Danny bercekak pinggang. Geleng kepala. Tak habis-habis perempuan di depannya telah membuatkan dia marah. Kalau bukan Aryana. Tunggu jelah kejap lagi gunung berapi akan meletup. Danny tak memandang langsung Aryana. Tak apa, sempat Aryana nak bersih-bersihkan sikit mulutnya. Ada telur terselit kat pula celah gigi. Tak senonoh Aryana ni.
"Eh intern! satu hari awak tak buat masalah boleh tak dengan saya! Adab-mana adab!?" Danny naik angin.
"Bukan salah saya, yang Mr Danny letak makanan tu kat atas meja saya buat apa? Saya pantang nampak makanan." Aryana menjawab.
"So!? Salah saya!?" Terbeliak mata Danny. Betul-betul dia terasa tercabar dengan jawapan selamba Aryana.
"Mr Danny kita macam budak-budaklah gaduh pasal makanan. Nanti saya gantilah dengan makanan yang lagi sedap. Mr Danny nak apa? Saya masak! Nak apa? Nasi lemak? Nasi ayam? eh jap2 Mr Danny tak makan nasi hah saya buatkan salad. Boleh diet!" Aryana senyum nampak gigi.
Danny diam. Wajahnya mula merah padam. Dahlah muka putih. Keningnya terangkat. Aryana pernah dengar kalau Danny marah, telinganya akan berwarna merah. Sah tengah marah!
"GET OUT!!" Jerit Danny. Jari telunjuknya terus menunding ke pintu pejabatnya. Mahu Aryana cepat keluar dari pejabatnya sebelum marahnya tak dapat nak dikawal. Sakit kepala otaknya melayan Aryana yang dungu dimatanya.
Terangkat bahu Aryana kerana terkejut.
"Garangnya... " Bisik dalam hati Aryana. Aryana mencebik. Tak boleh nak bawa bergurau dengan Mr Ocd ni. Aryana serius mahu masakan untuk Danny tapi nak buat macam mana orang dah tak sudi.
******
"Amboii aku kena marah kat dalam tu, korang sedap-sedap habiskan makanan Mr Danny ni ye."
Aryana mengomel. Hanya tinggal bekas makanan kosong sahaja. Licin. Tak tinggal sisa langsung. Tadi masing-masing beriya keluarkan balik lepas nampak Pak Belang muncul.
"Tulah lain kali, tanya dulu siapa punya jangan main makan je." Kak Julia nasihat Aryana.
Aryana mengeluh.
" Kalau makanan akak tak apa lagi, ni Mr Danny hahaha memang silaplah jawabnya. Makanan yang dia buat tu pula untuk girlfriend dia Yana oiii..." Sambung lagi Kak Julia.
Aryana mengeluh. Dia mula serba salah. Diletakkan kepalanya keatas meja. Nasi dah jadi bubur. Bertambah antilah Mr Ocd kepada Aryana.
Nak tebus rasa serba salah itu, Aryana bawa pulang bekas makanan Mr Danny dan cuba membuat semula makanan yang dimakannya iaitu kimbab dan roll omelette.
"Apa mimpi kakak subuh-subuh dah masak ni?" Ibu Aryana tegur Aryana. Subuh-subuh lagi Aryana bangun pergi ke dapur. Gelentung gelentang anak dara membuat kerja di dapur.
" Hah ibu, Yana tengah masak ni bu! " Aryana bersungguh-sungguh cuba membalut telur menjadi roll diatas kuali. Subuh patutnya sejuk ni panas pula rasanya. Aryana jawab toleh ke ibunya toleh ke kuali. Punyalah payah nak membuat telur gulung ni.
"Ibu okay tak telur Yana bu? Nampak roll omelette tak bu?" Tanya Aryana. Spatula masih ditangannya. Ibu Aryana jenguk ke kuali.
Keningnya berkerut.
"Tak nampak bergulung pun..." Jujur ibu Yana.
"Hah dah tu nampak apa?"
"Nampak petak.."
Ah! Petak pun petaklah. Janji sedap. Tak apa,hasil tak penting yang penting proses.
" Yang dalam bekas ni apa kakak?" Tanya ibu Aryana melihat bekas merah berisi makanan pelik dimatanya.
"Oh tu kimbab bu!" Jawab Aryana sambil mengangkat telur gulung tak berapa nak gulung dari kuali.
" Hah apa bab??" Tanya ibu. Rasa asing di telinganya mendengar nama makanan itu.
" Kimbab bu Kimbab" Aryana jawab sekali lagi.
Ibu Aryana hanya menggeleng melihat tingkah laku anak sulungnya yang seorang itu. Datang Lini dengan Lana, Aryana kena bahan dengan adik beradik kembarnya.
"Tak nampak macam kimbab pun. Buat pun tak betul pecah-pecah seaweed nya." Lana komen garu kepala. Memang buruk betul kimbab Aryana.
"Hah yeke, alah ah biar jelah. Makan masuk mulut juga." Aryana tak kisah. Dia tergesa-gesa nak dekat pukul 7 dah. Mandi pun belum.
"Wahhh.. buruknya. Apa ni?" Lini pula datang menyibuk. Mula-mula terpegun sekali tengok rupa telur gulung dengan kimbab Aryana terus muka jadi pelik. Dua beradik sibuk mengacau Aryana.
"Lini nak bawa pergi sekolah tak? Akak ada buat lebih ni." Tanya Aryana.
Lana gelengkan kepala kepada Lini. Bagi isyarat jangan angguk jangan cakap nak. Sekali Aryana perasan. Terus Aryana tarik telinga Lana. Lana cuba nak hasut Lini.
Sabarkan jelah dapat adik macam mereka berdua tu.
*******
"Aik! Mana meja aku?" Aryana tercari-cari mejanya hilang sebaik sahaja masuk ke pejabat.
"Aku salah masuk office ke?" Aryana cakap sorang-sorang. Betul dah memang itu pejabatnya. Meja Kak Julia ada je. Meliar mata Aryana mencari mejanya. Haih dah macam budak sekolah pula kena buli cari meja.
Aryana tumpang sekejap, meletakkan makanan untuk Danny diatas meja Julia. Tak berapa lama kemudian Julia pun sampai.
"Kau cari apa Yana?" Tanya Julia sambil meletakkan beg tangan diatas mejanya. Melihat Aryana sibuk mencari mejanya yang hilang entah kemana.
"Meja saya kak.. meja saya tak ada. Siapa pula yang sorok meja saya ni. Aish!". Aryana dah mula emosi.
Julia baru perasan sebelah mejanya kosong. Tiada meja. Julia membantu Aryana sekali mencari mejanya.
"Wei, Ikmal kau sini. Nampak meja aku tak?" Jerit Aryana macam lelaki. Tanya Ikmal yang melintasinya.
"Meja kau?" Ikmal berfikir sejenak. Dia mahu mengingat semula.
"Semalam aku pergi stor.. nampak meja kau kat stor.." Beritahu Ikmal.
"Hah?! STOR!?"
"Hah yelah stor aku ingat kau yang letak." Sambung Ikmal.
"Kau gila apaaa aku nak letak meja aku kat stor. Cincah siapa letak meja aku kat situ!"
Aryana terus pergi ke stor. Dia dah mula marah. Barang-barang diatas mejanya juga tiada. Hanya meja sahaja ditinggalkan di stor.
"Yana, barang-barang awak akak nampak kat dalam office Mr Danny." Beritahu Julia.
Sah! semua ni angkara Danny. Aryana terus meninggalkan Julia di stor mahu menyerang Danny di pejabat.
Aryana ketuk pintu Danny sangat kuat. Nak cari gaduh dengan Mr Ocd. Danny kelihatan tenang dan gentleman. Handsomelah pula bila lengan bajunya dilipat. Tangannya putih lagi putih dari kau Aryana.
"Mr Danny! Apa yang Mr Danny dah buat dengan saya!?" Aryana tinggi suara.
Danny masih duduk tidak berdiri. Dia sandar duduk bersilang kaki. Berpeluk tubuh memandang Aryana seperti tiada apa-apa yang jadi.
"Start from today, awak bukan lagi di bahagian management. Awak saya pindahkan dengan team housekeeping selama sebulan." Beritahu Danny.
Tercengang Aryana.
"Mr Danny tak akanlah pasal semalam, Mr Danny buat saya macam ni. Dah melampau ni!"
"Awak ada dua pilihan, terus bekerja di sini atau BER HEN TI."
Tangan Aryana membuat satu penumbuk. Geram yang amat. Mentang-mentang Danny CEO. Suka hati sahaja dia mengaturkan hidup Aryana bekerja di hotel miliknya. Aryana kena kerja. Nak dapat kerja sekarang susah. Tambahan pula, dia harus menampung keluarganya. Dalam fikirannya hanya memikirkan ibu, Lini dan Lana.
Aryana tarik nafas pejam mata dan melepaskannya dengan perlahan.
"Janji dengan saya hanya sebulan sahaja saya dengan team housekeeping."
"Bergantung dengan sikap dan tatatertib awak." Jawab Danny ringkas.
Aryana bertambah benci dengan Danny. Tak ada kata sepakat langsung lelaki seperti Danny. Aryana terus keluar dari pejabat Danny.
Makanan untuk Danny tak jadi dia mahu berikan kepada Danny. Dia geram, dia buka bekas makanan itu dan masukkan kimbab ke dalam mulutnya. Telur gulung yang buruk pun dia makan. Tapi dikeluarkannya semula kerana masin... terlebih garam agaknya. Ah! Malang! malang sungguh hidupnya!
*********
"Halo Halo! Welcome to our team. Retis gitu kau nyah!" Samsul over sambut Aryana.
Jalan serupa model. Kepit-kepit. Kipas bulu-bulu kat tangan.
"Kau sabar jelah ye Yana dengan bapuk sorang ni." Kata Wan.
"Hei apa bapuk-bapuk.Jaga sikit mulut kau tu ye. Aku cili-cili mulut kau." Samsul pukul bahu Wan.
"Wei Samsul, aku kena buat apa ni?" Tanya Aryana.
"Apa Samsul-samsul? Panggil aku Sam okay sam ... S A M sam.. keeelas gitu! Meh-meh jom ikut aku. Aku tunjuk kau apa kena buat tapi kan nyah tak patut Mr Danny buat kau macam ni tau."
"Kau tau pun! Aku geram betul dengan dugong tu! Aku termakan makanan girlfriend dia je pun. Dah denda aku macam ni. Kau tau dia siap ugut aku lagi." Aryana lepaskan marah.
"Girlfriend? bukan girlfriend Mr Danny kat Perth ke?" Wan mencelah.
"Hei kau ni! ketinggalanlah. Itu ex- girlfriend yang ni current girlfriend." Kata Samsul.
"Tapi kan nyah, hari tu aku ada nampak girlfriend dia tapi time tu bukan dengan Mr Danny tau.. lelaki lain. Scandal lah kot." Sambung Samsul. Rancak mereka bergosip.
Aryana geleng kepala. Masih marah. Memang patutlah girlfriend Danny ada scandal. Tak tahan dengan Danny lah tu. Perfectionist yang terlampau. Siapa tahan!?
"
Share this novel