BAB10

Romance Series 41822

"ARGHHHH!!"

Danny jerit melepaskan geram. Memandu kereta dalam had yang sangat laju. Sekali lagi dia berduka. Apa salahnya? Mengapa dia selalu dikecewakan. Saat dia mahu memberi cinta yang tulus dan ikhlas dia sering dipergunakan, dia sering dikecewakan, dia sering diperdayakan.

Danny merasakan dia tidak berguna. Apa yang kurang dalam dirinya? Harta, kekayaan, rupa semua itu ada padanya! Bukankah wanita memandang semua itu?

Malam itu, Danny melanggar prinsipnya. Dia seorang yang menjaga kesihatan dan pemakanan. Disebabkan malam itu, dia terlalu kecewa dia masuk ke kelab malam dan mabuk.

Hampir 3 botol arak dia habiskan. Perempuan cantik dan seksi cuba mahu melayannya namun Danny menolak dengan kasar. Perempuan semua tak guna. Mahukah dia menjadi jahat baru perempuan akan setia padanya?

Keluar dari kelab malam, Danny jalan terhuyung hayang. Langgar sana langgar sini. Dia gelak sorang-sorang. Melayan mabuknya. Danny hanya dengan dunianya sendiri. Ini bukan Danny yang orang kenal. Kalau lah stafnya terserempak dengan Danny, habis air muka Danny.

"Woi! Buta ke!"
Jerkah seorang lelaki sado kepada Danny.

Danny telah melanggar bahunya. Danny buat-buat tak tahu. Dia masih mabuk.

"Woi kau buta ke!? Sorry mana!?"

Lelaki sado itu datang dan merentap baju Danny.

"Argh! Tepilah! Get lost!"

Danny melawannya. Tak peduli.

'BUK!'

Danny ditumbuk. Dia tidak berdaya mahu membalas tumbukan. Membiarkan dirinya lebam. Sakit di mukanya tidak sesakit di hatinya.

"Itu macam.... "

Aryana sedang memandu motosikal, melihat Danny dari jauh. Kecil besar kecil besar matanya mahu mengecam Danny. Tapi musykil tak akanlah Danny jadi samseng jalanan.

Motornya semakin menghampiri ke arah Danny. Semakin dia dekat semakin betul itu adalah Danny. Aryana nampak Danny ditumbuk. Dia cepat-cepat berhentikan motornya dan berlari laju kearah Danny. Nasib baik dia baru selesai menghantar pizza. Penghantaran yang terakhir malam itu.

"Encik! Encik sudah tu encik!"

Aryana halang lelaki sado itu dari menumbuk Danny lagi. Topi keledar masih dikepalanya. Lebam, luka dan berdarah bibir Danny.

"Kenapa kau berhenti! Pukullah aku lagi Asshole!" Danny tak serik-serik.

"Apa yang Mr Danny dah merepek ni!?" Marah Aryana.

Lelaki sado itu mahu menumbuk Danny lagi tetapi Aryana bersungguh-sungguh menghalang lelaki itu dari mencederakan Danny sebelum Danny hilang muka. Walaupun dia tak suka kepada Danny sifat perikemanusiaan itu ada lagi.

"Encik sudah tu encik, dia bos saya. Orang nampak nanti polis datang lagi teruk kita encik. Saya pihak dia saya minta maaf." Rayu Aryana.

Danny pula dah terbaring. Gelak-gelak. Macam orang tak siuman. Mahu lagi dirinya ditumbuk.

Akhirnya lelaki itu mengalah. Dia pergi dengan langkah yang masih tidak berpuas hati. Kalau ikutkan hati lelaki sado itu mahu sahaja menghabiskan Danny malam itu.

"Mr Danny! Mr Danny!"
Aryana panggil Danny. Dia tepuk-tepuk badan Danny.

"Hahah oh Intern! hahahha intern! why you intern! I hate you intern! kojo!" Danny maki Aryana.

Tak pasal-pasal Aryana yang jadi mangsa.

"Mr Danny! bangunlah! kereta Mr Danny kat mana?"

Danny gelak-gelak.

"No duguya! Kojo! No nomu nomu nomuu napun sekeya! Sereagi!

Geram pula Aryana. Nak pukul lagi dah tak boleh. Dah banyak peta dah kat muka dugong tu. Aryana cuba tahan marahnya.

"Mr Danny! bagi taulah saya kereta Mr Danny kat mana!? Saya hantarkan!?"

Boleh ke Danny drive mabuk-mabuk ni? Silap-silap kereta terjunam kat mana-mana. Tak terjunam, kenderaan lain habis dilanggarnya nanti.

"Molla! Na Molla! Intern! Intern! I hate you!"

