BAB 30

Romance Series 41822

Rayyan telah sampai di kafe. Cari tempat untuk duduk sambil itu matanya tercari-cari Aryana. Sebaik sahaja Aryana lalu untuk menghantar minuman kepada seorang pelanggan, Rayyan melambai-lambai Aryana.

"Hai Rayyan.... awak nak minum apa?" Tanya Aryana. Menghulurkan menu kepadanya.

Tujuan utama bukanlah mahu minum sahaja. Melihat muka Aryana yang sudah lama tak bersua sudah cukup memadai. Singgah di kafe itu hanya sebagai excuse. Dia akan pastikan itu bukan pertemuan terakhir.

"Jus oren?" Minta Rayyan.

Dia senyum.

Sengaja pesan jus oren kerana mahu mengingatkan Aryana kenangan pertemuan pertamanya bersama perempuan itu.

"Okay. Jus oren. Makan?" Soal lagi Aryana.

Jangan harap Aryana mahu ingat. Apabila waktu kerja dia hanya memikirkan kerja.

Bukan reaksi itu yang Rayyan mahukan. Rayyan geleng kepala. Tidak mahu memesan makanan.

"I nak oder juga." Tiba-tiba ada suara garau datang dari arah belakang Aryana. Aryana terus toleh.

"Mr Danny??"

Danny jalan dengan sombong. Labuhkan punggungnya diatas kerusi. Bersandar bersilang kaki. Memang habitnya suka bersilang kaki ke? Poyo.

"Mr Danny buat apa kat sini?" Tanya Aryana serong.

"Why? Tak boleh ke? Bukan cafe you pun. I nak datang kena bagitahu you ke?" Jawab Danny selamba.

"Sibuk je. Hah nak oder apa?" Tanya Aryana garang.

"Menu apa yang popular kat sini?"

"Menu ada depan mata tu tengoklah sendiri."

Danny capai katalog menu dengan pandangan tajam ke Aryana. Danny sengaja melengahkan masa Aryana. Hampir 10 minit dia asyik membelek-belek menu. Satu pun tak mahu dipesan.

"Danny dah ke?" Tanya Rayyan. Serba salah membiarkan Aryana tertunggu-tunggu. Ada ramai lagi pelanggan yang perlu dia layan. Aryana dah buat muka sakit hati.

"Not yet."

Rayyan lihat Aryana yang sedang memandang Danny dengan pandangan sambaran kilat.

"Saya kira sampai lima. Lambat oder saya pergi. 1234"

"Hot cofee."

Menjadi gertak Aryana. Berminit-minit Aryana tunggu hot cofee sahaja yang keluar dari mulutnya.

Aryana terus ambil katalog menu dan tarik muka dengan Danny. Danny senyum sinis.

"Kau ni datang sini janganlah buat masalah. Dia tengah kerja tu." Nasihat Rayyan dengan Danny.

"Kalau dia kena buang kau boleh ambil dia jadi model kau. Kerja tempat kau. Hari-hari kau boleh nampak dia. Tak payah ajak aku untuk temankan kau sebab malu kau tu." Kata Danny.

"Sebelum ni aku okay je keluar berdua dengan dia. Sejak aku ada perasaan dengan dia malu aku jadi bertambah tinggi."

Danny geleng kepala. Setiap kali dia berjumpa dengan Aryana angin Danny pasti ada pasang dan surutnya. Ada sahaja serba tak kena.

Tidak lama kemudian, Aryana datang semula membawa minuman yang dipesan. Rayyan terus bangun untuk membantu Aryana. Rasanya tak perlu. Aryana boleh melakukannya sendiri. Itu sudah kerjanya. Danny perhatikan sahaja kemesraan mereka berdua.

Perasaan?

"Rayyan sorry saya tak dapat nak layan awak sangat. Saya kena sambung kerja." Kata Aryana.

"Eh it's okay. Saya dapat tengok muka awak pun dah okay EH MAKSUD SAYA eemm awak kenal saya datang cafe ni pun dah okay." Cuak.

Aryana senyum.

Lawak dengan cover malu Rayyan.

Belum sempat Aryana mahu melangkah meninggalkan meja mereka berdua. Danny memanggilnya semula. Senyuman Aryana yang bersinar bak permata terus bertukar serigala. Tak boleh dengar suara Danny.

"Coffee ni kurang pekat." Danny complain.

Sabar Aryana sabar.

Tarik nafas.

Jangan sampai keluar lahar kat mulut tu.

Manager ada.

"Jadi?" Tanya Aryana senyum palsu.

"Jadi?" Tanya semula Danny.

Aryana ambil terus cawan Danny dengan geram. Malas nak tanya banyak-banyak, dia bawa ke kitchen untuk menukarkan yang baharu.

Danny senyum sinis. Jadi suka pula melihat Aryana marah. Mungkin boleh menjadikan ia satu hobi yang baharu.

"Silakan Mr Danny. Kopi yang sungguh pekat semestinya untuk anda yang mulia." Perli Aryana.

Rayyan tahan gelak.

Danny terus hirup perlahan.

"Wait wait." Tahan Danny lagi.

Aryana genggam satu penumbuk sebelum hendak menoleh semula ke Danny. Kalau tak ada managernya di depan sudah lama air kopi tu kena simbah ke muka Danny.

"Apa lagi?" Tanya Aryana mengatip giginya.

"Kurang manis. Lupa nak bagitahu I tak suka coffee pahit. I suka yang manis-manis." Selamba Danny.

Senyum.

Rayyan berkerut dahi. Menyesal menyuruh Danny menemankannya. Kesian Aryana kena layan dengan perangai pelik Danny.

Aryana ambil semula air Danny bawa lagi ke dapur. Membuak-buak api kemarahannya.

"Sejak bila pula kau suka manis ni? Setahu aku kau suka minum coffee pahit." Kata Rayyan.

"Entah hari ni terasa nak minum air kopi yang manis pula."

Terasa nak buli Aryana. Rayyan meminta Danny agar berhenti dari mengomel setelah Aryana kembali semula menghantar minumannya.

"Kau nak manis sangat kan tak apa aku bagi kau 5 sudu gula biar ko potong kaki tak cukup? Aku tambah lagi 5 sudu penuh. Kacau-kacau. Hah!"

Pekat dan likat!

Puas hati Aryana. Sepenuh hati dia menuang gula ke dalam minuman Danny.

"Nah. Saya bawakan sekali bekas gula untuk Mr Danny kot-kotlah tak cukup manis. Boleh tambah sendiri. Saya dah malas nak layan. Bye." Aryana hentak bekas gula ke meja dan terus pergi.

Rayyan mahu sahaja membawa Danny cepat-cepat beredar dari situ. Tak mahu dia buat onar sekali lagi dengan Aryana.

'SPLASH'
Tersembur air kopi dari mulut Danny. Air kopinya terlalu manis sehingga rasa ke otak! telinga! satu badan!

Nak cari nahas Aryana dengan Danny. Aryana pula dah tergelak-gelak di dapur boleh membayangkan reaksi Danny setelah meneguk minuman yang manis teramat manis untuk Danny.

Puas!

Aryana hampir lupa akan ada cabaran yang perlu dia hadap lagi selepas ini. Terlintas sahaja 20K dalam kepala otak, terus jadi serabut.

"Apa yang you dah buat selama ni yobo?" Tanya Mummy Danny di meja makan. Dia cuba mengadakan perbincangan dengan tenang.

Tan Sri Alvin bermuka ketat. Tidak heran dengan pertanyaan mummy Danny.

"Apa yang you rahsiakan dari I?" Soal lagi isterinya yang dari tadi tidak menjamah makanan.

"Rahsia apa?" Soal Tan Sri Alvin semula tanpa melihat mummy Danny.

"Banyak rahsia you sampai I tahu nak tanya yang mana satu. Tapi I nak you jelaskan kat I apa yang berlaku 8 tahun yang dahulu." Kata mummy Danny.

Tan Sri Alvin langsung terhenti makan. Pertanyaan yang tidak sepatutnya diungkit semula. Peristiwa lapan tahun yang lepas hanya dia dan Seun sahaja yang harus tahu.

"Sampai sekarang I serba salah dengan keluarga tu tapi you anggap semuanya tiada apa yang jadi. Sampai bila you nak gunakan kuasa you untuk selamatkan kerak keluarga you." Mummy Danny cuba menahan sebak.

Tan Sri Alvin meletakkan garfu diatas meja. Lap-lap mulutnya dengan napkin tanpa serba salah.

"Kerak? I buat semua ni untuk siapa? Kalau I tak ada semua tu you tak akan duduk di kerusi ni. Tak akan dapat pergi SPA, Shopping, everything! You tak perlu tahu apa yang I buat just be my perfect wife!" Tempelak Tan Sri Alvin.

Air mata mummy Danny mula mengalir perlahan-lahan. Matanya turut berkaca-kaca. Menahan sebab di dada. Tajam sungguh lidah suaminya.

"I dah cuba jadi isteri yang terbaik untuk you walahpun I'am second wife. I anggap Seun macam darah daging I even I know you are always hate to Danny just because he is...."

PAP!

Meja makan dihentak oleh Tan Sri Alvin. Mummy Danny terus terdiam tersentak.

"STOP IT! Jangan sebut nama budak tu lagi! Kalau you nak bertahan dalam rumah ni you kena ikut cakap I! If you don't GET OUT!" Tengking Tan Sri Alvin.

Dia terus pergi dari meja makan meninggalkan mummy Danny yang akhirnya menangis sendirian. Memukul-mukul dadanya menahan kesakitan dari lidah sang suami yang tak pernah memikirkan perasaanya. Pembantu rumah yang setia dengan mummy Danny datang memujuknya.

Dia tidak sempurna. Selalu merasa gagal menjadi isteri dan ibu yang baik. Namun, dia layak untuk berubah dan terus berubah demi insan yang tercinta.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience