Danny berehat di Sofa. Keletihan seharian. Dia urut perlahan-lahan kepalanya sendiri. Tangannya mahu mencapai remote control televisyen tetapi terbantut kerana dia tak nak tengok muka bekas kekasihnya. Kalau dia on tv pasti muka Victoria akan muncul dahulu. Hatinya akan sakit.
"Hello, Rachel you kat mana?" Danny hubungi Rachel.
"I kat airport on the way nak balik hotel. Why baby?"
"Jom dinner, I ambil you kat sana. We are always busy kan, dah lama tak keluar sama-sama." Ajak Danny.
"Erm... I bukan tak nak tapi I letih sangat. Esok I cuti, kita dating esok okay? I datang kat office you."
Danny diam sekejap. Riak wajah sedih tak dapat disembunyikan. Hampa.
"Okay.. you rehatlah. I miss you. Bye." Danny letak telefon. Dia mengeluh panjang.
Danny seorang yang setia. Sesibuk manapun dia, dia tak akan pernah melupakan pasangannya. Dia akan cuba untuk mencari masa agar dapat meluangkan masa bersama dengan pasangannya. Danny faham kerja Rachel sebagai seorang pramugari tetapi Danny tidak pernah memaksa Rachel untuk memahaminya.
*********
Balik je kerja terus 'boom!' atas katil. Ahhh nikmat dapat katil. Rasa tak nak bangun-bangun dah. Beza kerja dengan team housekeeping dengan management. Sakit badan Aryana. Semua sebab Danny gila.
Aryana baring dan termenung memandang siling rumah. Stokin masih tidak ditanggalnya.
"Kalau ayah masih hidup mesti ayah bebel kat kakak, baring atas katil bau busuk-busuk macam ni." Aryana bermonolog.
Dia mula rindu dengan arwah ayahnya. Kepalanya menoleh ke gambar arwah ayahnya di sebelah kanan katil. Melihat gambar arwah ayah sebagai pengubat rindu.
Ayah Aryana seorang anggota polis trafik. Ayah Aryana meninggal dunia kerana dilanggar semasa menjalankan tugas membuat sekatan di jalan raya. Sedihnya, pemergian ayah Aryana pada hari keluarnya keputusan SPM Aryana.
'Jijijijijiji' bunyi mesin jahit kedengaran.
Aryana bangun dari katil dan keluar dari bilik. Dia melihat ibunya menjahit baju sehingga ke malam. Aryana geleng kepala. Datang memeluk ibunya dari belakang. Ibu Aryana sudah pun berhenti dari mengajar dan cuba untuk mengambil tempahan baju.
"Hurmmm, ibu-ibu malam pun menjahit ke. Esok kan ada. Dah-dah lah tu." Kata Aryana sambil memeluk dan mencium pipi ibunya. Ibunya masih leka menjahit.
"Ibu kena siapkan tempahan ni kakak. Nanti ada orang hantar lagi susah ibu nak siapkan. Kakak tak mandi lagi..."
Aryana capai kerusi meja makan di belakang nya dan duduk di sebelah ibunya. Mahu menemankan ibunya.
"Ibu kemaskan bilik seni kakak petang tadi. Lukisan-lukisan kakak ibu lap. Berhabuk sangat." Beritahu ibu Aryana sambil tangannya tidak berhenti menjahit.
Aryana mengangguk perlahan. Aryana suka melukis. Sudah lama dia tak melukis. Kali terakhir dia melukis ada lah habis tingkatan 5. Sejak dia mula bekerja, Aryana tidak lagi rajin untuk melukis kerana tiada masa.
"Kakak ... kalau kakak nak sambung belajar sambunglah. Kakak minatkan dengan seni lukisan." Pujuk ibu Aryana. Dia berhenti menjahit. Menatap mata Aryana dengan penuh kasih sayang.
"Takpelah bu, kalau Aryana rasa nak sambung bila-bila je boleh. Yang penting 2 orang yang terencat akal tu wajib sambung belajar habis sekolah." Kata Aryana.
"Apa!? akak kata kitorg terencat akal!?" Jerit Lana. Terus datang ke Aryana. Ingatkan tak dengar. Kusyuk tengok korea dari tadi.
"Hah yelah terencat akal suka kacau akak yang normal ni kecuali Lini." Kata Aryana. Senyum manis ke Lini
Lini dan Lana walaupun mereka berdua kembar seiras tetapi perangai langung tidak sama. Lana ni seorang yang nakal suka ajak Lini buat yang bukan-bukan. Banyak akal budak tu. Lini pula pendiam dan baik. Layanan Aryana ke Lana dan Lini tak sama. Aryana bersikap lemah lembut dengan Lini kalau Lana hurmmm ....
"Ibu... lapar... jomlah masak..." Kata Lana memeluk ibunya.
"Baru rasa lapar, ingat dah kenyang dah tadi layan korea." Aryana menyibuk.
Lana menjeling dan jelir lidah ke Aryana.
"Lini nak akak masak?" Aryana tanya Lini. Senyum manis ke adiknya yang sorang itu.
"Jangan-jangan Lini, jangan bagi kakak masak nanti bau ketiak masam kat makanan tu." Cepat-cepat Lana mencelah. Menghasut Lini.
Bap!
Aryana pukul bahu Lana.
"Ketiak masam meh sini cium ketiak akak, jadi baik sikit." Aryana nak bagi ketiaknya ke Lana.
"Tak nakkkk!!"
Lana cabut lari tetapi dikejar oleh Aryana keliling rumah. Anak dara 3 orang sahaja dalam rumah, tetapi dah macam 10 orang yang tinggal. Lini hanya gelak ibu pula menggeleng. Pening dengan ragam anaknya.
Share this novel