DM32~JAUH HATI..

Romance Series 23892

Mikanadira hanya mampu melihat doktor wanita melakukan pemeriksaan ke atas nya.

"Doktor, sebenarnya breast cancer saya dah stage berapa? " soal Mikanadira ingin tahu. Takpelah walau pahit untuk didengari dia rela mati bersebab dari mati buta-buta. Tak tahu apa penyebab kematian.

" Breast cancer? Siapa? " soal Doktor Jannah. Dahinya di kerutkan .

" Saya lah. " jawab Mikanadira laju.

" Bila masa pulak awak ada breast cancer, Saya check awak cuma mengalami hentakan kuat aje. Tapi nasib baik tak jejaskan kandungan. Kandungan awak masih baru lagi. Cuba elakkan angkat benda berat-berat dan jangan selalu sangat bersama suami. Sebab macam Saya cakap awak masih baru lagi. Ini baru trimester pertama. Lagipun Ini anak sulung awak, Kan? " soal Doktor Janna yang ayu bertudung.

" Kandungan apa ni? Saya yakin lah Saya ada cancer breast. Sebab breast saya sensitif. Kadang-kala semakin membengkak dan sakit. Cuba doktor check lagi sekali. "

" Oh, itu tanda-tanda awak hamil. Selain itu areola dekat breast awak akan jadi menghitam. Awak juga akan rasa lenguh-lenguh, hilang selera makan, muntah-muntah. And mood awak tidak menentu. Tahniah ya, Puan Mikanadira. Awak pregnant. " Doctor Janna tepuk lembut bahu Mikanadira sebelum berlalu.

" Doctor! " panggil Mikanadira.

Doctor Janna yang baru ingin membuka pintu terus menoleh.

" Jangan bagitahu suami saya pasal hal ni. "
Mikanadira berpesan.

Doktor Janna angguk kepala sebelum berlalu. Mesti gadis itu nak bagitahu sendiri suaminya. Almaklumlah anak sulung.

**************************

Izham masuk ke dalam wad peribadi yang menempatkan isterinya. Risau wajahnya.

" Sayang. Sayang ok ? "

" Kau tak payah sibuklah . Kalut aje nak tahu pasal aku. Kau tak payah berlakon seolah-olah kau care pasal aku. Bukan kau kesah pun aku lapar ke apa? Aku benci kau. " tempik Mikanadira kuat.

" Sayang, abang minta maaf sangat. Abang tak patut buat sayang macam tu. Tolong lah jangan macam ni. " Izham pegang tangan isterinya kejap.

" Lepas kan aku lah,sial. Dasar anak haram. Kalau Mak jahat mesti menurun dekat perangai anak jugak. Entah mana-manalah asal-usul kau. Aku rasa kau ni mesti anak pelacur. Yang layan lelaki siang malam. " Mikanadira tersenyum sinis. Tangannya direntap dari tangan suaminya.

Izham tundukkan wajahnya. Betullah tu apa yang isterinya cakap. Dia memang entah mana-mana asal - usul. Anak pungut.

" Asal tunduk? Betullah apa yang aku cakap. Sebenarnya, aku menyesal kahwin dengan kau. Menyesal sangat. Buat rosak keturunan aku aje. Dicemari genetik bangsat macam kau. " Mikanadira sengaja menyakitkan hati lelaki yang sangat hina pada pandangan matanya.

" Sayang pregnant? " soal Izham dengan muka ceria. Habis yang isterinya leteri dari tadi, tak masuk dalam telinga dan hati ke?

" Sedar-sedarlah dari mimpi di siang hari, bodoh. Aku tak teringin dan tak pernah terfikir pun nak kandungkan anak kau. Aku tak nak anak aku jadi macam kau. Hina. Menyedihkan. "

Izham terus berlalu dengan hati yang remuk. Pilunya hati ni. Terasa maruahnya diinjak-injak sebagai suami. Kenapa Mikanadira masih memarahinya? Puas dia minta maaf. Puas dia pujuk, dia rayu. Tapi sekeping hati itu begitu keras, ego dan angkuh.

*************************

GABRIEL dan Syarifah menunggu di luar dewan pembedahan. Gibran akan dibedah pada malam Ini. Kakinya perlu di potong kerana telah lunyai dilanggar kereta. Kasihannya dia.

**************************

Ini last chapter untuk hari ni. Esok Dania update lagi ya Kalau berkesempatan. InshaAllah.... :)

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience