BAB6

Romance Series 41822

Sungguh silau, pancaran matahari dari lelaki yang tak dikenali telah menerangi satu hotel Danny, dari pintu masuk sehinggalah ke pejabat Danny. Semua mata yang memandang tak berkedip langsung!

Mak cik cleaner sampai menyapu lantai bukan menyapu sampah. Dalam hati rasa nak ambil jadi menantu. Front desk clerks langsung tak layan tetamu dah, terbuntang biji mata masing-masing. Rupanya ada lagi lelaki yang lebih hot dari Danny. Ini bukan hotel! Ini adalah pementasan lelaki kacak!

'Tuk tuk'
Pintu pejabat Danny diketuk berirama.

"Yes come in..."
Danny menyuruhnya masuk.

Pintu pejabat Danny dikuak perlahan. Lelaki itu masuk tetapi Danny tidak lagi memandangnya kerana sibuk menandatangani dokumen-dokumen penting.

"Hai bro! Long time no see!" Ucap lelaki itu.

"Oh my god! Rayyan bila kau balik!?" Teruja Danny dengan kehadiran sepupunya secara mengejut. Mereka terus bersalaman.

"Haha semalam lagi aku dah sampai, baru hari ni sempat nak jumpa kau." Beritahu Rayyan Danial. Dia terus melabuhkan bontotnya duduk di sofa. Danny mempelawanya.

Rayyan Danial sepupu Danny. Ayah Rayyan adalah abang kepada ayah Danny. Ayah Rayyan memeluk islam berkahwin dengan ibu Rayyan. Mereka amat rapat sejak kecil lagi.

"Ingatkan dah tak ingat nak balik Malaysia. Semakin handsome kau sekarang. Amacam? bawa balik awek London sekali ke?" Usik Danny.

"Of course lah masih ingat tanah air. Tak mainlah awek London. Aku masih pandang gadis melayu. Kau cakap orang kau apa cerita? Dengan siapa sekarang ni. Dah kaya tak akanlah single lagi." Seloroh Rayyan.

Siapa kata Danny single. Tak akan! Lelaki seperti Danny mana boleh single. Dapat pengganti macam dapat kacang.

"Aku macamlah kau tak kenal. Wait! Fesyen apa yang kau pakai ni?" Danny mengecilkan anak matanya. Pelik dengan pakaian Rayyan. Baju kemeja pakai sweater hitam.

Rayyan tengok-tengok pada badannya sendiri. Melihat sweater membuatkan dia tersenyum.

"Tadi ada waitress ni tak sengaja terlanggar aku sebab dia kelam kabut kot so jus oren tumpah kat baju aku. Dia bagi pinjam sweater dia. Aku tak nak dia serba salah so amek jelah pakai." Beritahu Rayyan senyum.

Danny hanya mengangguk tiba-tiba dia teringatkan sesuatu.

"Bila kau cakap kelam kabut, aku ada sorang staf ni aish! Very clumsy! I hate her! Pandai melawan pula tu!" Emosi Danny apabila bercakap tentang Aryana.

Rayyan tergelak.

"Tak sangka ada juga perempuan yang membuatkan kau sakit hati setahu aku kau lelaki yang macho and cool, perempuan tak akan benci kau." Kata Rayyan. Semakin rancak mereka berbual.

Danny terus berdengus.

"Dia bukan perempuan. Tak ada ciri-ciri keayuan langsung! Kau tahu dia boleh tumbuk aku!" Danny siap tunjuk pipinya yang ditumbuk oleh Aryana.

Rayyan tergelak terbahak-bahak. Lucu mendengar cerita Danny.

"Seriuslah! Aku betul-betul nak jumpa perempuan tu hahhahahah. Dah tu kau buat apa dengan dia?"

"Aku pecat dia!"

Bising pejabat Danny dengan suara gelak Rayyan. Staf diluar pasang telinga. Terpegun mendengar suara Rayyan.

Julia pula mendengar Danny bercakap tentang Aryana. Apa lagi dia ambil telefon, chat Aryana mengadu kepada Aryana yang Mr Danny sedang bergosip dengan sepupunya tentang Aryana.

"Tu tandanya dia nak rasa lagi sekali penumbuk saya ni kak!" Kata Aryana dalam chat Julia.

"Tapi kau nak tahu handsome gila sepupu dia, lagi handsome dari Mr Danny." Kata Julia.

"Handsome tapi gila! poyo! nak buat apa. Ish kenapalah akak buka cerita pasal dia.Saya dah lupakan dah! Cakap pasal dia je, darah saya naik satu badan."

Bukan setakat tentang Danny, nama Danny pun dia dah tak boleh dengar. Danny musuh yang pertama dalam hidupnya. Sekarang dia dah bahagia dengan pekerjaannya sekarang. Tiada lagi bos seperti Danny!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience