" Betul ke ni, Din? Din tak menyesal kahwin dengan Lia? Kalau Din rasa terpaksa lebih baik Din undur diri. Lia faham." Dr. Dahlia menahan Tuan Hisyamuddin dari melangkah masuk ke masjid..
Tuan Hisyamuddin yang lengkap berbaju melayu putih itu terus tersenyum.
" Din tak menyesal. Din dah fikir pasal ni masak-masak dah. InshaAllah, ini amanah yang telah Allah berikan kepada Din untuk menjaga dan memberi kebahagiaan kepada Lia dan Fiffy. " Tuan Hisyamuddin terus melangkah masuk ke dalam masjid.
Dr. Julia tersenyum sebelum masuk ke dalam masjid. Siapa sangka, cinta yang terputus di tengah jalan, kembali terjalin dengan ikatan yang lebih suci?
Semoga penyatuan dua insan ini dapat memberikan kebahagiaan kepada insan yang tidak pernah merasai kasih seorang bapa.
***************
Sharifah mengetuk pintu bilik Mikanadira. Nafas panjang di tarik sebelum dia memulas tombol pintu. Biarlah hatinya terluka, asalkan anak-anaknya tidak hilang kasih seorang bapa. Mereka masih kecil. Masih tidak mengerti apa yang terjadi.
Mikanadira memandang ke arah pintu yang terbuka. Siapakah yang berani membuka pintunya pada lewat malam begini?
Syukur Alhamdullilah. Papanya sudah menikahi kekasih lamanya. Mikanadira tidak pernah menghalang. Malah merestui apa yang Papanya lakukan. Lelaki itu berhak merasai kebahagiaan.
Buat apa kalau masih setia dengan mamanya, kalau wanita itu sedikit pun tidak menghargai suaminya? Siang malam keluar. Langsung tidak dihiraukan apa yang suami nak makan?
Mikanadira tahu Papanya sudah lama memendam perasaan. Perasaan kesunyian. Di biarkan anak-anaknya membesar terlebih dahulu supaya anak-anak tidak hilang kasih suci seorang bapa.
Arhhh, betapa bertuahnya Mikanadira berbapa kan seorang lelaki yang baik hati itu.
" Apa awak buat dekat sini? " soal Mikanadira sebaik sahaja Sharifah menjengulkan kepalanya.
Sharifah tersenyum lemah sekali gus menghilangkan gemuruh di hatinya.
'Kau boleh buat Sharifah. Kau boleh buat. Fikir kan anak-anak kau yang masih kecil itu. ' hatinya memberikan semangat.
" Saya ada benda sikit nak cakap dengan awak. " Sharifah mengunci pintu bilik tatkala dia sudah masuk ke dalam.
" Duduklah dekat sofa tu. Saya buatkan air. " Mikanadira berlalu ke kabinet kecil di tepi katil nya. Datin Suraya yang paksanya untuk menerima kabinet itu.
Katanya, lebih mudah jika Mikanadira ingin membancuh air malam-malam. Tak perlu turun naik tangga..
Sharifah melabuhkan punggung di atas sofa empuk itu. Matanya menyoroti setiap tingkah laku buah hati suaminya. Cantik.
Mikanadira perasan akan pandangan Sharifah itu. Dia tahu maksud pandangan itu. Dulu pun dia pernah, mempunyai pandangan mata begitu. Tetapi kini, semua pandangan jelik mahu pun benci, sudah hilang dari kamus hidup nya.
Buat apa hidup nak benci-benci orang? Bukannya dapat saham dekat akhirat pun. Dari sakit hati membenci orang lebih baik hidup dengan hati yang redha. Anggap aje lah apa yang berlaku itu sebagai sebuah pengalaman. Pengalaman yang boleh mematangkan kita.
" Ada apa awak nak cakap dengan Saya? Kalau pasal Gabriel, Saya tak nak dengar. Saya dengan dia dah takde apa-apa. " Mikanadira bersuara tegas. Mug berisi Nescafe panas itu di suakan kepada Sharifah.
Wanita itu tidak menyambut. Mikanadira menarik nafas perlahan sebelum meletakkan kembali mug Nescafe di hadapannya. Dah orang tak nak, takkan nak paksa pulak.
" Saya nak awak terima suami Saya. " Sharifah bersuara dengan pandangan tajamnya.
" Berapa kali Saya nak cakap. Saya tak nak ambil kesah pasal dia. " Mikanadira juga sudah memandang tajam wanita itu. Tak faham-faham bahasa ke? Nak cakap bahasa Somalia pulak?
" Kalau Saya dah cakap terima tu, terima aje lah. Tak payah nak banyak cakap sangat. " Sharifah sudah meninggikan suaranya seoktaf.
Mikanadira geleng kepalanya. Ya Allah, berikan hidayah dekat Perempuan ni. Kepala pusing ke apa ni? Dulu dia yang beria-ria nak pisahkan Mikanadira dan Gabriel, tetapi kini dia pulak nak menyatukan mereka berdua.
" Terima dia. Senang aje kan? " Sharifah silangkan kakinya. Hot betul lah dia dengan mak boyot ni. Degil.
" Saya rasa awak patut keluar sekarang. Saya nak tidur. " Mikanadira berkata sambil mendepangkan tangan kanannya ke pintu.
Tak nak lah, bertegang urat lagi. Tak baik untuk dia yang dalam keadaan mengandung ini. Takut boleh apa-apa kan baby pulak.
" Aku nak kau terima dia. TERIMA DIA! Kenapa degil sangat ni? Aku akan pasti kan hidup kau merana kalau kau tak terima laki aku. Mikanadira, hitunglah hari kau lepas ni. Aku suruh kau buat benda senang aje, kan? Kalau aku tak bahagia, kau jugak takkan bahagia. Itu janji aku. " tempik Sharifah dengan nafas turun naik.
***************
Tanah-tanah itu di cangkul dengan penuh gagah walaupun matahari sudah naik ke atas kepala. Terik mentari sedikit pun tidak membantutkan niatnya.
" Udah-udah lerr tu.. Makan dulu El. Panas sangat ni. " laung pak cik tua dari warung di tepi kubur.
Mikael terus meletakkan cangkul ke tanah. Done! Nice job, El. Mikael tersenyum puas tatkala memandang lubang luas yang sudah di galinya.
Petang nanti, selepas asar akan ada jenazah yang akan di kebumikan. Mikael seronok dapat berbakti kepada tanah dan penduduk kampung di situ.
Lagi pun, dengan bekerja sebagai penggali kubur, dia boleh melawat kubur Mikayla. Kubur insan yang sangat di sayangi.
" El.. " laung Pak cik tua itu lagi. Takut sungguh dia, kut-kutlah Mikael terkena strok haba ke jenuh dia nanti. Nak menggali sorang-sorang.
Aish, memang tak sangguplah. Khudratnya tidak seperti dahulu..
Mikael terus berlalu mendapatkan Pak cik itu.
Share this novel