BAB 27

Romance Series 41822

Sesudah sampai di hospital selesai parking kereta Honda HRV miliknya dia terus bergegas ke hospital di kaunter pertanyaan.

"Wow So Handsome!" Jururawat berbangsa india terpegun melihat ketampanan Rayyan.

Terbeliak matanya.

"Excuse me ada tak nama Danny kat sini? Dia wad berapa ye?" Tanya Rayyan dengan seorang jururawat yang cantik dan manis bertudung. Senyum sehingga nampak gigi. Dia juga sudah terpikat dengan kekacakkan Rayyan.

"Ehem wait a minute okay Mr Handsome." Jururawat india itu mencelah. Periksa data dan maklumat Danny di komputer.

Dari tadi jururawat yang Rayyan bertanya membisu. Dia sudah berada di awang-awangan.

Aura apakah ini? Seolah-olah dia sedang berenang di dalam kolam yang dipenuhi dengan 'love'. Sampai begitu sekali!

"Oh patient ni! You kenal dia!?" Nada suara jururawat india itu naik mendadak.

Terkejut Rayyan.

"Ayoyoyo ini patient baanyak pening!" Jururawat yang mesra di panggil Ratna menepuk-nepuk dahinya.

"Kenapa ye dia buat apa ye?" Rayyan mula resah.

Ratna tarik nafas.

"Ini patient hari ini sudah boleh discharge tapi dia tak mau itu semalam dia ada buat hal lah Mr Handsome! Sakit tau kepala! Kasi makan banyak cerita tak da sedaplah apalah hah itu bilik sudah cukup selesa kita kasi tapi dia banyak cerita habuklah air-conditioning panaslah ayoyo acit mau hotel lima bintang pergi sanalah! lagi satu hah Mr Handsome tengah-tengah malam dia suka turun sini komplain sana komplain sini baju takda stylelah nasib baik itu ada perempuan cantik banyak cantik I think she's girlfriend lah kasi bahan sama dia!"

Semput.

Ke kiri ke kanan kepala Ratna membebel tanpa henti.

Kalah Joe Flizow rap.

Tangannya ikut turun naik turun naik.

Sekali-sekali kepala Rayyan bergerak mengikut rentaknya. Dia mula serba salah. Karenah Danny memang tak boleh bawa bincang. Tak pernah nak memikirkan perasaan orang lain.

"I'm so sorry bagi pihak dia. Saya akan cuba paksa dia untuk keluar hospital. I'm really really sorry. Dia memang macam tu he is perfectionist person but dia orang yang baik." Ujar Rayyan.

Ratna angguk.
Mukanya ketat.

"No problem." Kata Ratna.

Rayyan beredar dari situ menuju ke lift mahu ke tingkat atas. Dalam perjalanan untuk pergi ke lift, seolah-olah matanya ternampak seakan-akan bayangan Aryana.

Rayyan cuba mengejarnya. Namun gagal Aryana telah hilang dari pandangan di tengah-tengah orang ramai. Adakah Rayyan sudah mula berhalusinasi?

"Aryana!"

Rayyan tepuk bahu seorang perempuan yang menyerupai Aryana. Dia begitu teruja dapat bertemu dengan Aryana. Senyum sehingga ke telinga.

"Sorry saya bukan Aryana." Perempuan itu menoleh terus sebaik sahaja dirinya di sergah.

Harapan.

"Sorry-sorry maaf saya salah orang."

Perempuan itu berlalu pergi sekali jelingan.

Serupa tapi bukan Aryana.

Rayyan sapu sapu matanya. Garu kepala. Lihat sekeliling.

"What's wrong with you Rayyan?" Tanya dengan dirinya sendiri.

Rindunya terhadap Aryana tak dapat dibendung lagi. Sampai bila dia harus menahan. Apakah dirinya sudah disihir? Apa yang kau dah buat pada Rayyan Aryana?

"Mr Danny!"

Jerit Aryana memanggil Danny. Dikuaknya kuat pintu bilik wad Danny.

"Mana pula pergi si dugong ni?"

Aryana melihat katil Danny kosong tidak bertuan. Makanan yang dibekalkan oleh ibu Aryana buat Danny diletakkan sahaja di atas meja.

"BOO!"

Sergah Danny dari belakang mahu memeranjatkan Aryana. Terangkat bahu Aryana. Dipegang dadanya. Lemah semangat.

Danny senyum. Berdiri tangan di dalam kocek seluar.

"Mr Danny dari mana?" Tanya Aryana marah.

"Dari toilet kenapa you rindukan I ke?"

Aryana berdengus. Jongket bibir. Menyampah. Lelaki di depannya betul-betul perasan.

"Tu ada makanan ibu saya bawa. Kalau tak ada apa-apa lagi saya balik dulu. Mr Danny pun dah sihat kan." Aryana malas layan. Tak sabar hendak angkat kaki.

"No! You tak boleh balik lagi. Kena teman kan I." Halang Danny.

"Ek eh Mr Danny dah kenapa? Mr Danny dah boleh keluarlah hari ni. Bukannya sakit parah pun nak lama-lama kat hospital."

"I tak nak balik I nak duduk sini lama-lama so you kena temankan I." Degil Danny kebudak-budakkan.

"Mr Danny dah buang tebiat ke? Eh tak kuasalah saya nak temankan Mr Danny cukup-cukuplah pasal semalam. Dah saya nak balik. Mr Danny nak tinggal sini nak buat rumah kat sini silakan saya pergi dulu!"

"Okay kalau macam tu kita cancel pasal semalam." Ugut Danny.

Semalam?

Tak jadi Aryana mahu beredar. Aryana mula berwajah bengis. Danny senyum sinis.

"Kita kena ada give and take." Danny senyum angkat kening. Berpusing-pusing jari telunjuknya.

Aryana genggam satu penumbuk. Dia dah buat silap besar. Geram! Aryana keluar dengan jelingan mahu ke tandas. Jerit sekuat hati.

Danny senyum menghamparkan dirinya semula ke katil.

Bahagia!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience