"Buk Maryam, mau nanya ni ... ini buk Maryam punya?" Tanya Ati kepada Hajah Maryam yang sedang menanam bunga palsu dalam pasu yang baru sahaja dibeli.
Hajah Maryam memandang hairan dengan sweater hitam yang dipegang oleh Ati.
"Mana awak jumpa baju tu Ati?" Tanya Hajah Maryam.
"Bukan buk punya ya? Saya jumpa di bilik Encik Rayyan. Saya basuhkan sekali, ni udah bersih nih." Jawab Ati. Orang gaji di rumah itu.
Maryam terus mengambil sweater hitam itu dari tangan Ati. Dia membelek-belek sweater itu. Tertulis nama Aryana di belakang kolar sweater hitam. Berkerut dahi Hajah Maryam. Pelik. Setahu dia, anak bujangnya itu belum berpunya. Tak pernah bercinta. Tunggu Rayyan balik nanti. Dia nak korek rahsia.
*********
Tepat pukul 5, Danny berkemas-kemas mahu balik. Boleh je dia balik awal. Boslah katakan. Tetapi sebabkan ada rasa tanggungjawab, dia harus berkerja keras. Hotel itu sepenuhnya adalah milik dia. Kalau kerja acuh tak acuh rugilah jawabnya. Bukan senang nak berjaya. Kejayaan yang dia perolehi sekarang adalah hasil dari susah payah, jatuh dan bangunnya!
Dia tergesa-gesa nak balik sebab nak buat kejutan untuk Rachel. Hari itu adalah hari jadi Rachel. Rachel mungkin menganggap Danny melupakan hari jadinya tetapi Danny sengaja buat-buat tak ingat.
'tut tut tut'
Panggilan tak diangkat.
Mungkin Rachel sibuk. Danny balik ke kondominium. Bersiap-siap. Perlu nampak kemas dan segak. Bunga sudah pun dibeli. Hotel untuk makan malam juga sudah ditempah. Kalau makan malam di hotelnya sendiri pasti Rachel banyak komen. Demi Rachel Danny buat tempahan di hotel lain.
Danny telefon lagi Rachel. Rachel masih tidak menjawab panggilan Danny. Danny sudah mula risau. Takut-takut Rachel merajuk. Danny malas buang masa dia terus ke tempat kerja Rachel. Namun Rachel tiada.
"Eh Danny you buat apa kat sini?" Tanya seorang perempuan. Kawan sekerja Rachel. Dia melihat Danny berdiri di pintu masuk.
"Lissy you nampak Rachel. I call dia, dia tak angkat. Ada flight lagi ke?" Tanya Danny.
"Oh I thought Rachel balik dengan you. Tadi dia rushing nak balik. Dia bagi tau I you tengah tunggu dia." Jawab Lissy.
Danny mula bingung. Siapa pula yang ambil Rachel?
"It's okaylah Lissy thanks bagi tau I. Nanti I try pergi rumah Rachel."
Danny dah mula rasa lain. Dia malas nak tanya lebih-lebih kepada Lissy. Ada sesuatu yang tidak kena. Lissy pula pelik dengan situasi Rachel sebentar tadi. Danny terus ke rumah Rachel tanpa menghubungi Rachel. Kalau dia call pun Rachel tidak akan jawab.
Sampai sahaja di rumah Rachel. Bukan sahaja kereta Rachel ada di porch tetapi ada lagi satu kereta Volkswagen hitam. Kereta Volkswagen hitam bukan kereta Rachel.
Danny buka pagar rumah Rachel dengan tertanya-tanya. Depan pintu rumah ada kasut lelaki!
Danny sudah mengetap gigi. Ditenung lama kearah kasut hitam itu. Menggigil tangannya. Apakah dia diperbodohkan!? untuk yang kali ke-2!?
Danny tidak mengetuk pintu dahulu, dia cuba membuka pintu. Nasibnya baik. Pintu tidak berkunci. Danny terus membukanya tanpa ragu-ragu. Dia ingin tahu sandiwara yang terjadi di dalam.
Tiada orang di ruang tamu. Danny naik tangga. Dengar suara gelak. Suara Rachel dan lelaki yang tidak diketahuinya. Tunggu sahaja penumbuk dari Danny!
***********
"Mana pula sweater hitam tu?" Rayyan cakap sorang-sorang menggaru kepala. Bercekak pinggang. Sudah diselongkar baju-bajunya tak jumpa sweater hitam Aryana.
"Ehem! Cari ni ke?"
Tiba-tiba ada suara menyapa Rayyan. Rayyan terus toleh.
Matanya terus tertumpu kepada benda yang dipegang oleh Hajah Maryam. Hajah Maryam senyum-senyum.
"Macam mana sweater Rayyan ada kat umi?" Tanya Rayyan pelik.
"Macam mana nama anak umi boleh tukar nama Aryana?" Hajah Maryam angkat-angkat kening. Senyum.
Rayyan dah mula sengih-sengih. Garu kening kali ni. Kenapa dia jadi takut nak ceritakan pada uminya? dia pun tak tahu?
"Nah amek ni. Ati dah basuhkan. Hai... bunga manalah anak umi ni dah petik..." Hajah Maryam hulur sweater hitam dan langsung duduk diatas katil empuk Rayyan.
Rayyan bertambah malu. Dia harus cerita kepada uminya agar uminya tidak salah faham.
"Eh taklah umi. Hari tu ada seorang waitress ni terlanggar Rayyan. Habis tumpah baju Rayyan dengan jus oren so dia bagi pinjam sweater dia. Rayyan tak nak dia serba salah so Rayyan amek jelah. Jadi Rayyan nak pulangkan kat dia balik."
Jelas Rayyan dari A sampai Z.
Hajah Maryam diam senyum-senyum sahaja. Hajah Maryam cukup kenal anak lelakinya kerana Rayyan adalah satu-satu anak tunggalnya.
"Sedap nama budaknya. Aryana. Bila boleh bawa jumpa umi?"
"Ish umi ni kesitu pula. Rayyan dengan dia tak ada apa-apalah. Borak-borak macam kawan pun tak lagi. Tak sempat pun nak berkenalan panjang-panjang."
Hajah Maryam mengangguk sindir. Maryam tak kisah wanita yang mahu berkenalan dengan anaknya asalkan dia wanita yang baik. Tidak semua manusia di dunia ini sempurna.
Rayyan pula masih belum mengenal perasaan cinta. Apa yang pasti setiap kali Aryana singgah dalam fikirannya, dia akan tersenyum. Gelagat Aryana membuatkan hatinya benar-benar terusik.
Rayyan mahu menghantar Whatsapp kepada Aryana tetapi dia segan. Dia tidak tahu mahu mula dari mana. Dah taip padam taip padam. Sejak bila kurang berkeyakinan ni? Akhirnya, satu mesej pun dia tak hantar.
********
"RACHEL!!!"
Jeritan marah Danny membuatkan Rachel dan kekasih gelapnya terkejut. Mereka tidak sempat bercumbu kerana kedatangan Danny yang tidak diduga!
Sakit hati Danny melihat kemesraan mereka diatas katil! Danny sendiri belum pernah menyerahkan badannya kepada katil Rachel!
"TELL ME WHO IS HE!!"
"Danny listen ... I I I ... " Rachel tergagap-gagap mahu menjelaskan kepada Danny.
Lelaki itu bukan pertama kali dia bawa masuk ke dalam rumah. Sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah juga. Apa yang kurangnya pada diri Danny? Kenapa Rachel harus curang? Danny cuba untuk mempertahankan hubungannya untuk kali ke-2. Tetapi kenapa dia masih dihukum?
'BUK!'
Satu penumbuk terus singgah ke pipi lelaki itu!
"Danny stop Danny stop! I m so sorry baby!"
Danny tumbuk lagi lelaki yang tidak berbaju itu. Rachel yang berpakaian seksi cuba untuk menghalang Danny dari mencederakan lelaki itu. Api kemarahan benar-benar membara dalam darah Danny. Dia menolak Rachel ke tepi!
"Mulai hari ni you dengan i kita putus! Jangan kau tunjuk muka kau yang kotor di depan aku! Aku benci perempuan macam kau!!!"
Danny tendang pintu bili Rachel dengan kuat. Dia terus pergi. Rachel kejar. Dia cepat-cepat tarik tangan Danny tetapi Danny menepisnya dengan kuat!
Sekali lagi Danny terluka!
Share this novel