BAB20

Romance Series 41822

"Hey Rayyan how are you?" Sapa Rachel. Mereka berdua bertembung di Parkson.

"Oh hai Rachel, good Alhamdulilah. You sorang je ke?" Tanya Rayyan. Tangannya menjijit shopping beg.

Rayyan baru sahaja membayar beg tangan di kaunter. Beg tangan jenama Micheal Korse dibelikan untuk hadiah hari jadi mummy Danny.

"Erm yeah I sorang je. Wau belikan untuk girlfriend ke?" Mata Rachel teralih ke barang yang di pegang oleh Rayyan. Menyibuk.

Rayyan senyum malu.

"Eh taklah, hadiah untuk mummy Danny. Birthday dia. You tak tahu ke?" Tanya Rayyan hairan.

"Oo ah oo I lupa yes yes, sorry busy sangat sampai I lupa." Rachel berdalih. Tak mahu menunjuk sangat dia tidak pernah tahu birthday mummy Danny.

Rayyan mula senyum kekok.

"Nanti I free I nak jumpa mummy lah. I ada bagitahu Danny nak jumpa mummy tapi tulah I tak ada masa. Erm.. Danny ada bagitahu apa-apa ke kat you?"

"Bagitahu? Maksud you?"

Rayyan tak faham apa yang hendak dikatakan oleh Rachel. Rachel mahu tahu apakah Danny sudah menceritakan hubungan keruh dia bersama Danny kepada Rayyan. Rayyan belum mengetahui hubungan Danny dan Rachel sudahpun berakhir.

"Oh forget it. Well how your business?" Rachel tukar topik. Lega Rayyan tidak tahu menahu soal itu.

"Alhamdulilah everything is okay. Sebelum I terlupa, Danny ada ajak you attend my event weekend ni?" Tanya Rayyan.

Rachel diam sejenak. Tertanya-tanya majlis apa yang dimaksudkan oleh Rayyan. Sudah tentunya, Danny tidak mengajak Rachel untuk menghadiri majlis itu.

"Oh event you... Danny ada bagitahu I tapi I'm not sure event yang mana satu. Bila erk erm jap I cuba ingat..."

Rachel pura-pura.

"Annual Dinner Micasa Ray." Rayyan beritahu sahaja.

"Hah! Yes, betul. Don't worry I akan datang. Danny dah tempah dress untuk I." Kata Rachel, lain di mulut lain di hati dengan hidung tinggi.

Perasan sejak bila Danny tempah dress untuknya. Sayang, rupa cantik tapi tak sedar diri.

"Okay lah kalau macam tu I pergi dulu. I dah lambat ni." Rayyan melihat jam di tangan.

Mahu beredar dahulu.

Rachel masih berdiri di situ tidak meninggalkan tempat. Dia senyum penuh muslihat. Kening sebelah kanannya terangkat.

"Ustaz! Pak cik tiga orang tu dah salah faham ustaz! Saya tak buat ustaz saya tak buat!" Bersungguh-sungguh Aryana mempertahankan dirinya.

Danny?

Tak boleh harap. Dari tadi tak sedar-sedar langsung. Masih mabuk. Nasib tak menyebelahi Aryana. Tak pasal-pasal kena bawa ke pejabat agama.

"Nama?"

Tanya seorang ustaz yang bertugas. Garau suaranya seperti mukanya. Garang, berbadan besar ada janggut sedikit.

"Ustaz sumpah ustaz saya ni mangsa ustaz mangsa! Dia ni ada masalah hidup! Dia ni nak bunuh diri! Saya se!..."

Pap!

Meja dihentak.

"NAMU KAMU SIAPA NAMA KAMU!"

Terdiam Aryana. Telan air liur. Terangkat bahunya terkejut.

Naik angin ustaz janggut itu dengan Aryana dari tadi tidak menjawab soalannya. Terbuntang matanya memandang Aryana macam nak makan orang. Dia memerlukan butir dan maklumat Aryana untuk diisi ke dalam komputer.

"A a ar Aryana.." Gagap Aryana kecut perut.

"Kamu ingat saya nak nama kamu untuk cari kat Fac ke? Nama penuh apa!?"

Sekali lagi Aryana kena marah.

Danny?
Tak boleh harap.

Ini ustaz bukan sebarang ustaz. Ustaz WWE serupa Undertaker. Pandangan yang membunuh. Keliru Aryana dia berada di pejabat agama atau balai polis?

"Aryana Dahlia binti Ismail." Jawab Aryana ringkas. Mukanya masam.

Ustaz itu sambung semula menaip. Melihat skrin komputer.

"Ustaz... Percayalah cakap saya. Saya tak buat benda yang tak elok tu. Dia ni bekas bos saya. Kami kebetulan je kat situ!"

Aryana tak berhenti berharap.

"Mr Danny! Bangun! Mr Danny bangun! Cepatlah Mr Danny jelaskan! Mr Danny!"

Aryana goyang-goyang badan Mr Danny. Tak cukup itu, dia tampar-tampar pipi Danny bagi Danny sedar.

Disebabkan perbuatan gilanya mahu membunuh diri Aryana perlu tanggung. Aryana dah buat silap besar. Kalau dia tinggalkan Danny semua ini tidak akan terjadi. Mahu sahaja dia menumbuk Danny di situ.

"Kamu punya alasan ni dah basi dah saya dengar. Sekarang bagi nombor penjaga kamu."

Terbeliak mata Aryana.

"T t t t tak tak boleh ustaz tak boleh!!! Ibu saya tak boleh tahu ustaz! Ustaz percayalah cakap saya. Okay ustaz dengar cerita saya ye. Mula-mula saya duduk termenung ye termenung lepas tu dengar arghhh bunyi jerit! Saya nampak dugong maksud saya lelaki ni berdiri nak terjun! Lepastu dia terjatuh lepas tu saya selamatkan dia bawa dia naik berat macam gajah lepas tu tiba-tiba dia pengsan! Mr Danny bangun betul kan! Mr Danny saya tahu Mr Danny dah sedar! Bangunnnn!!!!! Dannyy!!!!"

Jelas Aryana panjang lebar.

Jerit ke telinga Danny.

"I want fly fly fly..."

Danny tutup telinga. Berdecip. Rimas. Tolak muka Aryana.

Tak guna Danny.

Ustaz tu diam cuba buat pertimbangan. Ada logiknya juga.

"Ustaz percaya kan cakap saya?" Aryana senyum. Berharap penjelasannya boleh diterima akal.

Ustaz itu mengangguk perlahan.

Aryana senyum nampak gigi!

"Bagi nombor ibu kamu. Sekarang." Tiada tolak ansur.

Senyuman Aryana terus mengendur.

Aryana rasa nak menangis. Geram melihat Danny di sebelahnya. Dia cuba berfikir hendak memberi nombor telefon ibunya atau seseorang yang boleh membantunya.

Siapa?

"Anak umi termenung apa tu? Tunggu puteri dari kayangan turun ke?"

Maryam datang duduk dekat di sebelah Rayyan. Rayyan duduk di buaian halaman luar rumah. Landskap yang cukup menenangkan tambah pula dengan angin malam.

Dari tadi terlukis raut wajah sedih yang cuba disembunyikan. Tak keruan. Pelbagai persoalan berlegar di ruang fikiran. Macam orang bercinta pula Rayyan.

"Kenapa ni Rayyan?" Tanya umi.

"Entah lah umi, dah dua hari Rayyan call, Whatsapp Aryana. Tak delivered pun. Call asyik mailbox je. Umi rasa dia marahkan Rayyan sebab Rayyan tolong dia ke? Dia dah tahu ke Rayyan tolong dia? Dia dah tak nak kawan dengan Rayyan ke? Rayyan ni bosan ke?"

Jelas Rayyan yang sedikit gusar.

Umi Rayyan senyum. Tercuit hati. Tak pernah-pernah nampak Rayyan seperti itu. Sah anak lelakinya sudah angau.

"Dia sibuk kot. Cuma... Umi nak tahu, apa perasaan Rayyan kat dia sebenarnya ni? Kalau Rayyan suka dia terus terang jelah." Nasihat Maryam. Jadi doktor cinta pula.

Rayyan diam.

Menyelesaikan masalah empayar perniagaan semudah ABC sahaja tapi hendak meluahkan perasaan sukar untuk dia tangani. Bait-bait cinta yang datang menerpa membuatkan dirinya kecil seperti semut.

"Umi pun tahukan Rayyan ni pemalu. Rayyan tak tahu nak luahkan perasaan Rayyan kat dia. Rayyan takut bila Rayyan bagitahu Rayyan suka dia, dia akan menjauhkan diri dia dari Rayyan. Rayyan tak boleh lupa ..."

Tiba-tiba sahaja Maryam tertawa. Terbantut Rayyan mahu menceritakan kisah pahitnya.

"Dah agak dah mesti umi gelak." Kata Rayyan. Dia turut berketawa kecil. Lucu bila diingatkan semula.

Dua beranak saling gelak menggelakkan. Cerita lucu apa yang dialami oleh Rayyan? Apa kaitannya dengan kisah percintaan?

"Aryana!"

Panggil Julia cemas sebaik sahaja masuk ke pejabat agama. Walaupun tengah sibuk melayan suami dan anak dirumah, dia sanggup datang untuk membantu Alya. Nasib baik ada suami yang boleh diharapkan.

'Ting ting tang ting tara ke tingtang ting'
Bunyi ringtone lagu dari handphone Julia tiba-tiba sahaja berdering.

Kelam kabut dibuatnya.
"Hello yang, mana susu Rifqi ni yang? Abang cari tak jumpa-jumpa."

Bertuah betul.

Suami Julia menghubunginya sambil mendukung Rifqi yang asyik menangis mahukan susu. Semua laci dia selongkar. Susu jenama Enfagrow pun masih tak jumpa-jumpa.

"Ya Allah bang call time-time ni pula dia. Tadi kan yang dah bagi tau kat dalam laci dapur nombor dua susu 5 sudu air sejuk setengah air panas sikit je nota ada yang tampal kat fridge tu" Beritahu Julia tak cukup nafas.

Aryana jadi serba salah. Mengganggu julia bukan pada masanya.

"Ooo ye ye dah jumpa dah. Rifqi meh meh kita minum ye alo ucu ucu abahnya. Okay yang bye."

Julia geleng kepala. Tepuk dahi. Sabarkan sahajalah dengan sang suami.

Julia kembali bertenang.

"Apa yang dah jadi Aryana?" Tanya Julia ingin tahu.

Aryana menceritakan semuanya dari awal hingga akhir. Julia satu-satunya penyelamat untuknya.

"Ustaz, saya kenal diorang ni ustaz. Lelaki ni bos saya. Aryana ni bekas pekerja dia. Aryana tak akan buat perkara tak elok ni. Lagipun, diorang ni saling benci membenci." Jelas Julia.

Aryana angguk laju. Setuju seratus peratus dengan penerangan Julia. Sungguh tepat sekali.

"Macam mana awak yakin diorang ni tak ada hubungan? Bos dengan pekerja mustahil tak bercinta. Banyak kesalahan disini, lelaki ni mabuk berdua-duaan pula tu. Kami kena ambil tindakan tegas."

Kata Ustaz Undertaker. Tiada kompromi. Julia mula was-was. Tetapi dia percaya semua ini adalah salah faham. Julia masih berfikir untuk membantu Aryana.

Aryana pula tak senang duduk. Gelisah sana gelisah sini. Fikiran negatif mula merasuki fikirannya. Terbayang drama-drama melayu. Kena kahwin paksa!

"Ustaz..."

Panggil seorang ustaz muda perlahan. Ada sesuatu yang ingin dia sampaikan kepada Ustaz Undertaker. Pendrive merah dibawanya sekali.

Apakah itu?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience