BAB1

Romance Series 41822

BAB 1
"Tak nak nampak buruk macam ni! Tukar sekarang! Now!" 

Dah mula dah dia punya bebel tahap maksimum. Dewan terus menjadi suram. Staf tak berani menjawab. 

"Kenapa senget? Susun biar nampak rapi!" 

Satu2 dia tak puas hati. Staf yang lain hanya mencebik dan mengeluh itupun berani buat bila dibelakang Danny. Lelaki perfectionist macam Danny susah untuk mendengar pendapat orang lain. Apa sahaja dibuat semua tak kena dimata kasarnya.

"Mr Danny saya baru dapat panggilan lembaga pengarah tak dapat datang". 

Beritahu cemas oleh Julia ketua pengurusan majlis.

"What!?" Danny mula marah.

Julia tak dapat berkata apa-apa. Tak berani mahu menjawab soalan Danny kerana anginnya tak begitu baik walaupun hari-hari anginnya tak pernah baik. Ketiadaan lembaga pengarah majlis pelancaran hotel yang kedua milik Danny Alvin tetap berjalan. Hotel Bling Shining Inn adalah hotel yang mewah di tahap 7 bintang milik Danny. Usianya yang baru sahaja mencecah 26 tahun sudah menceburi bidang perniagaan yang cukup drastik. Danny di atas pentas memberi ucapan dan terdapat video yang akan dipaparkan di skrin bagi menyambut ulang tahun hotelnya. 

'Blurp!' 

Tiba-tiba skrin terpadam dan menjadi gelap!

"Akakkkk". Jerit Aryana kepada Julia.

Aryana kakinya tersadung menyebabkan kakinya terlanggar wayar sambungan skrin kerana terlalu gelabah. Julia mula panik dan menterbeliakan mata terkesima dengan apa yang jadi.

"Aduhhh Aryana yang kau lalu sini buat apa??" Kak Julia terus menghampiri Aryana.

"Akak macam mana ni? Macam mana ni?" Aryana terloncat-loncat gementar. 

"Macam mana apa lagi sambung lah balik". Suruh Julia kepada Aryana. 

Aryana terpinga-pinga menyambung semula wayar. Tangannya tak berhenti-henti menggigil sehinggakan lubang suis asyik tak kena pada lubangnya. Aryana.. Aryana..

"Biar akak buat biar akak buat". 

Kak Julia tak dapat sabar menunggu Aryana. Dia sahaja yang menyelesaikan masalah disitu. Dalam fikiran Julia hanya terbayang muka Mr Danny yang akan bertukar harimau naik darah satu badan. 

"Harap maaf ada masalah teknikal sikit". 

Danny di pentas senyum sinis dan mengetuk2 perlahan jari jemarinya. Siapa tahu disebalik senyuman itu sebenarnya dia mengawal marah. Seandainya dia tahu punca itu adalah dari Aryana lagi membuak2 api kemarahannya. Tak lama kemudian skrin terang semula. 

"Aryana... nasib kau dengan akak... kita tunggu kejap lagi." Kak Julia berkata pasrah dengan Aryana sambil memegang bahunya.

"Akakkkk" Aryana mengeluh menyesal. Dia juga sudah tahu nasib yang bakal dihadapi oleh mereka berdua. Langkah mereka berdua bertukar longlai.

"Julia!" 

Jerit Mr Danny ketelinga Julia. Aryana di sebelah terkejut sehingga terangkat bahunya. Hanya mereka berdua sahaja yang ada didalam pejabat Danny. Selesai majlis mereka sudah bersedia untuk ditemplak oleh Danny. 

"Saya minta maaf Mr Danny.." Hanya permohonan maaf mampu keluar dari mulut Julia. Ibu muda kepada dua anak itu.

Danny berdiri bercekak pinggang. Aryana pula hanya mampu menelan air liur. 

"Sssebenarnya saya yang..." Aryana tergagap dengan ucapannya. 

"Awak lagi!" Tengking Danny belum sempat Aryana menghabiskan percakapannya.

"Asyik awak awak awak! Baru dua minggu intern dekat sini dah buat hal". 

Danny betul2 marah. Memanglah dah nama pun intern tak akan terlepas dari buat silap. Memang silap lah dapat bos macam Danny langsung tak nak nampak cacat dan cela. 

"Sabarkan jelah aku dengan toke cina ni". Aryana mengata dalam hati. Tak sabar rasanya mahu keluar dari office Danny.

"Lagi sekali benda macam ni berlaku! Awak!" 

Danny menunding jari kearah Aryana. 

"Saya tak teragak-agak untuk pecat awak!". Peringatan dari Danny. Sikitpun bahasanya tidak pelat kerana dia amat fasih dengan bahasa melayu. 

"Baik Mr Danny" Aryana akur.

"Dah awak berdua boleh keluar". 

Danny sudah seperti penat menghadap mereka berdua. Keluar je dari office Danny baru berani Aryana mahu mengutuk Mr Ocd itu.

"Aryana awak saya pecat!" 

Aryana mengajuk semula kata-kata Danny kepadanya semasa di dalam office tadi. Bagaikan pijak semut tak mati Aryana mengajuk semula Danny. Julia hanya ketawa dan memukul-mukul Aryana supaya berhenti berlakuan seperti itu sebelum dilihat oleh Danny.

"Tapi... handsome juga Mr Danny tu kan?" Hai tadi kemain mengajuk sekarang memuji pula. Perempuan mana yang mahu menutup mata apabila melihat lelaki handsome seperti Danny lagi-lagi lelaki yang cukup bergaya dan berjaya.

"Hurm... lelaki handsome semuanya poyo. Lagi2 Mr Danny yang Ocd tu. Siapa tahan?" 

Kak Julia sudah lama bekerja disitu bercakap seperti mengenali Danny amat lama. Ada juga staf yang bergosip mengenai Danny. Dahulu Danny mempunyai teman wanita tetapi teman wanitanya lari ke luar negara kerana lebih mementingkan cita-cita dan impiannya untuk menjadi model yang terkenal walhal mereka sudahpun merancang untuk berkahwin.

"Biar betul! Dah tu teman wanita dia kat mana sekarang?" 

Aryana terkejut mendengar khabar angin mengenai Danny.

"Dekat Perth. Tak silap nama model tu... Victoria Anne lee." Beritahu Kak Julia kepada Aryana.

"Hah? Victoria Anne tu ke? Yang selalu muncul kat tv tu!? Yang seksi sangat2 tu ke?" Aryana pernah melihat model yang dimaksudkan oleh Julia. 

"Tapi itu ex sekarang Mr Danny ada girlfriend baru." Beritahu Julia. Semua tentang Danny ada dalam tangan Julia. Dia cukup kenal latar belakang mengenai Danny mana taknya sudah 6 tahun bekerja di situ. 

"Lelaki kaya of courselah cepat jumpa pengganti. Petik je jari dah dapat". 

Sambung Aryana pula. Betul juga apa yang dikatakan oleh Aryana, cuba lelaki selekeh naik motor kapcai kerja biasa2 mana ada perempuan nak pandang hanya satu dalam seribu sahaja. 

*********
Gaya hidup mewah serba lengkap. Bangun tidur dari katil yang empuk. Bilik air pula lantainya tak pernah tak berkilat. Skincare di atas meja pelbagai jenama. Itulah cara hidup Danny. Tinggal bujang di kondominium mahal meskipun rumah keluarga boleh muat 200 orang dalamnya, Danny lebih memilih untuk hidup menyendiri. 

" Bila anak mummy ni nak balik?" Tanya Ibu Danny dalam telefon.

"I'm busy mummy". Jawab Danny dengan nadanya yang malas. Dia bercakap dengan ibunya semasa duduk di sofa. 

Sebenarnya bukan itu menjadi alasan Danny susah mahu balik ke rumah keluarganya tetapi hubungan dia bersama ayahnya tidak berapa baik. Dia dibesarkan dengan keluarga yang amat kaya tetapi miskin dari segi kasih sayang dan perhatian dari ibu dan ayahnya. Rupa-rupanya lahir dalam keluarga yang kaya bukanlah suatu yang indah seperti mereka gambarkan diluar sana. Kebahagiaan itu tidak boleh dijual dan dibeli dengan harta hatta tujuh keturunan tidak habis.

Selesai bercakap dalam telefon, tangan Danny mencapai remotes tv diatas meja. Dia mula terasa bosan dan sunyi.

"Huh hidup rupanya you lagi". 

Danny bercakap sendirian sebaik sahaja muka bekas kekasihnya Victoria muncul dalam iklan. Tiba-tiba dia terasa meluat mahu melihat Victoria. Terus jarinya menekan butang switch off TV kerana tidak mahu kesakitan lama kembali semula.

"Sorry the number you have dialed..." 

Belum lagi habis peti suara Danny sudah menamatkan panggilan kerana dia dah faham kesibukkan kekasih barunya. Maklumlah, seorang pramugari akan sentiasa sibuk. Rachel Rolyn hanya dalam ingatannya sahaja. Bilalah teman wanitanya mahu meluangkan masa bersamanya.

**********

"Kakak! Bangun kakak! Bangun! Akak dah lambat pergi kerja! Dah pukul lapan ni!" 

Lana dan Lini mengejutkan Aryana. Badan Aryana digerak2kan oleh mereka berdua itu. Aryana apa lagi gelabah tak tentu Hala. Terus dia bangun dari tempat tidur sehingga terjatuh kerana selimut masih berbelit di kakinya. 

" Hah Ya Allah Ya Allah!". 

Aryana bergegas mencapai tuala dan terus berlari keluar untuk kebilik air dengan rambut yang masih kusut masai. Tak nampak ciri2 wanita ayu bangun tidur langsung.

"Eh kakak... kakak nak pergi mana ni?" Tegur ibu Aryana di dapur semasa menghidangkan sarapan apabila melihat keadaan anak sulungnya seperti ayam berak kapur.

"Hah kakak nak pergi kerjalah ibu. Kakak dah lambat ni." Jawab Aryana tergesa2 mahu kebilik air.

"Kakak... hari nikan hari minggu mana ada kerja..." 

Kaki Aryana terhenti mahu pergi ke bilik air sebaik sahaja dengar kata ibunya. 

"Aishhhh!!! Lini! Lana!!!!!". 

Aryana mengamuk marah kerana dikenakan oleh dua beradik kembarnya. Dia terus kembali semula kebilik. Lini dan Lana tergelak terbahak-bahak. Sungguh geli hati mereka melihat gelagat kakaknya apabila menggelabah.

"Tak ada kerja korang berdua kan!" 

Cupinga telinga Lini dan Lana ditarik sekuat hati oleh Aryana kerana terlalu marah dengan kenakalan dua beradik itu. 

"Aduh kakak sakit kakak". Sepasang kembar itu mengadu kesakitan. Aryana kembali semula ke katil.

"Ibu... kepala akak sakit." 

Aryana pula yang mengadu sakit kerana bangun terkejut. 

" Lini.. Lana kenapa kacau kakak ni?" 

Ibu Aryana terus kebilik Aryana dan mengurut2 kepala Aryana. Lini dan Lana menyambung gelaknya. Lucu melihat Aryana yang tidak terurus.

"Kenapa tak pergi lagi kelas tambahan? Pergi cepat." . Ibu tunggal tiga beranak itu mula berleterkan anak dara duanya yang berusia 17 tahun. 

"Kakak kitorang nanti share video akak kat akak tau hahhaa. Jom Lini". Ajak Lana.

"Ibu! Tengok diorg tu!".

Lana dah Lini terus lari dari bilik Aryana. Sempat lagi dia merakam gelagat Aryana sebentar tadi. Bertuah betul dapat adik yang nakal. Nakal2 pun tetap Aryana sayang. Kalau dua orang itu mahukan sesuatu dari Aryana pandai sungguh membodek kakaknya itu.

******

Hari minggu sekejap sungguh berlalu. Kalaulah di Malaysia ni menetapkan hanya tiga hari bekerja kan bagus. Alamat bankrap! Subuh lagi Aryana dikejutkan oleh ibunya untuk solat subuh sekaligus bersiap untuk pergi ke kerja.

"Ibu Yana pergi dulu." 

Ucap Yana tergesa2 mahu keluar. Ibu Yana sedang menyiapkan sarapan sementara menunggu pukul 8 pagi untuk berangkat ke sekolah memandangkan ibu Aryana adalah seorang cikgu di Kolej Vokasional.

"Kalau ye pun sarapanlah dulu..." 
Halang ibu Aryana. 

"Xpelah ibu... kakak nak cepat ni. Bye! Assalamualaikum!"

Aryana salam,peluk dah cium ibunya. Tangannya sempat lagi mengambil sekeping roti dan dia terus keluar.

"Ish2 budak ni..." Ibu Aryana menggeleng melihat kelakuan Aryana. 

Sudah menjadi kebiasaan bagi Aryana pergi kerja menaiki motor skuter kesayangannya. Warna purple adalah kegemarannya, sampaikan motor helmet pun warna purple. Obses betul dengan purplenya. 

"Lets go! Go! Go!" 

Ceria Aryana di pagi hari menunggang motosikal untuk pergi ke kerja. Tersenyum riang sepanjang perjalanan. Semua orang dia memberi senyuman baik muda mahupun tua. 

"Ork! Itu Mr Danny".

Aryana ternampak Mr Danny semasa berhenti di traffic light. Danny yang menaiki kereta Daimler-Benz kelabu berhenti di sebelah Aryana. 

"Mr Danny.. hai!! Mr Danny".

Aryana melambai2 kepada Danny. Tapi Danny buat2 x nampak. Aryana sahaja yang tersenyum sehingga ke telinga melambai Danny.

"Tak nampak aku ke? Mr Danny! Haiii Mr Danny". 

Aryana tak putus2 melambai Danny sehingga Danny melihatnya. Agak malu juga di tempat awam jika dapat pekerja sebegitu rupa. Traffic light mula hijau, Danny terus menekan minyak meninggalkan Aryana.

"Sombongnya... aku lambai dia buak dek je". 

Aryana membebel seorang diri. Dia pula terasa menyesal menegur sapa dengan Danny yang tidak melayan sapaannya langsung. 

*******

"Mr Danny!"

Suara salah seorang staf memanggil Danny. Langkah Danny terhenti di meja Aryana semasa dia mahu masuk ke pejabatnya. Danny terus menoleh melihat staf iaitu Ahmad yang memanggil namanya dari jauh.

"Hah ada apa?" Tanya Danny.

"Mr Danny kena turun bawah. Kereta Mr Danny asyik berbunyi je kat tempat private parking". Jawab Ahmad.

"Ish!" Danny berdecip kerana malas turun sedangkan dia baru sahaja naik. Mahu tak mahu dia harus turun. Danny tinggalkan bungkusan makanan yang disediakan olehnya di meja Aryana buat sementara. Dia terus pergi bersama Ahmad.

*******

"Ork apa ni?" Tanya Aryana sebaik sahaj dia sampai di mejanya pagi itu. Aryana melihat sekeliling mahu menanya sesiapa yang tahu bungkusan diatas mejanya.

"Kak Julia siapa yang bagi ni?" Tanya Aryana.

"Entah, kat atas meja awak maksudnya awak punyalah." Jawab kak Julia.

Aryana buka bungkusan itu. 

"Wahhhhh..." Aryana terus terpegun sebaik sahaja dia buka penutup bekas makanan terdapat makanan sedap. Julia datang menghampiri Aryana. Julia juga suka melihatnya.

"Akak! Kimbab akak! Roll omelette sedapnya akak..." 

Suka benar Aryana. Dia benar2 yakin bungkusan itu adalah kepunyaannya. 

"Siapalah yang bagi saya ni. Terharu rasanya. Jom kak kita rasa. Kita rasa." 

Aryana memang pantang melihat makanan. Dia memanggil staf yang lalu di situ untuk berkongsi dengannya. Selera betul tekak Aryana menjamu makanan belum tentu adalah miliknya.

"Mr Danny meh sini..." Ajak Aryana. Danny muncul disitu lansung Aryana menjemputnya sekali untuk makan bersama. 

"Mr Danny nak? Rasa sedap Mr Danny. Saya terharu sangat ada orang bagi kat saya. Rezeki kita kena share". 

Aryana bercakap mulutnya masih lagi penuh dengan makanan. Suka benar dia mengajak Danny. 

"Apa yang awak buat ni?"

Tanya Danny. Reaksi Danny mula berubah. Wajah yang menahan geram dan marah. Aryana berhenti mengunyah bagitu juga 3 orang staf yang ada disitu menikmati makanan Aryana. 

"Hah?" Aryana mula blur. 

"Awak sedar tak..." Danny menarik nafas untuk melepaskan geramnya terhadap Aryana. Tangannya mula menggengam satu penumbuk terlalu marah. Perempuan yang ada di depan matanya tidak habis2 menkucar kacirkan hidupnya. 

"Ma ka nan yang awak makan tu... saya punya!" 

Aryana tercengang sehingga makanan dalam mulutnya dimuntahkan semula. Bekas yang berada di tangannya terlepas keatas meja. Aryana dah makan makanan yang dibuat oleh Danny khas untuk kekasihnya! Tetapi sudah dimakan oleh Aryana.

"Awak jumpa saya kat office!" 

Danny betul2 marah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience