"Kat mana aku nak tido nii?" Tanya Aryana sendiri.
Garu kepala. Sofa yang ada di dalam bilik itu tiba-tiba menarik perhatiannya. Wad kelas pertama selesa banyak. Segala kemudahan ada.
Kali terakhir dia ke hospital adalah semasa menjaga arwah ayahnya. Menjaga ayahnya di wad biasa, banyak yang dapat Aryana pelajari antaranya mengorbankan badannya tidur diatas kerusi. Fuh, bangun sahaja dari tidur akan berjalan seperti robot. Sakit segala tulang belakang, tengkuk dan lututnya seperti baru lepas memikul batu. Itulah kenangan yang paling dirinduinya meskipun ayahnya koma, dia setia menanti.
Sebelum Aryana hendak baring, dia pergi ke katil Danny. Melihat keadaan Danny. Ditarikkan selimut sehingga ke paras dada Danny agar Danny tidak kesejukkan lagi.
"Wah leganya dapat baring. Sakit-sakit badan aku sebab dia. Apalah nak jadi dengan aku ni?" Aryana cakap seorang diri. Dibiarkan badannya posisi mengiring kearah Danny. Sweater sahajalah menjadi selimutnya. Kepenatan. Sangat kepenatan.
Matanya terus terlelap.
Cinta dalam diam adalah suatu jerat yang harus ditanggung sendirian. Ketika rindu mula mencuit, tak senang duduk dibuatnya.
Cintanya seperti angin, yang tak dapat dilihat tetapi dapat dirasai dan percaya dengan kewujudannya.
Seutas rantai loket huruf A dan R teragak-agak untuk diberi. Tak mahu dirinya ditolak sekali lagi. Apakah dia terlalu rakus dalam memiliki cinta?
Rayyan bercadang, mahu meluahkan perasaannya kepada Aryana pada malam Annual Dinner Micasa Ray.
'The number you have dialled is ....'
Tut tut
Rayyan ended sahaja. Aryana masih tak dapat dihubungi. Bagaimana dia mahu meluahkan hasratnya kalau Aryana tidak tahu mengenai majlis itu?
Buntu.
Rayyan rebah ke atas katil dengan hampa. Rantai untuk Aryana yang berjuntaian ditangannya ditenung lama.
"Aryana!" Panggil Rayyan.
Dia terserempak dengan Aryana.
Tetapi Aryana seperti mengelak darinya. Aryana melajukan langkahnya sebaliknya Rayyan berlari anak untuk mendekati Aryana.
"Kenapa awak macam menjauhkan diri dari saya? Saya call awak banyak kali kenapa awak tak angkat?" Rayyan asakkan pertanyaannya.
"Saya sibuk." Jawab Aryana ringkas. Tak memandang langsung Rayyan.
"Saya ada buat salah dengan awak ke? Awak dah tak nak berkawan dengan saya ke? Saya suka paksa awak ke Aryana?" Rayyan tak berhenti-henti mengajukan soalan yang sememangnya sudah lama terbuku di hatinya.
Aryana mula rimas.
"Kita kawan so kenapa awak nak lebih-lebih tahu pasal saya? Hak saya nak kawan atau tak nak kawan dengan siapa-siapa. Saya tak suka awak ambil tahu tentang saya. Faham?" Aryana memberi amaran.
Sakit hati Rayyan. Tak percaya Aryana berubah sehingga ke tahap itu. Seperti bukan Aryana.
"Dah saya kena pergi sekarang." Aryana mahu beredar.
"Aryana tunggu." Rayyan menarik tangan Aryana.
"Ish nak apa lagi?!" Aryana mula berang.
Rayyan keluarkan seutas rantai dari poketnya. Tak perlu untuk menunggu annual dinner, dia akan meluahkan perasaannya kepada Aryana.
"Saya suka kan awak bukan sebagai kawan tetapi kekasih saya. Saya nak awak jadi teman wanita saya Aryana. Saya cintakan awak. Saya tahu perasaan terburu-buru saya kat awak buat awak tak selesa." Jelas Rayyan.
Aryana menarik tangannya keras.
"Awak ni dah gila ke? Awak dengan saya baru je kenal, awak dah jatuh hati dengan saya?"
Aryana tak boleh terima dengan luahan konyol Rayyan. Tak masuk akal baginya. Secepat itu Rayyan mudah jatuh hati dengan Aryana.
"Saya tak peduli semua tu. Ini adalah perasaan saya. Cepat atau lambat saya tetap sukakan awak. Tolong Aryana jangan mengelak dari saya lagi." Rayu Rayyan.
"Itu perasaan awak! Saya tak ada apa-apa perasaan kat awak. Saya rasa awak silap. Baik saya kat awak bukan bermaksud saya suka kan awak." Jelas Aryana.
"Dahlah Rayyan saya tak nak dengar benda-benda merepek yang keluar dari mulut awak. Saya kena pergi sekarang." Pinta Aryana lantang.
Rayyan enggan membiarkan Aryana pergi tanpa memberi jawapan. Dia masih memegang tangan Aryana. Tak mahu melepaskan tangan Aryana.
"Lepaskan saya Rayyan!" Paksa Aryana.
"Saya tak nak lepaskan awak. Saya betul-betul suka kan awak Aryana."
Mereka berdua bergelut tangan. Rayyan mula menjadi lelaki yang mementingkan diri.
Aryana menarik tangannya kuat! Dia menolak Rayyan sehingga Rayyan jatuh kebelakang.
'BOOM!'
"ARYANA!"
"AstaghfiruAllah Aladzim AstaghfiruAllah Al adzim Ya Allah..."
Rayyan terjaga.
Peluh mengalir perlahan dari dahinya. Tercungap-cungap. Rantai yang ada di tangannya tadi terus dibalingnya ke tepi.
Rayyan mula takut. Takut dengan perasaannya. Apakah cuma mainan tidur sahaja? Fikirannya tadi terus mengheretnya ke alam mimpi. Mimpi yang ngeri.
Jantungnya berdegup kencang.
"RAYYAN!"
Jerit Aryana.
Dia terus terbangun.
"Ya Allah mimpi apa ni?" Aryana meraub mukanya perlahan. Aryana terus melihat jam ditangannya. Jam tiga pagi. Mimpi yang bukan-bukan telah singgah dalam tidur lenanya.
"Oh mak kau terkejut mak kau!"
Berdebar jantung Aryana. Rasa nak tercabut. Tiba-tiba ada satu makhluk terpacak melihat dia tidur dari tadi.
Terbeliak matanya. Ternganga. Lemah semangat dibuatnya.
"Bila Mr Danny bangun!? Terkejut saya!" Marah Aryana.
Nasib baik sweater nya tak dilibas ke muka Danny.
Danny pula duduk diatas meja yang ada di depan sofa tempat Aryana tidur. Dia berpeluk tubuh. Mengecilkan anak matanya. Muka selamba.
"Macam mana you boleh kenal Rayyan?" Tanya Danny tiba-tiba. Aryana menjerit nama Rayyan sehingga menembusi gegendang telinganya.
Tak peduli dengan reaksi Aryana terhadapnya. Danny sudah kelihatan sihat di mata Aryana.
Aryana menghela nafas panjang. Berkerut dahinya. Lelaki yang ada di depannya sedikitpun tidak ada perasaan serba salah. Geram!
"Kenapa? Mr Danny kenal ke Rayyan tu?" Soal Aryana semula.
Terangkat kedua-dua belah kening Danny.
"Lebbih dari tu..." Jawab Danny sombong.
Aryana tutup mulutnya.
Terbeliak matanya sekali lagi.
Kebelakangkan dirinya.
Telan air liur.
"Mr Danny ... Gay eah?"
Menjengkelkan.
Sedikitpun Danny tak melatah. Relaks.
"Yes. Why?"
Aryana geleng kepala. Sampai begitu sekali pengakuan Danny.
Danny sepak perlahan kaki Aryana. Soalannya masih tak dijawab. Dia berwajah ketat.
"Macam mana you boleh kenal Rayyan?"
"Ish, Mr Danny dah lama ke kat sini? Mr Danny buat apa kat saya?" Aryana masih tidak menjawab soalan Danny.
Betul juga. Sejak bila dia duduk di situ? Apa yang dia buat sepanjang Aryana tidur? Lagipula, tiba-tiba selimut milik Danny boleh berpindah ke badannya.
Share this novel