Pulang dari London, Rayyan sudah ada perancangannya sendiri. Rayyan telah membuka studio Modeling dan Magazines. Rayyan cenderung dalam bidang itu. Sejak di London dia sudah memulakan perniagaan itu sedikit demi sedikit cuma dia mahu berkhidmat di tanah air sendiri. Semasa dia di London, Jazy pembantunya banyak menguruskan studio itu di Malaysia.
"Memandangkan korang dah bekerja keras untuk studio Micasa Ray, aku belanja korang pizza hari ni!" Kata Rayyan kepada 8 orang staf yang bekerja dengannya.
Semua apa lagi bersorak, bertepuk tangan dan meloncat kegembiraan bos besar mahu belanja makan. Jazy, terus keluarkan telefon dari poket membuat pesanan Pizza Hut secara delivery. Semuanya di hujung jari. Rayyan juga tersenyum, senang melihat pekerjanya. Tambahan pula, ibu dan ayahnya sudah mendidik untuk berbuat baik dengan orang lain.
"PIZZA! PIZZA!"
Jerit delivery pizza. Dia yang berambut panjang diikat dan bertopi hitam.
"Wei pizza dah sampai wei wooo!!!" Jazy terlebih excited. Masing-masing berkumpul di meja Jazy.
Delivery woman itu meletakkan semua pesanan diatas meja Jazy. Dalam 5 kotak pizza di pesan. 3 large 2 regular. Dasyat!
"Encik Rayyan, pizza dah sampai! Kad encik Rayyan kad!" Jerit salah seorang staf memanggil Rayyan.
Jerit bukan setakat panggil Rayyan untuk makan, bayarkan sekali. Untung dapat bos macam Rayyan. Handsome! Baik hati pula tu! Staf dalam studio Micasa Ray adalah sebuah keluarga. Kepoh sana sini! Riuh pecah bumbung! Best bekerja suasana yang ceria ni.
Rayyan keluar. Tiba-tiba matanya tertumpu kepada delivery woman itu. Dia mengecilkan anak matanya. Rayyan mahu mengecam perempuan itu. Perempuan itu pula sedang sibuk mengeluarkan pizza. Rayyan semakin mendekatinya.
"Awak... yang ...."
Rayyan tegur perempuan itu dahulu.
"Eh! awak yang jus oren tu!" Aryana ingat Rayyan hanya sekali pandang.
Rayyan tersenyum sipu. Tercuit hatinya, Aryana mengenalnya kerana peristiwa jus oren.
"Nama saya Rayyan. Panggil je Rayyan. Dah tukar kerja ke sekarang?" Kata Rayyan sambil nadanya masih berbaki lucu.
"Eh taklah, yang ni kerja yang ke 3! Awak kerja kat sini ke?" Tanya Aryana sambil matanya melihat keliling studio Rayyan.
"Yup! Banyaknya kerja awak. Lagi dua tu kerja apa pula??" Rayyan ingin tahu. Dia pun tak perlu memberitahu Aryana, dia adalah bos disitu. Tak penting baginya.
"1 pelayan cafe 2 Casher 7-Eleven hah yang ketiga yang nilah!" Beritahu Aryana sambil mengira jari sendiri.
Sebenarnya penat, tapi apa boleh buat. Selalunya perempuan seusia Aryana akan keluar berjalan sana sini dengan kawan-kawan. Pergi shopping Mall tengok wayang. Tapi, dia tak kisah semua itu.
Rayyan Sungguh kagum dengan kerajinan Aryana. Jarang nak jumpa perempuan yang memilih kerja. Satu dalam seribu.
"Ermm, saya dah lambat ni. Boleh awak bayar sekarang?"
Rayyan hampir terlupa mahu bayar. Dia teruja tetapi malu untuk menunjukkan kepada Aryana. Rayyan baru teringat mahu keluarkan kad dari dompet. Dia menghulurkan kad debit kepada Aryana dengan senyuman.
Selesai menerima bayaran Aryana mahu terus pergi tetapi Rayyan menahannya sekejap.
"Ermmm awak!" Rayyan memanggil Aryana dan berlari anak kepada Aryana. Aryana menoleh dan memberhentikan langkahnya. Beg membawa pizza digalas oleh Aryana.
"Sweater awak hari tu masih ada kat saya. Bila saya boleh pulangkan?" Tanya Rayyan tujuan dia memanggil Aryana. Ada maksud tersirat disitu. Dia mahu berjumpa dengan Aryana lagi sebenarnya tetapi Rayyan seorang yang pemalu. Malu-malu tapi mahu!
"Oh ak ah! aduh bila ye?? Erm ..."
Aryana berfikir sekejap.
Nak cari masa dan waktu yang sesuai supaya dapat berjumpa dengan Rayyan. Kakinya tak boleh duduk diam. Tak sabar mahu pergi kerana betul-betul tergesa-gesa. Ada banyak lagi penghantaran pizza yang perlu dihantar.
"Kalau macam tu, kita tukar nombor telefon. Awak bagi nombor telefon awak kat saya."
Rayyan terus membuat keputusan apabila melihat Aryana terkocoh-kocoh mahu memberi jawapan. Rayyan terus keluarkan telefon bimbitnya. Dengan sungguh laju Aryana menyebut nombor telefonnya. Nasib baik, Rayyan seorang yang cekap. Kalau tak cekap bukan boslah kan.
"Okay awak saya pergi dulu! Apa-apa call! bye!"
Sepantas kilat Aryana pecut. Sifat gelabahnya masih belum hilang. Rayyan senyum sampai ke telinga. Dia melihat Aryana sehingga Aryana hilang dari penglihatannya. Perempuan itu benar-benar membuatkan hatinya cukup terusik.
Tengah-tengah senyum sorang-sorang tiba-tiba rasa ada yang memerhati.
"Wu ada pandangan pertama disini. Dari mata mu mata mu ku mulai jatuh cinta ku melihat-melihat ada bayangannya..." Jazy kaki bahan! Siap nyanyi lagi.
Rayyan jadi malu macam kucing.
"Aloh-aloh shy-shy cat pulak dia..." Sambung lagi Jazy.
Rayyan terus masuk office. Tak nak makan!
Mengada!
Share this novel