Danny pukul-pukul pipi Aryana. Digoyang-goyangnya kepala Aryana yang masih lagi berhelmet. Helmet Aryana terus tertanggal. Lepastu ditekapnya muka Aryana. Dah macam rupa ikan buntal dibuatnya Aryana. Danny betul-betul dah hilang akal.

"Mr Danny! Aish! Mr Danny!"

Aryana jerit ke Danny. Menyuruh Danny melepaskan mukanya. Rimas! Sakit kepalanya.

"Urgh!!!"

Aryana bangun dia marah. Menyesal dia datang tolong. Dia tarik nafas. Serabut kepala otaknya. Dia tengok Danny tengok motor tengok Danny tengok Motor. Mahu sahaja dia tinggalkan Danny disitu. Ah peduli apa!

Aryana pergi ke motornya. Tapi... langkahnya terbantut. Sekali lagi dia pandang Danny. Serba salah.

"Urgh! Sakit hatilah aku dengan dugong ni! Aku kena buat apa ni?"
Aryana mengomel. Dia benci perasaan serba salah itu.

Nak request grab untuk Danny dia tak tahu alamat rumah Danny. Tanya Danny hurm sampai esok pagilah asyik dok intern intern intern! Buat sakit hati sahaja.

Aryana cuba berfikir.

Matanya teralih sekali lagi ke motornya. Pandang pula ke Danny. Dia tahu nak buat apa. Dia memaksa Danny untuk bangun. Aryana pangku Danny. Beratnya macam gajah. Aryana bawa Danny ke motornya. Dia tiada pilihan lain. Itu sahaja cara penyelesaiannya. Dia bawa Danny naik motor bersamanya. Aryana ikat dirinya dengan Danny. Beg pizzanya Danny yang pakai. Pasrahlah kalau kena tahan polis kerana Danny tidak memakai helmet.

"Where are you going! where are you going! Daehamingu! Daehamingu!" Danny menyanyi.

Aryana sakit telinga.

"Diamlah Mr Danny! Saya bawa motor ni!"

Danny peluk pinggang Aryana.

'Mbok mbok mbok'
Danny kembungkan mulutnya.

"Mr Danny Mr Danny nak muntah ke!! Jangan Mr Danny jangan!"

Danny tepuk-tepuk belakang Aryana. Dia dah tak tahan.

"Jangan Mr Danny! Jangan! Tunggu saya berhenti! Mr Danny baik kan Mr Danny baikkan! Sekejap! Lagi sikit je Mr Danny! Sabar Mr Danny!"

'BUEKKKKK'

Dah terlambat. Danny dah muntah!

"DAANNNNNNNNNYYYYYYYYYYYYYYYYY!!!!!!"

Nasib kaulah Aryana....

"Eh ya Allah kakak! kakak bawa balik lelaki mana ni!? Tanya ibu Aryana.

Terkejut mukanya melihat Aryana memangku Danny di depan pintu. Patutlah macam nak pecah diketuknya pintu itu. Risau jiran kata apa pula tentang keluarganya.

"Ibu ibu ibu tolong kakak dulu bu. Nanti nanti kakak cerita bu. Tolong kakak bu."

Aryana dah tak larat nak beritahu waktu itu juga. Ibu Aryana tolong Aryana membawa masuk Danny ke dalam. Tak pasal-pasal ibu Aryana terlibat sama. Masuk je dalam rumah, Aryana terus baringkan Danny di ruang tamu. Danny dah tak sedar langsung. Sakit-sakit badan Aryana.

"Ibu kejap lagi kakak cerita bu. Kakak nak mandi bu!"

Aryana terus lari ke bilik mandi. Tak sanggup bau muntah Danny. Malang sungguh nasibnya malam itu. Menyesal dia terlibat sekali. Kalau biarkan sahaja Danny dibelasah, semua nya tak akan berlaku.

Aryana gosok-gosok badannya. Sabun 10 kali. Tak sanggup nak hidu. Sumpah seranah dalam bilik air.

"Semua sebab dugong! Habis badan aku! Urghhhhhhggg!!!!"

Aryana sental-sental badannya sekuat hati.

Ibu Aryana pula baik hati mengambil bantal dan meletakkan bantal di bawah kepala Danny. Dia masih tertanya-tanya siapa lelaki kacak yang dibawa oleh Aryana ini. Dia berharap tiada jiran yang perasan. Risau ibu Aryana.

Selesai mandi dan pakai baju. Aryana terus rebah diatas sofa. Tarik nafas panjang-panjang dahulu sebelum nak ceritakan kepada ibunya. Bau-bau muntah dia masih trauma. Terasa seperti melekat lagi di badannya. Mujurlah Lini dan Lana dah tidur kalau tidak, dua beradik tu meributkan lagi keadaan.

"Kakak siapa lelaki ni kakak?" Tanya ibu Aryana.

"Dia nilah bekas bos kakak dulu. Kakak nampak dia kena belasah kat tepi jalan. Tak tahu sebab apa. Mabuk pula tu! Setahu kakak dia bukan orang macam ni." Beritahu Aryana. Semput-semput nafasnya.

"Dah tu kenapa kakak bawa dia balik ke rumah? Hantarlah dia kat rumah dia."

Susah nak terangkan panjang-panjang. Penat masih belum hilang. Aryana pun tak sangka apa yang dia tengah buat sekarang ni.

"Kakak tukarkan baju dia. Kesian dia ni bau busuk. Tidur busuk-busuk macam ni. Sapukan sikit ubat kat muka dia ni. Kesian ibu tengok."

"WO WO WO ibu! ibu suruh kakak tukarkan baju dia!? Tak naklah! Biar jelah dia macam tu. Ibu aurat ibu aurat."

Sengaja Aryana bagi alasan. Dia geleng kepala. Betul-betul tak nak. Kerja gila semua tu. Cukup-cukuplah badannya dah kena muntah. Sekarang nak jadi babysitter pula bukan babysitter dugongsitter!

"Habis tu yang kakak tampal bodybuilder tu bukan aurat lah ye?" Sindiri ibu Aryana.

Aryana mencebik.

"Kakak tak suka dia ni. Tak tahu kenapa kakak tolong dia. Gerammm kakak dengan dia ni."

Aryana tarik-tarik rambut Danny.

"Kakak tak baiklah."

Ibu Aryana pukul tangan Aryana.

Aryana tarik-tarik lagi rambut Danny. Mentang-mentanglah Danny tak akan sedar, waktu itu dia dapat membalas dendam dengan Danny.

Aryana buka pejam buka pejam matanya untuk menukarkan baju Danny.

"Apalah yang aku buat ni?"
Tanya Aryana sorang-sorang.

Putih badan Danny. Memang ciri-ciri seorang lelaki. Macam mana orang tengok cerita korea badan Park Seo Joon macam itu lah Danny. Kalau Lana nampak habis ni! Bahaya!

"Nah ubat. Kakak sapu sikit ubat kat muka bos kakak. Ibu masuk bilik dulu ye."

Ibu Aryana hulur First-aid kepada Aryana. Nak tak nak sahaja Aryana mengambilnya. Tadi dah jadi pemandu untuk Danny sekarang jadi jururawat pula. Sakit kepala Aryana. Tak habis-habis dia salahkan dirinya.

Danny pula sudah lena beradu. Baju pun dah ditukar. Senangnya hidup dia. Aryana asyik mengeluh dan menggeleng.

"Apalah yang aku buat ni?"
Sekali lagi dia tanya sorang-sorang.

Aryana sapukan ubat di bibir Danny. Benci-benci pun, lembut sahaja tangannya menyapu ubat di muka Danny. Kalau ikutkan hati yang jahat ni mahu sahaja dia tambahkan lagi.

"Rachel... Rachel.."

Danny mengigau menyebut nama Rachel. Terhenti tangan Aryana dari menyapu ubat di muka Danny.

"Mengigau pula dah dugong ni... Rachel tak ada Ferreo Roche coklat tu ada nak tak?" Aryana layankan aje sambil tenyeh-tenyeh kapas di muka Danny.

"Rachel I love you ... why you why you.."

Tiba-tiba Danny merangkul tangan Aryana. Danny pegang tangan Aryana. Aryana jadi hilang kata-kata. Dia tak bergerak langsung. Tiba-tiba jadi patung.

Aryana mahu menarik tangannya tetapi Danny kuat menggengam tangan Aryana. Tidak mahu melepaskan Aryana. Danny ingat tangan itu adalah Rachel.

"Hurmmm.... Mr Danny saya bukan Rachel. Lepaskan tangan saya." Perlahan suara Aryana.

Aryana boleh agak kalau Danny sedang kecewa. Dia mula bersimpati. Sikitlah sikit tak banyak simpati tu. Danny yang ada di depannya sekarang bukan seperti Danny yang OCD itu.

Perkara yang amat menyakitkan adalah ketika seseorang itu cuba mahu menjadi seorang yang setia tetapi senang dikecewakan. Danny merasakan dia sudah cukup sempurna tetapi dia masih dipinggirkan.

Sudah cukup Victoria meninggalkannya kini Rachel pula mencuranginya dengan lelaki lain. Hampir setahun dia sukar untuk melupakan Victoria. Detik yang sepatutnya menjadi detik bahagia bertukar sejarah yang pahit. Haruskah dia menyalahkan cinta sekali lagi?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience