BAB15

Romance Series 41822

Tanpa kata, cinta itu semakin besar dalam hatinya. Semakin menjauh semakin dalam perasaan cinta itu. Apakah yang sudah terjadi pada hatinya? Mengapa mudah sekali dia jatuh cinta? Sehingga dia tidak tahu apakah sebabnya. Aryana muncul sahaja dalam ruang kepalanya.

"What should i do? I keep thinking about you Aryana..."

Rayyan tenung gambar Aryana. Koleksi gambar model siang tadi. Sedikitpun dia tidak berganjak dari skrin komputer. Mata Aryana seolah-olah juga melihatnya dengan perasaan cinta.

Setiap kali dia melihat mata Aryana, hatinya tidak berhenti-henti berdolak-dalik. Adakah ini dinamakan jodoh? Apakah cuma mainan perasaan semata-mata?

"You are the only one, I want to protect until the end of the world..." Bisik dalam hatinya.

Ketika matanya bertemu dengan Aryana, jantungnya seakan-akan mahu berhenti. Dia penasaran bagaimana pula perasaan Aryana terhadapnya? Amat sukar untuk dia berhadapan dengan cinta yang serupa magik ini. Setiap saat dia hanya memikirkan Aryana. Dia telah terperangkap dalam bulatan tiada penamat. Bagaimanakah caranya untuk meluahkan perasaan rakus ini?

"Kakak! Kakak bangun kakak! Kakak dah lambat pergi kerja!" Jerit Lana ke telinga Aryana.

Aryana menggeliat. Masih dibuai mimpi. Ditariknya lagi selimut adalah.

" Tak payahlah nak kacau akak Lana. Pergi main jauh-jauh... akak nak tidur..." Ujar Aryana mamai.

Matanya masih terpejam.
Dah tahu mainan Lana.

"Do you want to build snowman... Come on, let's go and play!
I never see you anymore…"

Lana menyanyi ke telinga Aryana. Paksa Aryana bangun juga.

"Ish Lana! Akak nak tidurlah. Akak penat ni." Marah Aryana.

Dia harus tidur siang memandangkan shift dia adalah malam di 7eleven. Nak tidur dengan aman pun tak tenang.

"Akak! Akak lupa ke kita kena hantar Mak Lang pergi airport!?" Marah Lana pula.

Aryana terus buka mata.

Aryana bangun dengan rambut kusut masai. Garu kepala sekali menguap tak ingat dunia.

"Uerrrrrggg"
Keluar angin dari mulut.

Lana tutup hidung. Bilalah kakaknya nak berubah?

"Pukul berapa sekarang? Ibu dah siap ke?" Tanya Aryana yang masih mamai.

Mereka harus menghantar Mak Lang pergi ke airport untuk mengerjakan umrah. Untuk kali terakhir berjumpa sebelum Mak Lang berangkat menaiki kapal terbang.

"Semuaaa dah siap! Mak long, Mak ngah, Mak teh, Mak usu, Mak andak semuaa dah datang. Diorang ada kat depan."

Beritahu Lana laju. Dia senyum.

"Hah apa!?"

Aryana terkejut. Macam mana dia nak keluar dari bilik nak ke bilik air. Tetamu ramai di ruang tamu. Telinganya dah mula dengar riuh rendah di luar. Ah peduli apa!

Aryana capai tuala bawa sekali baju salin. Keluar bilik tercengang. Jalan tunduk-tunduk nak kebilik air. Semua mata mak pak sedara melihatnya. Geleng kepala.

"Apalah nak jadi anak sulong kau tu Teh. Dah berpunya ke belum tu?" Tanya Mak long Aryana ke ibu Aryana.

Ibu Aryana menuang air kopi dan kuih-muih untuk tetamu geleng kepala. Dia tak pernah pula tahu anaknya sudah ada teman lelaki atau tidak. Apa yang pasti, dia cukup kenal Aryana anak yang baik baginya.

"Along ada sorang kawan ni. Anak dia doktor hah boleh lah nanti aku kenalkan kat Aryana. Kau kahwin kan aje Aryana tu senang." Tambah Mak long Aryana lagi.

Ibu Aryana senyum.

" Tak apalah kak long, dia pun muda lagi. Banyak cita-cita dia. Teh tak kisah siapa lelaki yang dia minat asalkan lelaki tu baik untuk dia." Ujar ibu Aryana.

"Itulah cakap kau. Dah ada rezeki depan mata aku nak bagi kau jual mahal. Kalau Aryana kahwin senang dah hidup kau. Kau tak payah nak menjahit baju-baju bertimbun ni. Duduk goyang kaki je. Alah duit insuran arwah suami kau tu berapalah sangat..."

Ibu Aryana diam. Sedih hatinya.

Mak long Aryana orang yang penyibuk sedikit. Aryana memang tak suka padanya. Mentang-mentanglah anak-anaknya semua berpangkat dan berjaya. Dia mahu membanding-bandingkan nasibnya dengan ibu Aryana. Kahwin bukanlah jalan penyelesaian untuk mengatasi masalah hidup.

Aryana ada impian dan selagi impiannya itu belum tercapai dia tidak akan menerima mana-mana lelaki untuk dijadikan suami. Fasa hidupnya hanyalah untuk ibu Aryana dan adik kembar yang selalu memeningkannya.

"Hyung yeogi.." Danny lambai dari jauh kepada abangnya.

Danny sambut kepulangan abangnya dari Korea di airport.

"Danny yaaa... kumawo. Waaa neo jeongmal jal saeng-gyeossda!"

Seun teruja dapat berjumpa dengan adiknya setelah lama di Korea. Mereka bersalaman dan berpelukkan. Sudah lama Seun menetap di Korea. Pulang ke Malaysia hanya untuk berehat selama 1 minggu.

"Jamkkanman naneun hwajangsil-e meonjeo gago sip-eo.."

Seun mahu ke toilet dahulu. Dia menyuruh Danny menaiki lift dahulu. Membiarkan Danny menunggunya sahaja di kereta.

Danny tertawa kecil dan mengangguk.

"Mak andak minta kunci kereta, handphone yana tertinggal dalam kereta." Minta Aryana.

Mak andak Aryana terkial-kial mencari kunci kereta dalam beg tangannya. Setelah jumpa kunci kereta bersama keychain masjid dia berikan kepada Aryana.

Aryana lantas berlari anak menuju ke lift. Pintu lift hampir tertutup dia gagahkan juga untuk masuk. Malas menunggu lift lain.

"Itu macam intern!"

Danny dari dalam lift nampak Aryana. Dia cepat-cepat tekan butang close pintu lift. Tak bagi Aryana masuk.

"Sakit! Sakit! Aduh! Aduh!"

Separuh lengan Aryana tersepit. Tak sempat seluruh badannya masuk. Diketuk-ketuknya pintu lift itu agar melepaskan tangannya. Danny tekan butang tutup pintu lift berulang kali sekali senyum jahat. Suka mengenakan Aryana.

"Mr Danny dah gila ke!? Mr Danny sengaja je kan! Sakit tahu tak tangan saya!?"

Marah Aryana. Dia gosok-gosok lengannya. Kini mereka berdua di dalam lift.

Danny muka tak bersalah. Mata lihat keatas.

"Owh sorry my bad."

Geram Aryana. Dia mengetap giginya. Memang cari pasal.

'BAPP!'
Aryana sepak kaki Danny sekuat hati.

"Ya! neo michyeoss-eo!"

Marah Danny. Bergema suaranya dalam lift. Dalam lift pun boleh jadi tempat untuk mereka bertengkar.

"Owh sorry my bad.. apa coso coso!!!"

Aryana puas balas dendam.

Terenjut-enjut Danny. Turun naik turun naik kakinya menahan sakit. Sakit yang amat sangat. Macam baru terlanggar batu.

"Eh intern! Please! Boleh tak! Jangan pernah terserempak dengan I! I hate your face! Why! Why and why! must be you!!!!!!"

"Tak payah nak panggil saya intern! Saya bukan intern Mr Danny lagi! Mr Danny ingat saya nak sangat ke terserempak dengan Mr Danny! Tengok muka Mr Danny pun saya tak ingin tahu tak! Muka macam orang hutan ingin saya kisah!" Geram Aryana.

"What!?? Orang hutan!! You samakan I dengan orang hutan!!??"

'ting'
pintu lift terbuka.

Dua-dua toleh ke luar.

"Danny..."
Rachel pula muncul.

Sinetron apakah ini?

"Danny I miss you so much!" Rachel masuk terus memeluk Danny.

Muka Aryana geli.

Share this novel

suzana mariza
2020-07-24 14:05:05 

knp tiada sambungan episod


NovelPlus Premium

The best ads free experience