Teaser

Romance Series 41822

"Hello Julia you kat mana?" Danny menghubungi Julia. Ada sesuatu rundingan hendak dibuat.

"Saya di rumah Mr Danny. Why?" Tanya semula Julia.

"Okay good. I nak jumpa you it's about Aryana."

Julia penasaran pada masa yang sama tidak mahu bertanya lebih. Kenal sungguh sikap baran Danny.

Sebuah kereta Ferrari hitam berhenti di depan Starbucks. Danny keluar dari perut kereta untuk singgah membeli Americano Coffee.

"Oppa!" Suara perempuan menyapa ke arah Danny belum sempat dia mahu menguak pintu masuk.

Tergedik-gedik berlari kearahnya. Danny berkerut dahi. Tidak semena-mena dua pasangan kembar memanggilnya 'oppa'.

Siapa lagi kalau bukan adik bertuah Aryana iaitu Lini dan Lana. Mereka yang berpakaian sekolah berambut tocang baru selesai habis waktu persekolahan telah lalu di sekitar itu.

"Who are you?" Tanya Danny serong.

Dia tidak ingat dengan wajah itu. Sekiranya dia ingat apakah reaksinya? Mungkin lari atau sebaliknya.

"Kami lah oppa. Oppa tak ingat ke?" Beriya Lana.

Lini di sebelah tersenyum malu.

Danny memaksa otaknya untuk ingat. Matanya terus terbeliak. Dah ingat!

"You all a a adik Aryana right?"

Lana dan Lini melompat kegembiraan. Suka sangat dapat terserempak dengan real oppa.

"Why not I belanja you all makan." Pelawa Danny.

Dengan kesempatan itu dapatlah mengorek cerita tentang Aryana dari dua beradik bertuah tu.

Lana dan Lini angguk laju-laju. Rugi menolak pelawaan lagi-lagi makan. Danny menolakkan pintu untuk dua beradik itu masuk ke dalam. Teruja!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience