"Amboi banyaknya barang kau Samsul kalah aku." Tegur Aryana sambil mengumpulkan barang-barang untuk masuk ke dalam bonet kereta.
Satu beg bagasi besar satu beg bagasi kecil berwarna pink milik Samsul. Bawa barang yang banyak seperti mahu tinggal sebulan di kampung itu walhal cuma seminggu sahaja.
"Of course lah nyah! Semua adalah keperluan tau. Wait mana Mr Danny?"
Ariana pandang Rayyan. Musykil Rayyan tidak datang bersama Danny.
"Alah tak jadi ikut lah tu. Takut kena gigit nyamuk kat kampung nanti." Kata Aryana.
Pon pon pon!
Bunyi hon dari sebuah camping car meluru masuk ke halaman rumah Aryana. Mereka semua terkejut. Kereta perkhemahan yang besar itu membuatkan kerja-kerja mereka memasukkan barang di dalam kereta terbantut.
Danny keluar dari perut camping car itu dengan megah. Memakai cermin mata hitam berpakaian pantai. Berkerut terus muka Aryana.
"Danny kau buat apa ni?" Tanya Rayyan. Matanya melihat-lihat kereta yang dibawa oleh Danny. Ada seorang lelaki diupah untuk menjadi pemandu.
Samsul begitu teruja sekali. Dia orang pertama merasmikan kenderaan itu. Danny berdiri berlagak. Lana dan Lini tidak ketinggalan meraikan keseronokkan itu.
"Perjalanan yang jauh of course kena ada keselesaan yang tinggi. Don't worry don't worry semua dah tersedia. Nak tidur nak makan nak tengok movie ALLLL!" Kata Danny. Masih dengan muka poyonya. Kenyit mata.
"Kita nak balik kampung bukan nak berkelah. Tak perlu kot Mr Danny..."
"Usht!" Danny letak jari telunjuknya ke mulut Aryana. Tak sempat Aryana menghabiskan percakapannya. Aryana tepis.
"Why? Ke you nak honeymoon dengan I?"
Aryana jongket bibir. Dia mahu menyepak kaki Danny tetapi Danny tangkas mengelak.
"I dah tahu habit you." Danny senyum sinis.
Geram Aryana mengetap bibir sejurus rengusan dan dengusannya bertali arus. Renungannya masih tajam berbinar. Rayyan di sebelah mula tergugah. Sejenak wajah cemburunya mula terserlah.
Danny pergi pula mendekati Zainab. Belajar mengambil hati ibu Aryana. Mengajak Zainab masuk ke dalam kenderaan itu. Zainab menghargai kejutan Danny.
"Kau tak lupakan bet kita?" Danny mengingatkan semula perjanjian yang dilakukan antara dia dengan Rayyan. Danny memegang bahu Rayyan sebelum mereka berdua hendak melangkah masuk ke dalam camping car itu.
"Kalau aku betul-betul buat. Kau kena mengalah. Terima hakikat." Ujar Rayyan. Dia tidak akan lupa perjanjian itu.
Rayyan terus masuk menjeling.
Danny buat gaya memukul di belakang Rayyan. Mengejek.
Tak lama kemudian muncul Aryana mahu ikut masuk kedalam tetapi Danny menghalang. Kakinya jadi penghadang pintu. Terkangkang kaki sebelah berpeluk tubuh. Tak bagi Aryana masuk. Sengaja mahu mengenakan Aryana.
"Apa yang special sangat kat you ni hah?" Danny mengecilkan anak matanya.
Aryana merengus menggeleng lemah. Sakit otak layan Danny yang mengalahkan budak.
"Kalau ikutkan hati I yang degil ni nak je bawa you pergi Casa Del Rio, Westin Desaru, Haven All Suite Resort. Semua tu tempat romantik!" Danny membuat suara menggoda.
"Saya tak tahulah apa kena dengan Mr Danny ni. Kenapa Mr Danny layan saya macam ni?" Kata Aryana sedikit Marah.
Danny telah membuatkan Aryana keliru sejak akhir-akhir ini. Sikapnya mula menjadi-jadi.
Danny menurunkan kakinya. Bergerak perlahan mendekati Aryana dengan lebih dekat lagi. Aryana membelakangkan diri. Raut wajah Danny mula serius. Menatap mata Aryana sedalam-dalamnya. Jantung Aryana mula berdebar-debar.
"You will know." Bisik Danny ke telinga Aryana.
Aryana diam terkedu.
"Kakak cepatlah naik! Tak sabar ni!" Jerit Lana dari dalam.
Aryana menolak Danny ke tepi. Dia masuk cuba mengawal ekspresi muka gementarnya. Danny senyum sinis.
Pap pap pap
Danny ketuk badan kereta.
"KAJAAA!!" Laung Danny semangat waja.
Perjalanan mereka pun bermula.
Share this novel