Sudah sebulan pemergian Gibran. Seisi rumah itu terus bertukar sendu . Tiada lagi senyum mahupun tawa ceria.
" Mama. Mama nak Mika tolong ke? " soal Mikanadira kepada Datin Suraya. Datin Suraya kelihatan lemah untuk memasak.
" Tak per.. Mika rehat aje dalam bilik tu. Mama boleh buat. " tolak Datin Suraya dengan lembut.
Datin Suraya yang menyuruhnya menggunakan panggilan mama. Mikanadira pada awalnya, agak keberatan juga. Bukan apa, perasaan malu masih menebal lagi. Wanita anggun itu juga yang menyuruhnya tinggal di rumah itu. Katanya, buat peneman untuk berborak.
Mikanadira faham akan perasaan sunyi Datin Suraya kerana papanya juga pernah begitu. Sering termenung jauh. Tidak banyak bercakap.
Mikanadira terus berlalu ke ruang tamu. Ya Allah, bersepahnya dengan mainan pelbagai saiz kepunyaan anak-anak Gabriel dan Sharifah. Kalau terpijak ni, memang boleh luka kaki lah jawabnya.
" Aisy, Aishah. Kutip dulu mainan ni. Nanti Tok Ma terpijak. " laung Mikanadira sambil mencekak pinggang.
Dia sendiri pun tak berapa nak ingat nama-nama anak Gabriel. Belit-belit lidah nak sebut. Dia ingat dua nama tu aje lah.
Muncul seorang kanak-kanak lelaki bersama telefon pintar.
" Aisy, tu baby lagi lah auntie Mika. Mana dia reti main." Asydan mengomel sebelum mengutip mainan-mainan itu.
Mikanadira garu belakang kepalanya. Alahai, tersilap pulak dah..
" Asy, kenapa cakap dengan auntie gemuk tu? Kan, mommy cakap, jangan dekat dengan auntie tu. Dia jahat. " Asyila muncul dari tingkat atas dengan muka yang menyampah.
Sahlah, Sharifah buat-buat cerita dekat anak nya Mikanadira tersenyum lemah sebelum berlalu.
" Syila, say sorry balik dekat auntie Mika. " Gabriel yang juga baru turun dari tingkat atas, terus mencerlung memandang anaknya.
Syila tercebik-cebik nak menangis. Takut sungguh lah dia dengan Gabriel.
Asyila berlari mendapatkan Mikanadira. Tangan gadis itu di sentuh sebelum dia cium dengan bersungguh-sungguh.
" Sorry auntie. " Asyila meminta maaf dengan air matanya yang sudah bergenang.
Mikanadira tersenyum segaris. Dia mengusap lembut rambut Asyila yang kerinting. Comel.
" Auntie maafkan. Tapi, Syila kena cium auntie, boleh?" tersenyum simpul.
Asyila terus mencium pipi Mikanadira dengan sengihan. Mujurlah, auntie ni baik dan tak marah dia. Kalau ikutkan dari cerita Mommy, auntie ni suka makan budak.
Samdol betullah, Sharifah ni. Agak-agak lah nak tipu anak-anak pun..
" Dah. Syila dan Asydan pergi naik atas. " Gabriel bersuara dengan muka yang sengaja di kerutkan. Biar anak-anaknya takut.
Asyila dan Asydan terus berlari naik ke atas.
" Mika, Saya.... " belum sempat Gabriel menghabiskan kata-katanya, Mikanadira terus berlalu.
******************
" Tak guna punya betina. Laki aku pun kau nak ambik. Sial lah... " jerit Puan Maryam sehingga suaranya kedengaran nyaring pada malam itu.
Pasu bunga antik yang selama Ini, dia sayang terus di baling ke lantai. Habis pecah berderai pasu itu.
" Yam, akan ambik abang balik. Yam tak kan benarkan dia ambik abang dari Yam. Sebab abang milik Yam. " Puan Maryam tersandar di dinding dengan tangannya yang di penuhi darah. Barangkali dia terpegang pasu itu yang tajam apabila pecah.
" Woi, diam lah.. Memekak aje malam-malam. " terdengar suara jiran sebelah rumah memekik.
Puan Maryam tersenyum sinis bersama agenda nya.
*********************
" Wow, cantiknya akak. Macam Neelofa. " puji Gita dengan muka cerianya.
Teruja dengan hasil tangannya yang kebabomm.. Habis muka Mikanadira di conteng berdasarkan tutorial makeup di YOUTUBE.
Gita pandai mekap, cuma dia perlu cari tutorial yang sesuai untuk wajah bujur sireh Mikanadira yang sekarang ini macam kuih pau. Bulat.
Mikanadira tersenyum tatkala matanya memandang imej pantulannya di cermin. Cantik.
" Tudung ni jenama apa eh? Lawa aje bila akak pakai. Walaupun tudung ni kainnya jenis licin tapi senang untuk digayakan di muka . " Mikanadira pegang kain tudung bercorak flora dengan rona pastel nya.
" Ariani. Gita memang suka gila pakai tudung ni." Gita tersenyum ceria bila memandang wajah kakak iparnya yang memuji tudung kesayangannya. Kembang kempis hidungnya.
Mikanadira menilik sekali lagi penampilannya di cermin. Sekarang baru dia tahu yang dia lebih cantik dengan hijab yang menutupi mahkota hawanya. Mulanya memang rasa rimas dan panas, tapi nanti boleh lah dia biasakan diri.
InshaAllah,semoga dia dapat beristikhamah. Dan dengan penghijrahannya ke arah kehidupan yang berkonsepkan Islam, hidupnya akan berada di dalam kerahmatan Allah.
********************
Pregnancy test itu, digoyang-goyangkan dengan muka yang resah. Tak kan dia pregnant kot?
Di usia yang menginjak kepada warga emas, amat sukar untuk dia kuat seperti dahulu.
" Lia, bukak pintu ni. Lia, buat apa tu lama-lama ? " suara Tuan Hisyamuddin kedengaran dari luar.
Dr. Julia menyorokkan pregnancy test itu ke belakang almari kecil yang terletaknya barang-barang kelengkapan untuk membersihkan diri.
Dia tidak bersedia lagi untuk melihat hasil dari kejituan alat pregnancy test itu.
Sepatutnya, usia begini dia sudah mempunyai cucu. Tapi... Arghhhh.. Malas lah Dr. Julia nak fikir. Terus dia berlalu keluar dari bilik air itu.
Share this novel