BAB24

Romance Series 41822

'Nasi dah jadi bubur' 'Telah karam maka tertimpa' 'Sesal dahulu pendapatan sesal kemudian tidak berguna'. Itu peribahasa yang sesuai untuk Danny.

Apa lagi peribahasa yang layak diberikan untuk Danny? Duk tertonggeng-tonggeng macam monyet setelah sedar dari tidur yang lama akibat mabuk sehingga dapat sakit. Meramas rambut gaya wavy hairnya.

Nak jerit tak boleh. Ditekap sahaja bantal dimukanya. Nampak sahaja Aryana yang sedang tidur diatas sofa segala ingatan hodoh telah menyerang dalam fikirannya.

Zup zup zup

Tak henti-henti neuron dan sel-sel otaknya berhubung. Mahu menapis semula memori-memori yang hilang sementara.

"Apa yang kau dah buat Danny!? Kau lelaki yang cool! Now urghhhh I hate myself urghhh!! Mana aku nak letak muka aku mana!!?" Jerit Danny dalam diam.

Tak habis-habis menekap mukanya di bantal. Mahu sahaja dicarik-carik bantal harta hospital itu untuk melepaskan perasaannya.

Letih.

Danny tarik nafass lepas. Tarikkk lepass.

"Everything will past. Past is past. Relax this is Danny. Setakat intern apalah sangat. But!!!! Why her!!!"

Danny guling-guling atas katil.

'Bedebuk'
Jatuh katil.

Terkial-kial menahan sakit. Kenapa bukan kepalanya sahaja terhantuk dilantai? Senang lupa ingatan terus.

Danny bangun jalan terhincut-hincut. Diurut-urut bontotnya. Dia pergi ke tempat Aryana perlahan-lahan. Jalan dan senyap-senyap untuk duduk diatas meja yang berhadapan dengan sofa Aryana. Tak mahu Aryana terjaga.

"She was pretty." Katanya dalam hati.

Dup dap dup dap

Kenapa dengan jantung Danny?

Berdegup.

Saat melihat Aryana melelapkan mata?

Geleng kepala laju-laju.

Semakin lama dia tenung muka Aryana semakin banyak kenangan pahit yang berlaku antara dia dengan Aryana. Dia mengimbas semula peristiwa-peristiwa yang telah terjadi. Sejak pertama kali dia berjumpa dengan Aryana.

"I ke yang jahat sangat dengan you intern? Why you selalu muncul dalam hidup I bila I ada masalah? You buat I tak boleh nak bencikan you tapi kenapa I kena bencikan you?" Danny bermonolog. Perlahan sahaja nadanya.

Matanya tak berkedip langsung melihat wajah Aryana. Tak teralih sedikitpun pandangannya.

Tangan Aryana bergerak, menarik sweater keatas badannya tanpa membuka mata. Kakinya asyik gelisah. Masih terlena tetapi kesejukkan.

Danny faham.

Dia ambil selimutnya dan berikan kepada Aryana. Diselimutkan untuk Aryana dan kembali duduk semula. Rasa tak puas melihat muka Aryana.

Danny senyum dan berkata

"Kan bagus you tak payah bangun. Kalau you bangun i hate you. Clumsy girl."

Danny asyik mengukir senyuman. Mula lawak jika diingatkan semula kelakuan dan layanan Aryana terhadapnya. Kenangan yang paling tak boleh dilupakan adalah pipinya ditumbuk oleh Aryana.

"RAYYAN!"

Jerit Aryana. Terjaga.

Terangkat bahu Danny. Terkejut.

Senyuman tadi terus mengendur. Spoiler!

"Rayyan? Dia sebut nama Rayyan?"

Danny mula tak suka Aryana sebut nama Rayyan. Dia masih belum memberitahu kepada Rayyan mengenai Aryana.

Jadi itulah sebenarnya yang berlaku sebelum Aryana bangun.

"I tanya macam mana you boleh kenal Rayyan?" Soal Rayyan.

Aryana pandang tajam. Matanya terus segar.

