DM60~MISI PIKAT HATI SUAMI

Romance Series 23892

MISI PIKAT HATI SUAMI!!

Mikanadira update di status wassapnya. Tak sampai seminit berduyun-duyun orang memberi nasihat. Tak kurang juga ada yang bertanya, Mikanadira dah berkahwin ke?

Yalah kan, dia dan Izham pun menikah di pejabat agama.. Mana dia heboh dekat siapa-siapa pun. Hanya orang terdekat sahaja yang tahu..

~Pegang tangan pasangan walaupun dekat rumah. Confirm, suami awak suka. ~

~Sambut suami masa suami balik rumah. Jangan sebab drama Korea, terus lupa pasal suami ~

~Awak dah kahwin ke? ~

~woi, kahwin tak jemput. ~

~Jangan asyik nak membebel aje. Aku cukup benci perempuan banyak cakap ~

~Sentiasa hormat suami tu, Mika. Jangan melawan atau membantah cakap suami. ~

Mikanadira tersenyum-senyum tatkala membaca mesej-mesej dari kenalannya. Tiba-tiba matanya tertangkap kepada satu mesej yang tidak di kenali.

~Aku masih tak cerai kau lagi. Jangan nak buat gatal pulak dengan jantan lain. Kalau kau tak malu, sekurang-kurangnya jaga sikit air muka aku. ~ Izham

Telefon di tangannya terus terjatuh ke atas riba. Izham ke tu? Suaminya? Mikanadira tersenyum ceria. Terus dia menghantar wasap dekat Izham. Lelaki itu pun tengah online.

Barang kali ini nombor baru Izham kut, sebab yang dulu, kan Mikanadira block. Block sebab buta hati. Tak pandai menilai intan permata.

~salam, abang. Mika on the way ke rumah abang. Mika, nak minta maaf atas apa yang Mika pernah buat dekat abang. Rupanya semua ni salah faham aje. Mika minta maaf abang. Lepasni Mika akan cuba jadi isteri dan ibu terbaik untuk anak kita. Baby pun rindukan ayah. Baby sekarang ni pun makin pandai tendang perut ibu. ~Mikanadira

Mikanadira tunggu punya tunggu, dah nak masuk sejam dah, tapi suaminya tetap tidak memberi respon. Masa dia send tu,suaminya memang dah baca. Sebab ada bluetick.

~Abang masih marah kan Mika ke? Mika minta maaf sangat. Mika ikutkan sangat hati dan perasaan. Sebab.. Mika ingat abang nak cari pengganti Mika. ~Mikanadira

~Mesti abang tak tahu, kan? Yuna guna phone abang. Dia tulis abang ceraikan Mika. Itu yang Mika pergi tu. Tapi apa-apa pun semua ni dah berakhir.. Kita boleh kembali macam dulu.

Abang masak kan untuk Mika dan baby. Abang urut Mika masa Mika lenguh. Mika pun boleh tolong abang jugak. Anything for you. ~Mikanadira

Baru sahaja Mikanadira menghantar mesej terus, Izham menelefonnya. Barang kali suaminya juga rindukan dia dan ingin kembali seperti dulu.

Wow.. Video call?

Mikanadira terus tekan simbol hijau untuk menjawabnya. Terus terpampang muka Izham. Tetapi lelaki itu tidak lagi berambut panjang dan berjanggut. Hanya tinggal kumisnya yang nipis. Ada nampak ciri maskulin..

Mikanadira tersenyum manis tatkala Izham merenung nya tidak berkelip. Pasti Izham terkesima dek penghijrahannya ke arah kehidupan yang lebih berkonsepkan Islam. Peluang ini di ambil oleh Mikanadira untuk melepaskan rindu yang selama ini di pendam jauh di lubuk hati.

" Abang. Abang sihat? " soal Mikanadira tatkala masing-masing terdiam. Hanya mata mereka yang berbicara.

Izham masih mendiam kan diri. Matanya tetap tertumpu kepada seraut wajah isterinya. Cantik seperti dahulu. Masih tidak berubah walau sedikit pun. Cumanya wajah itu lebih cengkung sedikit dari dahulu.

" Abang. Are you okey? " soal Mikanadira lagi sambil menggoyang-goyangkan sedikit telefonnya. Untuk mengembalikan Izham ke alam yang nyata.

" Hah.. Apa? " Izham bagaikan terpisat-pisat.

Izham berdehem dahulu sebelum kembali bersuara." Aku ceraikan kau dengan talak satu. " dengan sekelip mata, Izham terus mematikan talian.

Mikanadira tergamam buat seketika. Ya Allah, benarkah apa yang aku dengar sebentar tadi? Ya Allah..

Air mata laju merembes-rembes keluar. Kenapa bila aku dah sedar kesilapan aku, setiap kali itulah mereka akan tinggalkan aku? Aku tak kuat lagi ya Allah. Aku tak kuat lagi..

**************

Wang kertas itu di suakan kepada seorang kaki tangan hospital yang berbaju putih.

Lelaki itu tersenyum sambil mengambil wang yang dihulurkan sebelum di masukkan ke dalam poket seluarnya.

Wanita anggun yang kelihatan kusut itu terus berlalu pergi.

*****************

Izham meramas kasar rambutnya. Kenapa dia lemah? Lemah dengan renungan itu?

" Am. Jom makan. " laung Kak Mastura dari luar bilik.

Izham terus menyimpan telefonnya di dalam poket seluar tracksuitnya.

Aku pasti apa yang aku buat ni, betul. Buat apa aku nak simpan perempuan jalang macam tu lagi? Aku tak nak.. Aku dah tak cintakan dia lagi.

Izham merapikan rambutnya sebelum berlalu keluar. Sekarang ini dia ingin hidup bahagia daripada di belenggu dengan Mikanadira yang tidak sudah-sudah dengan perangainya yang buruk.

Last for today.. Dania akan update My Gangster wife pulak lepas ni.. Yessss, Izham dah mula jadi jahat. Aummm.. Mikanadira pulak lepas ni, Dania akan buat bagi korang rasa menyesal pilih Izham. Hahaha, esok Dania update pulak.. :D

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience