"Rayyan saya betul-betul minta maaf buat kucar kacir majlis awak." Aryana tertunduk serba salah.
Mereka berdua di depan bilik persalinan dan istirehat.
Rayyan berketawa kecil.
"Kenapa awak ketawa?" Tanya Aryana hairan. Coat Rayyan masih ada di badannya.
Rayyan tetap dengan tawanya. Ada sesuatu yang telah mencubit hatinya.
"Awak nak tahu tak belum pernah lagi situasi macam ni terjadi dalam majlis saya. Esok saya kena get ready dengan media." Ujar Rayyan yang masih berbaki lucu.
Aryana berwajah hampa. Serba salah dengan Rayyan.
"Mesti muka saya dengan perempuan galah tu terpampang kat fac! Instagram! Twitter! Matilah saya." Aryana meramas rambutnya.
"Takpe nanti saya suruh reporter tukar tajuk akhbar pasal awak Wonderwoman from out of space!" Sakat Rayyan.
Aryana tergelak.
Melihat Aryana gelak sudah melegakan hati Rayyan. Dia tak mahu Aryana terhimpit dengan perasaan serba salah.
"Nah awak tukarlah baju. Biar selesa sikit." Rayyan hulur paper beg yang berisi baju untuk disalin oleh Aryana.
Rayyan meminta tolong Jazy untuk mencarikan apa-apa baju yang selesa untuk ditukar oleh Aryana.
Aryana ambilnya dengan mengucapkan terima kasih. Tak sempat dia mahu melangkah masuk ke bilik persalinan. Rayyan memanggilnya semula.
"Aryana.... Saya...."
Aryana tertunggu-tunggu.
"Saya..."
"Encik Rayyan!" Panggil Jazy dari jauh.
Aryana dan Rayyan terus menoleh ke Jazy yang sedang berlari menuju kearah mereka berdua.
"Encik Rayyan diorang haa diorang cari encik Rayyan lagi-lagi VIP encik Rayyan kena pergi depan." Jazy semput. Termengah-mengah.
Rayyan terpelahau.
"Aryana saya pergi dulu."
Rayyan beredar. Langkahnya tidak laju. Asyik menoleh kebelakang melihat Aryana. Hatinya tidak rela meninggalkan Aryana.
"Dia nak cakap apa sebenarnya?" Aryana bermonolog. Aryana malas nak fikir. Dia masuk terus ke dalam bilik persalinan.
"Danny! We need to talk!" Paksa Rachel.
Danny memekakkan telinga. Mahu mengambil baju salin dalam kereta untuk Aryana dan akan beredar dari situ dengan cepat.
Rachel tak habis-habis memaksa Danny untuk bercakap dengannya.
"Tepi I nak cepat!" Marah Danny apabila Rachel menghalang laluannya.
"No! I tak kisah you dengan perempuan mana-mana pun tapi bukan dengan perempuan kuno tu! You dah gila ke apa apa yang you nampak dekat perempuan tu?!" Rachel memperlekehkan pilihan Danny.
"Yes memang I dah gila. Kalau you tak nak nampak I jadi gila move!" Terbeliak mata Danny.
Dia mahu pergi kepada Aryana tetapi perempuan ahli sihir itu tidak habis-habis mahu menentangnya.
"You ingat I akan give up! I akan buat lagi dahsyat daripada hari ni!" Ugut Rachel.
Danny terus mencengkam dagu Rachel dengan kuat.
"Kalau you sentuh dia... I akan buat lagi dahsyat daripada ni."
Danny tolak Rachel ke keretanya dan meninggalkan Rachel yang masih tidak berpuas hati. Terasa sakit dagunya dicengkam oleh Danny.
Rachel menjerit melepaskan geram! Lelaki itu memang tak boleh dikalahkan. Lidahnya amat tajam dan pedas. Cekap dalam perbalahan.
Hidup ni tak selalu indah. Mahu selesaikan satu masalah, masalah lain pula yang datang. Menjadi teman wanita palsu Danny adalah suatu perbuatan yang tak masuk akal sebenarnya. Kalau bukan kerana 20K, Aryana tak akan terima tawaran bahlul ni.
"Hurmmm harga pinggan 20K pun tak masuk akal. Sakit kepala otak aku. Semua ni sebab perempuan galah tu. Dugong tu pun!" Aryana bengang. Diramas-ramas rambutnya.
Ingatkan kalau duduk di depan kolam renang yang cantik itu dapat menenangkan fikirannya sebaliknya semakin membara api kemarahannya.
Kruk kruk
Perutnya mula berkeriuk. Lapar.
"Sayangnya makanan tadi." Sedih Aryana menggosok perut kosongnya.
"Intern!"
Jerit Danny dari belakang.
Terperanjat Aryana.
"You pergi mana!? I cari you!?" Marah Danny.
Kesana ke sini Danny berlari mencari Aryana. Dia kelihatan penat.
Aryana diam. Tak memandang langsung Danny.
"Bila you tukar baju? I dah bawakan baju untuk you."
Aryana masih diam.
Muka ketat.
"I tanya you. Intern!" Danny mula naik angin. Daripada tadi Aryana mengunci mulutnya.
Danny berdiri bercekak pinggang. Telinganya mula merah.
Aryana terus memberi pandangan yang tajam.
"Mr Danny nak marah-marah ni kenapa!?"
"Of course I marah! I tanya you you tak jawab! I tak suka orang tak jawab soalan I!"
Aryana terus bangun.
Pergolakan apa pula kali ni?
"Ingat Mr Danny je ke ada benda yang Mr Danny tak suka! Mr Danny ingat saya suka ke buat kerja bodoh macam ni! Perangai Mr Danny yang entah-entah apa ni pun saya tak suka!" Tempelak Aryana.
"Sekarang you nak salahkan I!? You terima tawaran I you nak salahkan I? I bayar you maksudnya you kerja dengan I! Perangai apa yang you tak suka tentang I!? I don't care!" Balas Danny.
"SEMUA!" Tengking Aryana. Terbeliak matanya.
Danny juga tak mahu mengalah.
"Mr Danny ingat Mr Danny siapa! Kalau bukan sebab saya terdesak saya tak akan kerja dengan manusia macam Mr Danny! SBAB! SOMBONG ANGKUH BERLAGAK!" Jerit Aryana sekuat hati.
Terangkat kening sebelah kanan Danny. Kata-kata Aryana menusuk dalam hatinya. Danny perlahan-lahan berjalan mendekati Aryana. Kedua-dua tangannya di dalam kocek seluar. Semakin Danny ke depan semakin kebelakang Aryana. Suasana riuh rendah dengan suara bising mereka berdua tadi terus menjadi sepi.
Aryana tak dapat melangkau kebelakang lagi. Dia boleh terjatuh ke dalam kolam jika kakinya bergerak lagi.
"Yes." Nada Danny amat perlahan.
"A a apa yang yes?" Aryana tak faham. Dia tak selesa Danny amat rapat dengannya.
Tangan Danny lantas merenggut pinggang Aryana hanya dengan sebelah tangan sahaja membuatkan Aryana tercengung. Nafas gementar Aryana kedengaran di telinga Danny.
"Lepaskan saya Mr Danny. Kalau tak saya!"
"Kalau tak apa?"
Aryana tergamam.
Mereka berdua tidak bergerak seinci pun. Malam itu Aryana sekelip mata menjadi ulat gongok. Sebaik sahaja dirinya di sentuh terus bergulung. Itu bukan dirinya! Kenapa dia tak boleh melawan seperti biasa!
Danny senyum sinis.
" I bukan je sombong angkuh berlagak tapi I boleh buat you nervous."
Aryana sedang nervous ke!? Jantungnya tak berhenti-henti berdegup! Apabila wajah tampan Danny benar-benar dekat dengan mukanya bayangan dugong langsung tak kelihatan.
"Kenapa dengan aku ni!?" Meracau Aryana dalam hati.
Danny bangga membuatkan Aryana tertewas dengannya.
Kruk kruk
Perut Aryana berkeriuk sekali lagi.
Danny dengar. Dijeling matanya ke perut Aryana dan melihat semula Aryana. Berkerut dahinya.
Terkedip-kedip mata Aryana memandang Danny. Dia benar-benar lapar. Danny senyum sindir. Dia melepaskan Aryana perlahan.
"Jom." Ajak Danny.
Aryana masih tercegat.
"Pergi mana?"
"I bawa you pergi makan." Ujar Danny dan pergi meninggalkan Aryana.
Aryana?
Tepuk-tepuk pipinya. Geleng kepala laju-laju.
"Dia ni psiko ke!?"
Seram sejuk dibuatnya!
Share this novel