"Kenapa Mr Danny nak tahu? Sekarang ni bukan cakap pasal Rayyan. Mr Danny sedar tak apa yang dah jadi!? Mr Danny tahu tak apa yang dah jadi!? Mr Danny ingat tak apa yang dah jadi!?" Bertalu-talu soalan Aryana.

Danny terdiam.

Sudah tentunya dia ingat. 100% dia ingat hanya buat-buat tak ingat.

Aryana cukup-cukup geram.

"Apa jadi apa?" Danny buat muka tak bersalah. Larikan anak matanya ke tempat lain. Sengaja.

Lagi bertambah geram Aryana.

"Apa jadi apa Mr Danny tanya? Saya tengah tahan tangan saya ni nak tumbuk muka Mr Danny. Sebabkan Mr Danny saya dengan Mr Danny hampir-hampir!..."

Aryana tak sanggup nak melanjutkan ucapannya. Tak boleh bayangkan!

Danny bermuka cemberut.

"Ah lupakan! Apa yang pasti lepas ni saya tak nak ada kaitan apa-apa dengan Mr Danny lagi! Saya nak minta tolong sangat-sangat! Tolong jangan pernah muncul lagi di depan mata saya! Mr Danny nak mabuk ke! Nak bunuh diri ke! Suka hati!" Kata Aryana.

Berharap malam itu adalah kali terakhir dia berjumpa dengan Danny. Enggan lagi membantu Danny.

Danny diam berpeluk tubuh. Dia senyum sinis. Pandang sahaja Aryana lama-lama. Pandangan yang mendalam.

"Kalau ... I kata I tak nak?" Terangkat kening kanan Danny.

Aryana diam terkedu. Terkelip-kelip matanya. Mula rasa lain dengan Danny.

"You ada pilihan nak tinggalkan I or nak tolong I. Macam sekarang why you stay with me?"

Aryana berdengus.

"Kalau Mr Danny nak tahu, saya rasa menyesal tolong Mr Danny. Anggap je apa yang jadi hari ni adalah muktamad!"

Yakin Aryana.

Kalau boleh waktu itu juga dia mahu beredar meninggalkan Danny. Pukul 3 pagi satu kenderaan awam pun tak beroperasi.

Danny dekatkan mukanya ke Aryana. Aryana kebelakangkan diri.

"Haih... sebab tu I tak suka you bangun."

Terbeliak mata Aryana.

Danny masih mabuk lagi ke?

"Mr Danny buat apa kat saya masa saya tidur!?"

Aryana mula fikir yang bukan-bukan. Terasa dirinya dalam bahaya.

Mereka berdua saling menatap mata.

"I buat kat you ... macam yang I tengah buat sekarang."

Buat apa? Aryana tertanya-tanya? Danny hanya melihatnya sahaja.

"You tahukan kalau you nak sesuatu you akan buat apa? Beli or curi? Kalau I tak dapat beli I akan curi. Danny Alvin akan buat apa sahaja supaya benda tu jadi milik dia." Danny berkias.

Aryana?

'Buk'

"Why you hit me!"

Danny gosok-gosok kepalanya.

"Biar wayar-wayar dalam kepala otak Mr Danny tu tak berbelit. Apa kaitan jual beli curi! Ada saya kisah!"

Hampir satu jam mereka bertikam lidah. Aryana sememangnya kepenatan. Lagi bertambah penat berhadapan dengan Danny yang dah tak betul.

"Dah saya nak sambung tidur! Sebelum tidur seeloknya buang rasa dendam dalam hati tarik nafas dalam-dalam muhasabah diri belajar memafkan sayangi diri lepaskan semuanya dengan tenang!" Laju Aryana membaca azimatnya.

Dia terus tarik selimut. Selubung. Tak nak dengar apa-apa lagi dari Danny.

"Intern! Wake up! Kita tak habis cakap lagi! Macam mana you boleh kenal Rayyan!? I kira sampai tiga I tarik selimut ni nanti." Desak Danny.

Aryana genggam kuat-kuat selimutnya. Danny pula tak puas hati ditarik-tariknya selimut itu. Menyesal bagi kepada Aryana.

Danny surrender.

"Kumawo kerigo biane." Ucap Danny perlahan.

Aryana tidak dengar.

Danny senyum.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience