Danny menggeleng kepala tanda tidak mahu. Melihat pula mereka makan dengan tangan sehingga menjilat jari. Dia berasa geli dan jijik. Aryana yang sudah usai berborak duduk makan memerhatikan Danny.
“Cubalah. Rugi kalau tak cuba. Buah durian ni segar dari dusun. Kalau beli kat luar mahal ni. Meh cuba.” Gesa Opah Som.
Buah durian yang kuning bersinar sudah berada di tangannya. Mahu menyuapkan ke mulut Danny.
“It’s okay Opah Som. Opah makan je.” Tolak Danny secara baik.
Suaranya sengau kerana tangannya masih memicit hidungnya. Tidak akan membenarkan bau durian menusuk ke dalam lubang hidung.
“Cuba cuba meh meh opah suapkan. Nganga mulut tu aaaa” Opah Som berkeras mahu Danny mencuba juga buah durian itu.
Danny menggeleng kepala lebih laju sebaik sahaja tangan nenek tua itu bergerak perlahan menuju ke mulutnya. Dengan rela hati Opah Som mahu menyumbat seketul durian ke dalam mulut Danny. Semakin Opah Som mendekatinya semakin dikemam mulutnya ketat.
Tetapi gagal. Seketul biji durian selamat mendarat ke dalam mulut Danny. Danny tak bergerak langsung. Dikembungkan mulutnya. Terbeliak matanya memandang Opah Som yang asyik senyum. Menantikan keputusan selera Danny. Aryana mula risau dan seriau dengan reaksi Danny. Dalam fikirannya hanya MUNTAH!
“Boya! Neomu masisseo!” Kata Danny. Dikeluarkan semula biji durian. Isinya sudah selamat ditelan. Menari-menari di dalam perut.
Senyuman Opah Som semakin memanjang. Durian yang dipandang rendah kini menjadi dambaan Danny. Dia makan dengan gelojoh. Belum sampai satu saat dia sudah boleh menghabiskan tiga ketul buah durian. Danny makan tak ingat orang belakang tanpa mengetahui pantang larangnya. Jika diambil secara berlebihan boleh memberi kesan pada tubuh.
“Ahhh why I’m so hot! Kenapa aku panas sangat ni?” Danny gelisah. Tidak boleh tidur.
Waktu malam seharusnya sejuk tetapi mengapa dia menanggung kepanasan. Samsul dan Rayyan sudah selamat pergi ke bulan tetapi dia asyik resah sana sini. Guling ke kiri guling ke kanan. Mengibas-ngibas bajunya kerana amat panas. Berpeluh tak henti-henti.
‘Prott! Kruk kruk!’
Kali ni dia kentut pula. Menghasilkan bau yang sangat busuk. Bau durian. Perutnya juga memulas-mulas. Dicengkam perutnya. Muka menahan berak. Danny tak mahu pergi ke tandas pada waktu malam ini.
Tambahan pula tandas itu berada di luar. Danny sanggup menahan hingga akhir keringat. Lama-kelamaan dia menyerah. Tak tertahan rasa nak terkeluar! Danny bingkas bangun sehingga kakinya telah terpijak perut Samsul. Samsul terbangun macam terkena renjatan eletrik tetapi matanya masih terpejam. Sambung sahaja tidur.
“You can do it Danny you can do it!” Danny memotivasikan dirinya untuk sampai ke destinasi yang ditujui iaitu jamban.
“Kau adalah lelaki yang macho! Kacak nombor satu di dunia! Peringkat global! I'm cool guy!” Danny tersemput-semput.
Mengesat peluh yang mula mengalir di dahinya. Jalan terpaksa kepit. Bontotnya asyik mengeluarkan angin yang boleh membawa ke unit kecemasan.
Dia sudah melihat jamban di depan mata tetapi dia merasakan masih jauh. Adakah dia diambang fatamorgana? Pucat menahan tahi. Kakinya seolah-olah tak merasa jejak di tanah. Bulu romanya berdiri tegak. Di malam yang sunyi seorang diri dia sedang berkorban untuk mendapatkan tandas. Dia semakin benci tinggal di kampung itu.
“BAAAAAAAAAAAAAAAAAAA!!!!!!!!!”
Dua-dua bertembung. Menjerit seperti dirasuk histeria. Nampak hantu jadian di depan mata. Tahi yang hendak terkeluar tadi masuk semula kedalam. Jeritan itu memang berkesan.
“Mr Danny dah kenapa!? Marah Aryana. Lampu suluh yang ada ditangannya menyuluh ke muka Danny.
“You tu yang dah kenapa!? Terkejut I!”
Aryana dan Danny masing-masing menarik dan menghembus nafas. Mereka berdua berdiri tercengang-cengang.
‘Prottt’
Ketenangan itu hanya bersifat sementara. Aryana terus menutup hidungnya. Dia mendengar bunyi yang tidak enak itu datang dari arah Danny.
“Tepi! I I I nak nak!” Danny tolak Aryana ke tepi dia meluru masuk ke dalam jamban terpinga-pinga.
Keresahan tadi telah kembali semula. Dia sempat lagi menyuruh Aryana supaya menemankannya. Perlu menunggunya di luar. Cerita hantu siang tadi dari Lana telah menakutkannya. Pokok pisang di belakang tandas telah menghantuinya.
Jangan harap Aryana mahu berdiri di luar seperti pak guard. Semata-mata menunggunya selesai melepaskan hajat. Siapa suruh makan durian tak ingat dunia. Aryana terus pergi tanpa serba salah. Danny pula di dalam amat lega bagai burung merpati yang berterbangan. Berharap Aryana masih ada di luar setia menunggunya.
Waktu malam yang hening. Bulan penuh menerangi bumi, menderma cahaya dari matahari. Jiwa akan merasa tenang bagi mereka yang mendongak ke langit menyaksikan bintang-bintang menari berkedipan di malam yang sunyi.
Ciptaan teragung dari Maha Berkuasa meliputi alam semesta. Membuktikan kebesarannya secara ijmali kepada manusia. Aryana duduk di serambi depan rumah di tengah malam untuk melukis keindahan yang tidak ternilai itu. Sedang mereka menarik selimut, beradu di bantal yang empuk dia masih berjaga. Tidak mahu melepaskan peluang untuk melakar lukisan itu sebelum pulang di KL.
“Ya Geomoli!” Sergah Danny berbait marah.
Terangkat bahu Aryana kerana terperanjat. Pasti Danny tidak puas hati kerana telah meninggalkannya. Aryana buat muka tak bersalah meneruskan sahaja lukisannya yang hampir siap. Kacau sahaja Danny mengganggu ketenteramannya.
Share this novel