Teaser

Romance Series 41822

"What is this yobo!" Mummy Danny meninggi suara kepada suaminya. 5 keping gambar dilempar ke atas meja dengan marah.

Tan Sri Alvin yang berada di dalam bilik bacaan sedang berbincang bersama pembantunya. Perbincangan mereka tergendala sebaik sahaja isterinya masuk tanpa mengetuk pintu. Riak wajah Tan Sri Alvin mula bengis dan berang dengan tindakan berani isterinya.

"You kata tak peduli tentang Danny tapi apa semua ni!? You pasang spy untuk intip Danny!? For what!?" Tengking Mummy Danny yang sudah hilang sabar.

Tan Sri Alvin mengarahkan pembantu peribadinya meninggalkan tempat. Pembantu setianya akur dengan arahannya. Alvin bangun dan mendekati isterinya yang masih menantikan jawapan.

PANG!
Satu tamparan yang kuat terus singgah di pipi.

Sakit! Amat sakit!

"Kau semakin berani masuk campur urusan aku. Perlukah aku hantar kau ke London!?" Tempelak Alvin.

Menghantar mummy Danny ke London adalah satu langkah yang berguna untuk melangsaikan kerjanya tanpa gangguan.

"Ceraikan I!" Lafaz itu melantun dari mulut mummy Danny. Bergenang airmatanya perlahan.

Tan Sri Alvin mencengkam kuat bahu isterinya. Menterbeliakkan mata. Wanita itu sudah menguji tahap kesabarannya.

"Sekali lagi perkataan itu keluar dari mulut you I tak teragak-agak untuk hantar you ke London!" Ugut Alvin.

"You nak pisahkan I dengan Danny? Cukuplah Danny sudah menjauhkan diri dari you. You nak pisahkan Danny dari I? You tak layak jadi ayah Danny. Ceraikan I!"

Baran Alvin semakin membuak-buak. Dia lantas menarik tangan isterinya dengan kasar. Mengheret isterinya ke bilik kosong lalu pintu itu dikunci. Alvin semakin berani mengurung isterinya.

"Let me go! Alvin! Let me go! Open the door Alvin! Alvin!" Teriak mummy Danny dari dalam. Jiwanya cukup terseksa.

Alvin tidak mempedulikan teriakan itu. Malah dia memberi amaran kepada pembantu rumah agar tidak membenarkan siapa-siapa membuka pintu itu tanpa kebenarannya.

Mummy Danny menangis terperangkap dalam kesengsaraan yang cukup memeritkan. Kebahagiaan yang diimpikan dulu sudahpun punah.

Dia mula menyalahkan dirinya. Segala yang berlaku adalah karma buatnya. Merampas kebahagiaan isteri pertama Alvin suatu ketika dahulu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience