Teaser

Romance Series 41822

"Hello Danny! I ni Azza!" Nada Azza amat cemas.

"Why? Kenapa you call I?" Soal Danny yang tidak membalas cepumas Azza sebaliknya panggilan dari Azza sudah menganggu lamunannya.

"You kena datang now! Datang kat rumah Rachel!"

Danny berdengus. Riak wajahnya berselirat kerutan.

"Why I kena datang rumah perempuan tu? I dengan dia tak ada apa-apa. Dah I ada hal." Danny mahu sahaja menamatkan panggilan.

"Rachel tak sedarkan diri! You kena datang tengok apa yang dah jadi!" Paksa Azza.

"So what? Apa kaitan dengan I? You kawan dia go lah selamatkan dia." Degil Danny.

Rachel memang sudah luput dalam ingatan. Dia sudah tidak mengambil kisah tentang perempuan itu hatta jatuh banggunan sekali pun.

"You sanggup ke tengok Rachel mati bunuh diri!" Tengking Azza.

Rachel terbaring di tepi katil bersama pil tidur yang bertaburan di lantainya.

Danny berketawa kecil.

"Owh I harap sangat benda tu jadi. Anyway I rasa you kena practice dulu kot sebelum nak berlakon dengan I." Selamba Danny.

Azza diam terkedu.

"You bagitahu dengan Rachel I know her very well. Jangan buang masa buat kerja bodoh untuk dapatkan I." Kata Danny sekali sindiran.

Belum sempat Azza mahu membalas Danny sudah menamatkan panggilan. Gelak sendirian. Lucu. Cerita mereka layak disiarkan di Nickelodeon.

"So how?" Tanya Rachel yang terbaring. Sudah bersedia untuk diangkat tak lama lagi.

"Kau boleh balik. Aku akan call semula." Arah Azza kepada lelaki yang diupah untuk menekup mulut Danny apabila Danny sampai.

Rancangan mereka gagal. Sia-sia sahaja. Lelaki bijak seperti Danny tak mudah termakan dengan kepura-puraan.

"Stop it Rachel!" Azza menepis kuat tangan Rachel.

"Let me go! Biar I betul-betul mati! I want him to regret it!"

Kerana desakan nafsu amarah Rachel bertindak hendak menelan 10 pil ubat tidur. Mungkin dengan perbuatan gilanya itu boleh membuatkan Danny meratapi atas kehilangannya.

Azza memeluk Rachel cuba menenangkan kawan baiknya itu. Semakin hari dia melihat Rachel boleh di diagnos kemurungan dan tekanan perasaan.

"I akan tolong you. I ada dengan you. We have another plan. Don't worry." Pujuk Azza membelai rambut Rachel.

Rachel menangis teresak-esak dalam pangkuan Azza. Berharap kata-kata Azza menjadi kenyataan. Dia masih mencintai Danny sepenuh hati.

Namun, kepercayaan terhadap Azza bakal menariknya ke lembah penyesalan yang tidak berkesudahan suatu hari nanti.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:

"Teman yang baik dan teman yang tidak baik itu diumpamakan seperti pembawa kasturi dan peniup api, maka si pembawa kasturi mungkin memberikan kasturi itu kepada kamu atau kamu dapat membelinya, atau kamu dapat mencium baunya yang wangi. Bagaimanapun peniup api mungkin membakar pakaianmu atau kamu dapat mencium baunya yang busuk." (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience