam-diam? Saya boleh aje buat kenduri sikit-sikit tapi diorang tak nak. Abang rasa sebab apa? "

" Sebab apa? Biar ajelah diorang nak kahwin diam-diam pun. Kenapa, awak ingat diorang terlanjur? " Tuan Nizam kembali menghirup air kopi. Sedapnya.

" Rasa macam tulah. Sepatutnya tujuan perkahwinan tu nak elakkan fitnah. Kita juga disarankan untuk menghebohkan perkahwinan. Tak nak lah nanti orang terkejut pulak bila tengok perut Mikanadira tiba-tiba memboyot. " Puan Faridah masih lagi musykil dengan apa yang jadi.

" Diorang ada alasan sendiri kut. Bersangka baik sudahlah. Kita sebagai Mak Bapak ni sokong ajelah kalau anak - anak buat benda elok.Selalu doa kan diorang. " Tuan Nizam memandang riak wajah isterinya yang berubah kelat.

" Cakap dengan abang saya juga yang kena balik." Puan Faridah memasamkan muka.Merajuklah tu.

*******************************

Arissa mengintai Izham yang sedang menghantar makanan. Sebanyak mungkin gambar lelaki itu akan di snap. Geramnya dia dengan suami isteri itu. Ingatkan bila dia dah cerita dekat Mikanadira, gadis itu akan bergaduh dengan suaminya. Tapi siap boleh bermanja-maja lagi. Serupa perbongkaran rahsia itu seperti tidak memberikan kesan kepadanya.

"Aku akan buat korang laki bini bercerai. Aku sanggup mati di tali gantung, kalau boleh buat kan korang saling membenci. Itu sumpah aku. " Arissa ketap bibir kuat-kuat.. Sambil meneruskan kerja pengintipannya yang tergendala..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience