Sejak bila episod cinta bermula dia sendiri pun tidak tahu. Ditolak sudah pernah dia rasa. Bagaimanapula perasaan diterima? Mimpi buruk yang menjeru dalam tidurnya mengganggu fikiran warasnya. Semakin takut untuk dia meluahkan perasaan yang ikhlas atau mainan sahaja.
Dua jam duduk dalam bilik mesyuarat satu penyampaian dari stafnya langsung tak masuk dalam telinganya. Tubuhnya sahaja sebagai syarat dia duduk bersama, fikirannya merewang entah kemana.
Telefon jenama Apple iPhone SE diatas meja asyik dicerlingnya. Kalaulah telefon itu boleh bersuara pasti dia akan berkata "tak habis-habis pandang aku. Aryana tak akan call kaulah." Naik bosan dibuatnya. Rayyan masih menunggu panggilan dari Aryana yang hilang dari radarnya.
"Untuk tahun 2020 ni for New York Fashion week maybe kita boleh ambil Amber untuk first model kita and Mazzanine Agency akan manage our catwalk platform. So apa pendapat Encik Rayyan?" Tanya Rose yang sedang membentang pembentangannya.
Semua staf beralih melihat Rayyan yang duduk bersilang kaki di hujung meja conference.
Jangan harap Rayyan nak menyatakan buah fikirannya. Satu apa pun tak masuk dalam kepalanya. Berbuih sahaja air liur Rose. Nasib baik bos.
Tiada respon.
Matanya asyik merenung di skrin.
Bilik mesyuarat itu menjadi sepi.
"Encik Rayyan so how?" Tanya Rose.
"Ehem" Jazy di sebelah berdehem.
Mula perasan dengan sikap Rayyan yang tak fokus.
Rayyan masih lagi termenung.
"Encik Rayyan!" Sergah jazy.
Terkejut Rayyan macam kena kejutan eletrik.
"Sorry ya erm okay."
Rayyan meraub rambutnya.
"Apa yang okay nya encik Rayyan?" Serentak Jazy dan Rose.
Krik krik krik
Mata Rayyan ke kiri kanan melihat staf.
"I mean your presentation. Proceed je." Rayyan garu tengkuk.
Rose akur. Anggap sahaja cadangannya diterima.
"Stop!" Tahan Rayyan.
Ada satu slide yang telah menarik perhatiannya. Tak jadi Rose mahu menekan butang remote control slide projector.
"Give me 5 minute." Pinta Rayyan.
Badan yang bersandar tadi terus berubah posisi. Sudah tidak bersilang kaki. Kali ini menongkat dagu. Tekun dan menghayati melihat gambar yang terpampang di depan matanya.
Sekeping gambar belum cukup mengubati rindunya hatta sudah besar gambar Aryana terpancar di skrin.
Rayyan senyum seorang diri. Tak peduli dengan keadaan sekeliling. Senyuman yang tak boleh diganti dengan apa-apa benda yang berharga.
Staf semua kehairanan. Terpaksalah tunggu lima minit atas menuruti kehendak Rayyan yang sedang merawan. Tiada siapa-siapa yang boleh menahan.
Sedang Rayyan terbuai tiba-tiba sahaja lagu 'Imagination Shawn Mendes' menjadi caller ringtone nya berbunyi, langsung dia angkat.
"Hello mummy... kenapa call Rayyan? Rayyan tengah meeting." Jawab Rayyan. Pusing sedikit kebelakang. Tak mahu staf lain mendengar.
Mesyuarat tadi berhenti seketika. Staf harus terima.
Mummy Danny telah menghubungi Rayyan. Dia hanya menangis teresak-esak membuatkan Rayyan hairan bercampur risau.
"Kenapa ni mummy? Kenapa mummy menangis ni?" Soal Rayyan.
"Rayyan tolong mummy carikan Danny. Mummy call dia, dia tak jawab. Mummy takut dia tak nak jumpa mummy dah. Daddy and Danny bergaduh lagi. Tolong Rayyan." Rayu mummy Danny.
"Hah? Betul ke ni mummy? It's okay it's okay mummy don't cry everything will be fine. Rayyan call dia sekarang. Apa-apa Rayyan bagitahu mummy okay?"
Staf cuba pasang telinga.
"I have to go now sorry." Rayyan bingkas bangun dari kerusi. Tergesa-gesa meninggalkan bilik mesyuarat.
Staf?
Pandang antara satu sama lain. Rose berdiri tercegat sahaja di depan.
"Wei dah habis ke meeting kita ni?" Tanya Akmal.
"Bukan habis tergendala." Kata Rose.
"Siapa ni?" Tanya Akmal.
Tunding jari ke skrin.
Datang Jazy.
"Ini adalah Rapunzel yang cuba diselamatkan oleh putera yang tak mampu menyelamatkan. Akhirnya putera itu dalam bahaya."
"Hah?" Akmal muka cemberut.
Rose ketawa kecil.
"Masa kau cuti hari tu, perempuan ni backup model. Beriya encik Rayyan cari baju untuk perempuan ni biar tak nampak seksi. Lari tema pula tu, last-last projek tu kena reject." Jelas Ming.
Ming ada di tempat kejadian. Dia saksi betapa haru birunya melayan ragam Rayyan.
"Tapikan ..." Rose mencelah.
Ada sesuatu yang ingin dikhabarkan.
"Tak silap aku Michelle tarik balik. Dia nak next photoshoot dengan perempuan ni. Tapi encik Rayyan tolak." Beritahu Rose.
"Lah kenapa pula?" Tanya Akmal.
Rose angkat bahu. Tanda dia tidak tahu.
Akmal melihat lama-lama gambar Aryana cuba menelaah. Timbul tanda tanya.
"Aku rasa encik Rayyan dah jatuh cintalah." Kata Akmal.
"Kau baru tahu ke?" Ming tepuk bahu Akmal sebelum hendak keluar dari meeting room.
"Kan? Perempuan ni kalau kau tengok dia simple je. Tak sesuailah dengan encik Rayyan yang hot tapi tulah." Ujar Rose sambil tangannya menyimpan laptop dalam beg.
"Cinta apakah itu cinta? Cinta tak mengenal rupa tak mengenal harta tak mengenal usia tak mengenal segala-galanya. Jika dia jatuh cinta dia harus menyatakan cinta." Jazy tak habis-habis berpujangga.
Sekali lagi Akmal cemberut.
"Bermula pandang pertama melihat kamu di depan mata terasa debar di dada menahan rasa bila kau ada.." Kali ini dia menyanyi pula.
Jazy menyanyi sebelum hendak keluar dari bilik mesyuarat sempat membuat gaya dengan mata yang menggoda di depan Akmal.
"KAU BUAT KU TERPAKU SEPERTINYA DIRI KU YANG MAHUUU DIRI KAMUUUU!"
Bergema.
Semakin kuat suaranya part chorus. Masuk I can see your voice layak jadi penyamar sahaja.
"Sengal..." Kata Akmal.
Dia orang terakhir meninggalkan bilik itu.
Share this novel