"Takpe! Saya boleh pakai sendiri!" Aryana menahan Danny yang seperti mahu memakaikan tali pinggang keledar untuknya.
"Siapa yang nak pakaikan you seatbelt? I nak ambil barang kat belakang." Beritahu Danny dengan terjongket bibirnya.
Tapi gaya badan Danny seperti perlahan-lahan mahu mendekati Aryana. Rasanya kalau Aryana tidak cepat-cepat menahan pasti Danny ada niat itu.
"Nah try ni." Danny hulur mask masquerade yang hanya menutup sebahagian muka.
Aryana ambilnya dengan teragak-agak.
"Kena pakai ke?" Tanya Aryana hairan.
"Ye..." Jawab Danny ringkas dan malas. Dia juga mencuba mask masquerade miliknya.
"Aduh s." Aryana mengadu kesakitan.
Bulu yang ada pada mask terlibas ke mata Aryana. Naik rimas Aryana mahu memakai mask itu.
Danny terus toleh.
Danny pegang tangan Aryana laju.
Aryana tersentak.
"Jangan gosok nanti lagi pedih. Let me see." Cegah Danny pantas.
Danny lantas memegang dan menghembus mata Aryana sedikit kuat.
"Okay tak?" Soal Danny yang masih tidak berganjak dari mendekati Aryana erat. Mukanya amat dekat dengan Aryana.
Aryana pejam mata seketika. Terkedip-kedip berulang kali. Julingkan keatas. Dia angguk perlahan tanda matanya sudah sembuh.
Tapi kenapa tiba-tiba sahaja
Dup dap dup dap
Jantungnya berdetak! Seperti bunyi jarum jam!
Danny yang masih menatap matanya membuatkan dia sukar untuk bernafas.
Danny terus-terusan menatap mata Aryana. Mereka berdua kaku dan beku. Ada apa dengan perasaan itu sebenarnya?
"Thank you." Aryana cepat-cepat tolak Danny kebelakang.
Tak mahu perasaan aneh semakin mengikut arus kehairanan.
"Memang you ni clumsy." Kata Danny sekali berdengus.
Danny pula berdebar-debar. Tak pernah perasaan semacam itu singgah di hatinya lebih-lebih lagi berdebar dengan intern.
"Ladies and gentlemen welcome to our Annual Dinner Micasa Ray!" Laung Jazy sebagai MC di atas pentas.
Semua tetamu bertepuk tangan dan bersorak kegembiraan. pelbagai jenis dan gaya mask masquerade turut dipakai oleh tetamu yang hadir.
Terdapat banyak jenis makanan dan buffet yang enak-enak telah tersedia. Pasti Aryana suka.
"Without wasting time, saya akan menjemput Encik Rayyan yang cukup kacak pada hari ini untuk memberikan ucapan. Mempersilakan!"
Semua mata memukau melihat Rayyan yang sedang menuju naik ke atas pentas. Begitu segak dan bergayanya seorang lelaki yang berjaya membina empayar ketika usianya masih muda. Rayyan menjadi inspirasi buat semua tetamu yang ada disitu.
Pihak media dan jurukamera juga tidak ketinggalan untuk memasukkan artikel mereka mengenai kejayaan Rayyan. Jari mereka tidak lelah untuk menekan butang camera.
"Passion, innovation and a sound business sense are my three essentials. Because without these three, publications are likely to be soulless with little hope of a reasonable and ...." Rayyan tersekat di hujung ayat.
Akhirnya, wanita yang membuatkan dia tertunggu-tunggu telah pun muncul. Matanya memukau melihat Aryana dari jauh meskipun wajah Aryana berselindung dengan topeng.
"Mr Danny bagi lengan Mr Danny. Saya susahlah nak jalan dengan kasut tinggi ni." Bisik Aryana ke telinga Danny. Mereka berdua baru sahaja sampai di pintu masuk.
Asyik-asyik terpeleot sahaja kakinya. Kasut tinggi langsung tidak serasi dengan Aryana.
"Of course."
Danny memegang tangan Aryana.
"Bukan pegang tanganlah. Saya nak lengan je." Aryana tarik tangannya dari Danny.
Danny pegang semula tangan Aryana. Digenggamnya kuat. Tak mahu Aryana melepaskannya lagi.
"You dengan I kena pretend betul-betul macam couple." Bisik Danny lagi ke Aryana. Terkumat-kamit mulut mereka berdua. Bercakap macam dalam kelambu.
Mereka berdua harus berlakon seperti pasangan kekasih kerana mudah untuk Rachel percaya mengenai status Danny dengan Aryana.
Rayyan masih tidak menyambungkan ucapannya membuatkan tetamu tertunggu-tunggu ayat Rayyan yang seterusnya.
"Ehem encik Rayyan!" Jazy datang dari belakang mencuit bahu Rayyan.
Rayyan mengelamun.
Dia mula teringat akan perbualannya bersama Danny. Dia harus membatalkan sahaja hasratnya untuk meluahkan perasaannya kepada Aryana di khalayak ramai.
(Imbasan)
"Kalau kau nak luahkan kat dia bukan masa majlis kau esok. Sebab Aryana akan jadi fake girlfriend aku." Beritahu Danny kepada Rayyan.
"Apa?" Rayyan terkejut.
"Aku ada tawar kat dia jadi fake girlfriend aku sebab aku nak Rachel berhenti kacau aku. Kau jangan risau aku tak akan ada perasaan dengan intern tu. Sebab aku tahu kau suka gila dengan dia kan?" Jelas Danny kepada Rayyan.
"Tapi kenapa dia terima?" Soal Rayyan.
"Entah aku pun tak tahu. Mula-mula tu dia berkeras tolak tawaran aku. Dia terdesak."
Danny pegang bahu Rayyan.
"Aku pinjam dia dari kau." Kata Danny.
Rayyan berketawa kecil. Aryana belum menjadi miliknya Danny sudah meminta izin.
Rayyan berubah fikiran.
Dia sambung berucap. Matanya hanya fokus kepada Aryana yang berada di belakang orang ramai.
" Seharusnya malam ini adalah malam yang bermakna pada saya. Tak kira di mana awak berada bahkan awak di depan mata saya lidah saya tetap kelu untuk mengatakan saya menyukai awak."
Sedikitpun mata Rayyan tidak teralih dari memandang Aryana yang juga memandangnya. Namun perasaan Aryana tidak sejajar dengan perasaan yang dilalui oleh Rayyan.
Tetamu semua tergamam dengan ucapan Rayyan. Mereka tersentuh hati dengan madah cinta Rayyan. Annual Dinner yang diadakan bukan hanya semata-mata untuk memenuhi ciri-ciri majlis tetapi adanya adegan drama romantik!
"Bila Rayyan nak habis cakap? Saya laparlah." Bisik Aryana kepada Danny.
Mata Aryana asyik mencerling kearah makanan. Steak yang lip lap lip lap dimatanya seolah-olah memanggilnya. Terliur dibuatnya.
Sebaik sahaja majlis perasmian memotong reben selesai. Aryana orang pertama yang terjah ke arah meja makan. Danny meninggalkannya sebentar. Rayyan pula harus melayan VIP terlebih dahulu. Kakinya sudah tak sabar mahu melangkah mendekati Aryana.
Aryana buat hal sendiri. Mengambil dan memilih makanan tak ingat dunia. Hampir penuh pinggan. Betul-betul lapar.
"Haih kalau ada Lini Lana ni mahu bergaduh dengan aku. Best juga kalau ada Samsul dengan Wan." Aryana cakap sorang-sorang sambil tangannya menyepit baby lobster letak diatas pinggan.
"Ouch!" Seorang wanita mengadu sakit apabila kakinya terpijak oleh kasut tinggi Aryana dek kerana terlalu gelabah meninggalkan tempat itu.
Aryana toleh.
Wanita yang berpakaian Emerald Green Velvet Plunge sudah memandang tajam kepada Aryana. Pakaiannya amat seksi!
"Alamak perempuan galah ni." Desis Aryana dalam hati. Tercengang.
"You!" Terbeliak mata Rachel.
Masuk ni dah dua kali Aryana terpijak kakinya. Tempoh hari dengan sneakers kali ni dengan kasut tinggi. Rachel cukup pantang bahagian anggotanya tersentuh lebih-lebih lagi kakinya yang licin dan halus itu.
Aryana harus berlagak seperti diva. Memperlihatkan dirinya adalah teman wanita dari seorang Millionaire.
"Ops sowry tak sengajer." Senget-senget mulut Aryana.
Sambil menyentuh-nyentuh rantai mewah yang tergantung di lehernya. Mahu menunjuk Rachel. Ingat Rachel seorang sahaja boleh sombong.
"Why you ada kat sini hah!? You lap kaki I!"
"Cari pasal perempuan ni dengan aku. Mana dugong ni?" Marah Aryana dalam hati.
"I said now!" Paksa Rachel.
Tetamu yang berdekatan memandang mereka.
"Owh erm I tak bawa err tisuew kalau you nak pergi ambil sendiri nak lagi senang go to toilet okay. Wash your sendiri punya kaki."
Sikitpun tak kotor. Beriya nak suruh Aryana lap kan kakinya. Kalau ikutkan hati mahu sahaja Aryana memijak kakinya lagi.
SPLASH!
Rachel simbah jus ke muka Aryana!
"Serve you right!" Balas Rachel.
Semua orang terkejut.
Menggigil tangan Aryana menahan marah.
"Ini dah lebih!" Aryana menyinsing lengan bajunya.
Aryana tekap pinggan yang penuh dengan lauk tadi ke muka Rachel! Tak cukup dengan itu ditonyoh-tonyoh! Disental-sental steak di muka Rachel dengan sekuat hati! Macam tengah basuh pinggan.
Dua orang perempuan buat onar dalam majlis Rayyan.
"My face!!!!" Terkapai-kapai Rachel mahu menyelamatkan mukanya.
"Amek kau! hah rasakan rasakan!"
Rachel mahu menarik rambut Aryana tapi tak dapat Aryana laju memulas tangan Rachel. Sebaliknya rambut Rachel ditarik. Rachel kira bernasib baik Aryana tak keluarkan taekwandonya.
"OH MY GOD!"
Jazy terlopong melihat pertelingkahan dasyat mereka berdua. Dia terus berlari mencari Rayyan.
"Encik Rayyan encik Rayyan! Gawat! Gawat!" Jazy tak cukup nafas.
"Kenapa ni kenapa ni?"
"Ar ar ARYANA dia dia dia belasah orang!"
"HAH!?" Terbeliak mata Rayyan.
Rayyan terus beredar dari perbualannya bersama VIP. Berlari mengikut Jazy dari belakang.
Habis-habisan Rachel dikerjakan oleh Aryana. Jangan harap Aryana nak jadi perempuan yang ditindas seperti dalam fairy tale ada lelaki yang datang menyelamatkannya. Tak payah! Dia sahaja sudah boleh melindungi dirinya.
krek!
Bunyi lengan baju Aryana terkoyak ditarik oleh Rachel.
"ARYANA! RACHEL! ENOUGH!" Teriak Danny.
Akhirnya Danny muncul.
Mereka berdua terus berhenti. Masing-masing sudah tidak terurus. Basah kuyup, rambut kusut masai, muka comot!
"Danny! I miss you!" Rachel berlari memeluk Danny.
Tak lama kemudian, Rayyan pun muncul. Habis sisa-sisa makanan bertaburan di atas karpet. Rayyan terus mendekati Aryana. Dia menanggalkan coatnya dan menyarungkan ke badan Aryana untuk menutupi lengan bajunya yang terkoyak.
Apakah Aryana sudah merosakkan majlis orang?
Nasib!
Share this novel