BAB13

Romance Series 41822

"Auntie hati-hati!"

Jerit Aryana dari jauh kepada seorang wanita cina yang berumur dalam lingkungan 50-an. Masih nampak cantik dan muda.

Auntie itu diragut oleh dua orang peragut yang menaiki motosikal. Dia cuba menahan beg tangannya dari diragut. Akhirnya, dia gagal dan terjatuh. Dia terlalu leka memasukkan barang-barang di dalam bonet kereta.

Aryana terus berlari mendekati wanita itu. Melihat wanita itu sudah terbaring.

"Auntie! Auntie tak apa-apa ke? Bangun auntie bangun." Aryana bantu wanita itu untuk bangun. Kalau nak kejar peragut dia tak mampu. Dia dapat bantu yang mana patut.

Lututnya cedera. Skirtnya juga terkoyak sedikit. Wanita itu jalan terhincut hincut. Aryana bawanya duduk di depan kedai dia berkerja.

"Saya bawa auntie pergi klinik ye?"

"Its okay sikit sahaja. I will call my driver. Thank you dear."

"Betul ke ni auntie?" Tanya lagi Aryana.

Wanita itu baru terfikir drivernya sedang sibuk dengan suaminya. Lama lagi kalau nak tunggu.

"You pandai drive?" Tanya wanita itu kepada Aryana.

Aryana angguk laju.

"You bawa kereta I. Hantarkan I pergi klinik boleh ke?"

Wanita itu meminta pertolongan Aryana. Dia tidak larat untuk bercakap. Masih trauma.

"Boleh auntie boleh. Tapi auntie tunggu sini sekejap saya beritahu kawan saya dulu kat dalam."

Wanita itu angguk perlahan. Dia amat berterima kasih dengan Aryana. Kalau tak ada Aryana tak tahulah apa nasib dia seterusnya. Aryana terus masuk dalam beritahu dengan Ju.

Aryana memapah wanita itu sehingga ke kereta. Aryana pandu kereta milik wanita itu untuk ke klinik. Aryana temankan wanita itu sehingga habis dirawat.

"Auntie tunggu sini saya ambilkan ubat untuk auntie ye."

Aryana berlari anak ke kaunter mengambil ubat. Wanita itu duduk dan melihat-melihat kakinya yang sudah cedera.

"Mummy! Are you okay mummy!?"

Suara lelaki iaitu anak lelakinya telah datang untuk melihat keadaan wanita itu. Dia betul-betul risau.

"Danny. Buat apa Danny datang. Mummy okay je."

"Okay mummy kata? Muka mummy pun dah pucat. Macam mana boleh jadi? Tak boleh jadi kita kena report polis lepas ni. Doktor kata apa?"

"injured kecil je darling. Nasib baik ada seorang perempuan ni tolong mummy drive kereta." Beritahu mummy Danny.

"Perempuan? siapa?" Tanya Danny. Berkerut dahinya.

Tak lama kemudian Aryana muncul. Semakin perlahan langkah Aryana melihat Danny dari jauh. Danny pula sudah nampak Aryana. Mereka berdua saling menatap mata.

"What intern!?" Bisik dalam hati Danny.

"Auntie ni ubat auntie. Doktor ada bagi ubat makan dan ubat sapu." Aryana serah ubat kepada Mummy Danny.

Dia buat-buat tak kenal dengan Danny. Danny pun sama! Dua-dua kelihatan kekok.

"Danny nilah Aryana. Dia tolong bawakkan mummy pergi klinik. Kalau tak ada dia tak tahulah apa jadi kat mummy. Aryana kenalkan ni anak auntie. Danny." Mummy Danny kenalkan Aryana kepada anak lelakinya.

Danny jeling-jeling sahaja matanya ke Aryana. Aryana pula ...

"Yang ni tak nak pula jerit Intern! intern! Mak dia ke rupanya!?" Bisik Aryana dalam hati.

"Why you intern! why!? Dia ni nak apa hah!?" Danny pun sama bisik dalam hati.

Dua-dua mengelak dari memandang antara satu sama lain. Tak ada orang lain ke nak terserempak?

"Kenapa diam je? Kenal ke?" Tanya mummy Danny.

"TAK!"
Serentak.

Mummy Danny pelik. Pandang Aryana pandang Danny. Nampak sangat obvious.

"Auntie kalau tak ada apa-apa lagi. Saya minta diri dulu. Saya kena sambung kerja. Auntie jangan lupa makan ubat ye." Aryana tak sabar nak pergi.

"Eh wait Aryana. Aryana nak balik naik apa? Tadi Aryana naik dengan auntie." Mummy Aryana tahan Aryana.

Danny di sebelah baru je nak lega Aryana nak dekat pergi. Tapi ditahan pula oleh mummy nya.

"Tak apa saya naik grab je auntie."

"Eh no no no... Danny boleh hantarkan Aryana."

Tersedak Danny.

Tak pernah lagi Aryana jejakkan kakinya masuk dalam kereta Danny. Mustahil Aryana terima pelawaan mummy Danny. Pegang keretanya pun haram!

Danny bagi isyarat geleng kepala kat Aryana laju-laju. Jangan terima pelawaan mummy Danny. Dia ingat Aryana nak sangat ke naik dengan dia? Tapi Aryana nak balas dendam. Aryana senyum jahat kat Danny.

"Saya tak menyusahkan anak auntie ke?" Aryana cakap tapi matanya ke Danny.

Danny dah buat muka marah.

"Eh don't worry. It's okay it's okay. Takpekan Danny?"

Danny senyum sinis. Angkat kening.

Dia angguk terpaksa.

Aryana jongket bibir angkat kening juga.

Dalam kereta ada mummy Danny, Danny dan Aryana. Aryana duduk di belakang. Diam sahaja Danny tapi matanya mengintai Aryana di cermin. Aryana asyik melihat jam tangannya. Takut lambat masuk semula kerja.

"Danny kalau risaukan mummy, Danny pindahlah duduk dengan mummy."

Pertanyaan mummy Danny memecahkan kesunyian dalam kereta. Aryana di belakang pasang telinga. Berkerut dahinya dapat tahu Danny tak tinggal bersama keluarganya. Danny tak selesa soalan yang diajukan oleh mummynya kerana ada Aryana. Aryana orang luar tak patut dengar perbualan mereka.

"Jangan cakap tentang ni mummy." Danny bersuara. Suaranya mendatar sahaja.

Muka mummy Danny sedih. Mummy Danny pusing belakang pandang Aryana.

"Aryana thank you tolong auntie. Danny hantar auntie dulu lepastu Aryana ye." Beritahu mummy Danny.

Danny toleh laju memandang mummynya. Gila nanti dia berdua je dalam kereta Aryana. Dia pandang Aryana kat cermin. Aryana pun pandang Danny.

"Ish aku berdua je dengan dugong ni nanti."Bisik Aryana dalam hati sekali mengeluh senyap.

Dia keluarkan telefon bimbitnya menghantar WhatsApp kepada Ju. Kemungkinan dia sampai lambat.

Sampai sahaja dirumah keluarga Danny, Aryana membantu sekali memapah mummy Danny. Danny juga membantu mummynya. Tak pasal-pasal mereka tersentuh tangan. Dua-dua kesat tangan. Jijik betul.

"Bapaklah! ni rumah ke resort??? Besarnya!"

Terbuntang mata Aryana melihat rumah Danny tersergam indah. Sungguh besar. Betul-betul Danny dari keluarga yang kaya. Tapi sayang rumah sebesar itu yang tinggal hanya berapa kerat sahaja. Mummy Danny tetap sunyi. Dia rindu Danny waktu kecil-kecil dahulu. Sungguh menyesal melihat Danny membesar dengan cepat.

"Eh intern! yang you duduk belakang kenapa? Ingat I driver you ke?"

Danny tak boleh terima Aryana duduk di belakang serupa bos besar.

"Dah tu Mr Danny nak ke duduk sebelah saya?" Aryana menjawab.

Danny berdengus dan berdecip. Dia jeling Aryana. Lagi bagus Aryana duduk di belakang daripada duduk disebelahnya. Tersentuh tangan tadi pun dia kesat-kesat apa lagi duduk di sebelah Aryana. Tak nak!

Sepanjang perjalanan, dalam kereta diam sahaja. Tapi Danny curi-curi pandang Aryana. Bila Aryana perasan cepat-cepat dia melarikan pandangannya. Buat-buat fokus tengah memandu.

"Tak payahlah nak intai-intai saya kat cermin tu. Macamlah saya tak perasan. Kalau nak cakap cakap jelah. Cakap terima kasih ke pun okay juga."

Sindir Aryana.

Danny jongket bibir.

"I told you I hate to say thank you. Perasan. I bukan pandang you. I pandang kereta kat belakang tu."

Aryana menyengetkan mulutnya. Kenapalah selama ni dia bekerja dengan manusia poyo macam Danny. Ingatkan kalau dah berhenti tak akan berjumpa lagi tapi sejak kebelakangan ni ada sahaja kemalangan yang berlaku melibatkan Danny. Siapa yang bawa malang sekarang ni? Danny atau Aryana?

Danny pula sebenarnya sudah ada bibit-bibit serba salah dengan Aryana tetapi dia ego. Nak cakap terima kasih kat Aryana tak boleh sebab dia sendiri yang kata dia benci untuk cakap terima kasih. Mana dia nak letak muka dia? Dia tetap juga tak mahu kalah dengan Aryana.

"Okaylah Mr Danny Thank you sebab hantarkan saya."

Aryana ucap terima kasih ke Danny.

"Tengok walaupun saya tak sukakan kan Mr Danny saya tak susahpun nak cakap THANK YOU. " Aryana sindir . Dekatkan mukanya ke Danny.

"Thank you. " Danny cakap dalam hati.

Danny hanya pandang sahaja Aryana. Ya, dia tak boleh bayangkan kalau tak ada Aryana siapa yang akan menolong mummynya.

Aryana jeling dia beredar dari kereta Danny. Danny mahu memanggilnya tetapi dia teragak-agak. Aryana adalah perempuan pertama yang membuatkan keyakinannya semakin kebelakang.

Ada apa dengan perasaanya?

***********

"Hurmm nyah... aku rindulah dengan Aryana.. hurm apalah dia buat sekarang kan? "

Samsul teringatkan Aryana. Selalunya kipas pink tak pernah tak melekat kat tangan, hari ni Aryana lebih penting dalam ingatannya.

"Kan... aku pun... eh kau ada nombor dia? "Tanya Wan.

"Kau ni, kalau aku ada tak adalah aku rindu dia. Hari-hari aku boleh WhatsApp dia tau.."

Wan garu kepala.

"Hah! Gosip apa tu! " Sergah Julia ke dua orang itu.

"Terkejut mak! " Samsul terperanjat.

"Kak Julia, akak ada nombor Aryana kan?" Minta Wan ke Julia.

"Mestilah ada..."

Wan ambil nombor telefon Aryana dari Julia. Waktu itu juga mereka bertiga video call dengan Aryana.

"Aryanaaaaaaaa!!! " Jerit Wan memanggil Aryana.

"Nyahhhhh!!! " Samsul nak juga. Berhimpit-himpit masing-masing nak tengok muka Aryana dalam skrin telefon. Ditolaknya Wan dengan bontot besarnya.

"Apa nyah-nyah! Aku nyah kau karang. Korang ni dah kenapa ? Terkejut aku."

"Nyahhh kitorang rindukan kau tauuu... Sampai hati lupakan kitorang. "

"Ak Ah Yana, kitorang rindu gila dengan kau. Kau senyap je . Tak contact pun kitorang."

Nasib baik sekarang waktu rehat Aryana. Bolehlah dia meluangkan masa dengan dua ekor beruk tu.

"Mana ada aku lupakan korang. Aku sibuk je sekarang ni. Aku pun rindukan korang. Jomlah kita jumpa."

"Hah ! Okay juga tu. Samsul kata nak belanja kau makan Seol Garden! " Sakat Wan.

"Hei nok! Aku gaji pun belum. Tapi tak apa untuk kau Nyah aku korek duit tabung aku!"

Aryana gelak terbahak-bahak.

Semasa mereka video call sebenarnya ada Danny. Wan dan Samsul tak perasan ada orang Yang sedang mendengar perbualan mereka. Danny curi-curi dengar.

"Okay On! Weekend ni Samsul belanja kita makan!" Wan terlebih semangat.

Seronok mereka berdua dapat video call dengan Aryana. Dapatlah lepaskan rindu. Tak sabar nak keluar dengan Aryana.

Semakin hari semakin aneh perasaan Danny. Aryana asyik muncul dalam fikirannya. Dia asyik mengimbas peristiwa pergaduhan dia dengan Aryana. Tetapi kenapa dia harus tersenyum?

"Perlu ke aku amek dia bekerja dengan aku balik?" Tanya Danny sorang-sorang.

Tapi sebab apa? kenapa? Apa alasan Yang boleh dia berikan kepada Aryana. Dia sendiri Yang memecat Aryana, masakkan dia mahu Aryana kembali semula bekerja dengannya. Mahu ke Aryana?

"AH! Sampai bila-bila aku tak akan balik semula kerja kat hotel tu. Kau tahu dugong tu asyik muncul je dalam hidup aku!"

Beritahu Aryana. Disumbatnya daging Yang digrill ke dalam mulutnya. Dia tak pandai pakai chopsticks , garfu lagi senang.

"Ada lagi information panas lagi panas dari dapur ni. Kau nak tahu girlfriend Mr Danny yang kita gaduh hari tu. Perempuan tu curang dengan Mr Danny! Putus! Over!" Tambah Samsul mengalahkan mak cik bawang.

"Patutlah dia mabuk pegang tangan aku sebut ..." Aryana cakap sorang-sorang. Perlahan sahaja suaranya.

"Hah? Siapa pegang tangan kau?" Wan dengar.

Aryana geleng kepala.

"Tak ada siapa-siapa. Samsul ni kau grill daging kau je. Grill lah sekali sotong aku ni!" Aryana berdalih.

Samsul tercekik. Cepat-cepat minum air.

"Hei nyah. Kau tengok kat pinggan kau banyak lagi. Berapa banyak kau nak mencekik. Habiskan dalam pinggan tu." Samsul bebel macam mak-mak.

"Yang ye nya Yana, dia tak nak grill adik beradik dia tu.." Sakat Wan. Muncungkan mulutnya ke sotong mentah.

"Apa kau cakap??"

Samsul cubit perut Wan.

"Aduh-aduh sakit sakit!"

Wan pukul-pukul tangan Samsul. Samsul tarik isi Wan sekuat hati.

"Aku ni lembut je tapi dalam hati jantan tau. WOI JOM MAKAN!" Samsul keluarkan suara jantannya.

Mereka semua tergelak terbahak-bahak. Macam dalam restoran tu mereka bertiga sahaja yang makan di situ.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience