Senyuman lebar Rayyan terus mengendur apabila dengar suara pekikan dari seorang lelaki membuat onar. Suara kecoh itu datang dari barisan depan jauh dari barisan mereka. Rayyan mengecilkan anak matanya untuk melihat-lihat situasi.
"Maaf bang maaf adik saya tak sengaja dia autisme bang." Seorang lelaki berbaju kemeja kotak-kotak mempertahankan adiknya.
"Autisme tak autisme! Dah tahu adik kau tu berpenyakit duduk rumah! Apa yang kau dah buat kat anak aku!" Lelaki lingkungan 40an itu masih tidak berpuas hati dengan budak lelaki 17 tahun itu.
Baju mickey mouse yang dipakai oleh anak perempuannya telah menarik perhatian budak itu. Dia nekad menyentuh badan perempuan itu. Ayahnya telah menyangka bahawa anak perempuan usia 12 tahun itu diraba.
"Mi mi Mickey mouse cantik mi mi Mickey Mouse cantik! Cantik Mickey Mouse cantik! Cantik!"
"Ami Ami nanti abang beli. Itu bukan Ami punya." Abangnya cuba menenangkan adiknya yang hampir hendak tantrum.
Ami menolak abangnya dan pergi ke anak perempuan lelaki itu dan meraba sekali lagi tetapi rambut Ami ditarik oleh Ayahnya kuat.
Ami jerit kesakitan dan mengamuk hampir mencederakan diri sendiri dan orang lain. Orang ramai panik dan takut melihat kelakuan agresif Ami. Suasana sesi autograph Veronica bertukar riuh. Wartawan ambil kesempatan menangkap gambar Ami.
Autisme ialah gangguan saraf yang memberi kesan dalam perkembangan komunikasi sosial, interaksi sosial dan tingkah laku yang berulang-ulang dan terhad.
Mereka juga sukar memulakan dan mengekalkan interaksi sosial dengan orang di sekeliling.Tingkah laku mencabar seperti mengamuk sering dikaitkan kerana sebahagian daripada mereka sukar memahami apa yang berlaku di sekeliling.
Share this novel