Malam yang hening, Aryana buka tingkap pintu bilik. Biarkan angin malam masuk ke dalam ruang biliknya. Segar. Angin bertiup sepoi-sepoi bahasa. Bintang beribu berkelipan diatas langit, bulan yang diciptakan tidak bercahaya menumpang cahaya dari matahari yang sudah tidak kelihatan.
Aryana keluarkan tabung duit simpanannya dari laci meja belajarnya dahulu. Dia duduk dan kira wang simpanannya sejak dia mula bekerja. Terasa berat tetapi masih belum cukup. Syiling 10sen 5sen tetap dia simpan. Baginya ia amat berharga.
'ting ting'
Whatsapp masuk.
Kacau sahaja Aryana sedang mengira duit. Kena ingat sampai berapa jumlah dia dah kira. Aryana ambil telefon diatas katilnya. Whatsapp dari Samsul. Samsul menghantar satu gambar.
'Matanya tak pernah menipu. Jatuh cinta lagi lagi lagi ku jatuh cinta harus bagaimana?' - Samsul-
Berkerut dahi Aryana. Dia zoom gambar yang dihantar oleh Samsul. Samsul sengaja mahu mengenakan Aryana. Gambar Rayyan melihat Aryana semasa photoshoot tempoh hari. Sempat Samsul menangkapnya senyap-senyap.
Aryana geleng kepala. Tak ada kerja Samsul. Dalam gambar itu, Rayyan memang melihat Aryana sedalam-dalamnya. Tidak terukir senyuman tetapi matanya memberi macam-macam makna. Aryana tak mahu perasan. Rayyan sukakan padanya atau tidak, dia tidak mahu mengambil kisah.
Aryana kembali semula ke meja belajarnya sambung untuk mengira duit. Kusyuk.
'ring ring'
Kali ni handphone nya pula berdering.
"Ish!"
Aryana dah mula emosi. Tergendala dibuatnya. Aryana angkat dengan marah. Nombor yang tidak dikenali telah menghubunginya.
"Hello siapa ni?" Tanya Aryana.
"Intern it's me, Danny."
Danny menghubungi Aryana. Aryana terkejut. Macam mana dugong tu boleh dapat nombor telefonnya?
"Macam mana Mr Danny dapat nombor saya? Mr Danny nak apa!?" Tanya Aryana marah.
"I nak jawapan you. Tawaran I kat you semalam."
"Tawaran apa!? Jangan jadi gila boleh tak Mr Danny. Saya tak berminat! Faham tak berminat!" Tinggi suara Aryana.
"I akan bayar berapa yang you nak. Just be my fake girlfriend itu je. You jangan risau I tak akan suka kan you...
tut tut tut
Panggilan ditamatkan. Aryana tutup telefon.
"Hello intern! hello! intern! Aish!" Danny sakit hati.
Aryana campak telefon atas meja.
"Gila! Dia bencikan aku tapi nak aku jadi fake girlfriend dia. Ah serabut!" Aryana cakap sorang-sorang.
'ring ring ring'
Sekali lagi Danny menghubungi Aryana. Dia tidak akan berputus asa. Kalau dia boleh bangunkan hotel yang sebesar itu tak mustahil dia boleh mendapatkan persetujuan Aryana.
"Mr Danny pergi jumpa doktor pakar otak. Check otak Mr Danny yang dah tak betul tu! Cari perempuan lain untuk terima tawaran Mr Danny yang tak masuk akal tu! Mr Danny bencikan saya! Saya pun bencikan Mr Danny! So kita sama rata!"
"Yes I know but I...
tut tut tut..
"Hello intern! inTERN!!!!!!!!"
Danny mengamuk. Tiada peluang untuknya dia bercakap. Tiada seorang pun yang pernah memperlakukannya seperti itu. Aryana sahaja perempuan yang banyak menyakitkan hatinya. Tercabar!
"Sorry the number you have dialled is..."
Aryana switch off telefonnya.
"INTERN!!!!!!!!!!!!!!" Danny jerit di telefonnya. Bergegar lantai rumahnya.
"Berapa aku kira tadi?" Aryana dah tak ingat. Semua sebab Danny.
Dia dah mula sakit kepala. Kusut.
"Ish! Semua sebab dugong! Ah malas!" Aryana sepahkan semula syiling yang sudah disusunnya bertingkat.
Tiap kali Danny muncul dalam hidupnya pasti ada sahaja yang serba tak kena. Sampai bila-bila pun Aryana tak akan menerima tawaran Danny yang merepek itu.
"Umi motor siapa kat luar tu mi?"
Tanya Rayyan malam itu. Dia duduk berehat sementara mahu naik kebilik. Kepenatan baru balik dari kerja.
"Oh tadi ada budak perempuan delivery pizza tadi, motornya rosak tak boleh hidup. Dia minta tumpang motor dia kat situ. Umi suruh masuk dalam porch kita dia tak nak. Kesian umi tengok dia tadi." Jelas umi Rayyan, berhenti sekejap dari membaca buku 'Menjadi isteri solehah'.
"Aryana.."
Tiba-tiba terjentik nama Aryana dalam hatinya.
"Rupa dia macam mana mi?" Tanya Rayyan mahu tahu.
Umi jadi hairan tapi dia jawab sahaja.
"Macam mana rupa dia? Cantik, tinggi, rambut panjang pakai topi. Kenapa Rayyan tanya umi?"
"Hah tak ada apa-apa. Umi Rayyan naik atas dulu ye. Assaalamualaikum." Rayyan cepat mengelak. Tak mahu uminya penasaran.
Naik ke bilik, Rayyan keluarkan telefon dan teragak-agak mahu call sahaja Aryana atau menghantar WhatsApp. Rayyan mahu kepastian apakah benar motorsikal itu milik Aryana.
'The number you have dialled...'
Aryana tak dapat dihubungi. Rayyan kesal.
"Kenapa aku rindukan dia?" Rayyan tanya pada dirinya sendiri.
Perasaan itu semakin hari semakin menjadi-jadi. Apabila tak bersua, hatinya mula terumbang ambing mengingatkan Aryana.
"Ya Allah, jika benar perasaan yang ada dalam hatiku adalah hadiah dari mu kau jagalah dia untukku. Jauhilah aku dari perkara yang mungkar." Rayyan berdoa memohon pertolongan agar perasaannya dapat dibendung.
"Tunggu you intern, I akan buat you sampai nak tolong I!" Rayyan cakap di depan cermin.
Tepek sana tepek sini mukanya. Pakai mask sebelum tidur. Rutin penjagaan muka mengalahkan perempuan. Danny tak suka orang yang pengotor dia cukup-cukup pantang jika kebersihan tidak dijaga.
Mysophobianya juga semakin beransur pulih, hendak dibandingkan semasa zaman belajarnya dahulu. Danny ada kisah hitamnya tersendiri. Segalanya bermula dari trauma.
"Mummy where is Danny?" Tanya Seun kepada mummynya.
Mereka di meja makan. Akhirnya ada juga mummy Danny teman untuk berborak dan makan bersama-sama di dalam rumah yang sepi itu.
Seun tidak tahu Danny tidak tinggal bersama keluarganya.
"What? but why mummy?" Tanya Seun terkejut apabila mummynya memberitahu Danny tidak tinggal dalam rumah itu.
"It's a long story Seun mummy pak.."
"Stop jangan cakap pasal budak tu, daddy tak suka!"
Ayah Danny memintas percakapan mummy. Dia benar-benar tak suka nama Danny d sebut-sebut. Benci sungguh pada Danny. Bencinya terhadap Danny tak dapat dikalahkan. Besi pun boleh dilenturkan tetapi kenapa tidak pada hatinya? Banyak salahkah Danny terhadapnya?
"Daddy sampai bila daddy nak buat Danny macam tu? Dia ada pilihan, yang lepas tu biarkan." Ujar Seun. Menasihati ayahnya yang keras hati.
"Seun dengan Danny tak sama. Daddy hanya boleh harapakan Seun sorang je. You are always listen to me." Kata daddy nya bangga.
"Daddy kalau Seun boleh putarkan masa, Seun tak nak dengar cakap daddy. Seun sebenarnya menyesal lari daripada ..."
"STOP IT!" Tengking daddy Seun.
Bergegar meja makan dihentaknya.
"Daddy dah susah payah selamatkan Seun and now you're feeling regret! Kalau Seun tak dengar cakap Daddy, Seun tak akan ada di meja makan ni! Jangan sesekali Seun bocorkan rahsia kita faham!" Amaran dari daddy Seun.
Tan Sri Alvin terus pergi. Meninggalkan meja makan. Dia langsung tidak berselera. Seun terdiam. Dia masih takut untuk bangkit dari kesalahannya dahulu. Seun tiada pilihan lain, dia terpaksa akur dengan arahan daddynya.
Rahsia yang disimpan 5 tahun lalu, hanya Seun dan Tan Sri Alvin sahaja yang tahu. Disebabkan rahsia itu, Tan Sri Alvin nekad menyuruh Seun lari ke Korea. Seun ketika itu panik. Dia hanya mengikut sahaja arahan ayahnya. Tan Sri Alvin melakukan pengorbanan itu demi menjaga air mukanya kerana dia seorang yang berpengaruh. Tak mahu imejnya tercalar.
'Pranggggggg'
Pinggan kaca jatuh berderaian.
"Aryana! What happened!!!!"
Aryana tercengang dengan perbuatannya yang tak sengaja. Mujur dia tidak cedera. 100 pinggan kaca telah jatuh, yang hanya tinggal serpihan di lantai.
Aryana terlalu gelabah membuat kerja, badannya telah terlanggar pinggan yang tersusun diatas meja.
"You tahu tak! Pinggan ni dari Europe!" Marah manager Cafe Vintage Kris.
"Saya betul-betul minta maaf encik Iz, saya tak sengaja. Saya saya betul-betul minta maaf." Aryana tak putus-putus meminta maaf.
Encik Iz bercekak pinggang mengeluh. Tenung lama di bawah. Melihat pinggan yang mahal sudah menjadi serpihan. Dia sebagai pengurus turut tempias.
"You tahu tak harga pinggan ni berapa? 20K 20K!"
Aryana tertelan air liur.
"Potong gaji you untuk ganti rugi pinggan ni pun belum tentu dapat habis bayar. Now kita nak kena buat apa?"
"Encik Iz potong jelah gaji saya tapi jangan buang saya. Saya akan cuba fikir cara lain nak bayar balik ganti rugi pinggan ni." Rayu Aryana.
bersambung...
Share this novel