"You betul nak gugurkan kandungan yang ada dalam perut you?" Tanya Dr Azza. Kawan baik Rachel.
Dia seorang doktor yang sudah berpengalaman menggugurkan bayi. Kebuntuan disulami dengan keresahan meresapi dalam diri Rachel.
"I don't know. I tak tahu nak buat apa dengan baby ni but at the same time I sayangkan baby ni."
"You cepat sangat menyerah Rachel." Ujar Azza memeluk kelima-lima jarinya.
Rachel angkat muka. Berkerut dahinya.
"You nak I buat apa? I tak boleh besarkan baby ni tanpa ayah. Jeff dah lari luar negara tinggalkan I. Danny? Dia dah bencikan I. You tak akan faham perasaan I." Tingkah Rachel. Tinggi nadanya ke Azza.
"You boleh gunakan baby tu untuk dapatkan Danny." Kata Azza.
Rachel diam terkedu.
Mahu tergelak dengan cadangan rakan baiknya itu.
"You nak buat lawak ke dengan I? How? Bagitahu Danny this is your baby? Nonsense. I dengan dia tak pernah bersama. Macam mana dia nak mengaku ini adalah anak dia." Canggah Rachel. Memalingkan mukanya dari Azza.
Azza gelak sinis.
"Kalau I ada fikiran macam you I tak akan cakap. You kena pandang lagi jauh."
Rachel mengecilkan anak matanya. Tak faham dengan maksud Azza.
"Maksud you?"
Azza memanggilnya lebih dekat lagi. Membisik ke telinga Rachel. Mahu mengatakan sesuatu.
Perlahan-lahan senyuman mula terukir di bibir Rachel. Cadangan Azza amat berguna. Dia yakin boleh mendapatkan Danny kembali!
Jam 10 pagi. Semua staf hotel bermesyuarat. Danny duduk bersilang kaki di hujung meja conference mendengar pembentangan projek dari staf nya.
Namun, fikirannya merewang. Tidak fokus. Bagaimana hendak fokus kalau bayangan Aryana ada di mana-mana. Tatkala mengingatkan semula pergaduhannya bersama Aryana pada malam itu sekelip mata berubah menjadi cinta komedi buatnya. Tercuit hati. Tersenyum sendiri.
Hambatan perasaan 'rindu' mula terbentuk dalam hati kecil Danny. Semakin banyak akalnya untuk mengganggu perempuan itu. Renungannya semakin tajam. Seolah-olah Aryana ada di depannya.
"What do you think of being a selfish person?"
Danny tiba-tiba sahaja bersuara. Staf semua laju berkalih ke arahnya. Hairan dengan soalan Danny yang tidak kena dengan topik perbincangan.
"Maksud Mr Danny?" Tanya Ana. Dia yang sedang membentang musykil dengan pertanyaan majikannya.
Danny senyum sinis. Posisi masih tidak berubah. Diam. Tiba-tiba sahaja aura dalam bilik mesyuarat itu lain macam.
Apa yang cuba dimaksudkan oleh Danny?
"Aryana." Sergah perlahan Rayyan dari belakang Aryana.
Aryana yang sedang menghantar minuman terus toleh kebelakang sebaik sahaja bahunya dicuit sedikit.
"Rayyan!" Sahut Aryana gembira. Terus nampak gigi.
Begitu juga dengan Rayyan. Mereka berdua seronok apabila bersua.
"Awak duduklah dulu. Nak oder apa? Tak payah saya dah tahu. Jus oren kan?" Kata Aryana kenyit mata.
Rayyan angguk tersimpul malu. Garu kepala. Tak sangka wanita yang disukainya sudah boleh membaca fikirannya.
Aryana senyum melebar. Dia meninggalkan Rayyan untuk membuatkan air kegemaran Rayyan. Rayyan pula melabuhkan tubuhnya di kerusi. Senyum tak henti-henti. Bahagia tak terkata!
"Hai bro. Selalu sangat datang cafe aku ni." Azfar kawan rapat Rayyan selaku owner kafe. Dia menarik kerusi untuk duduk. Mereka sudah pun berjanji untuk berjumpa.
Rayyan?
Sambil menyelam minum air.
"Beriya tak nak jumpa aku kat luar. Nak juga jumpa aku kat kafe aku ni. Walaupun aku tahu tujuan utama kau bukan nak jumpa aku." Ujar Azfar.
Rayyan sengih.
"Aryana habis kerja pukul berapa?" Tanya Rayyan berbisik sedikit.
Azfar muka cemberut. Dia sudah tahu kawannya itu ada hati dengan Aryana.
"Pukul lima sepatutnya tapi dia halfday hari ni. Kenapa?" Soal Azfar.
"Halfday? Kenapa halfday?"
"Manalah aku tahu. Aku ingatkan nak dating dengan kau." Usik Azfar.
Rayyan masih dikepungi dengan tanda tanya. Mahu tahu sebab Aryana mengambil waktu kerja setengah hari sahaja.
"Kau dah bagitahu ke belum kau sukakan dia?"
Rayyan geleng kepala.
Azfar geleng kepala.
"Lambat nanti dikebas orang. Kau buang perasaan malu tak bertempat kau tu." Nasihat Azfar terhadap rakan baiknya itu.
"Aku... Tak tahu nak mula dari mana. Masih menunggu waktu yang sesuai." Balas Rayyan.
"Hurmm... Bukan tunggu kau kena kejar. Kalau kau tunggu sampai bila tak dapat." Kata Azfar. Berpeluk tubuh.
Tidak lama kemudian, Aryana muncul membawa minuman. Mereka berdua terus mematikan perbualan. Tak mahu didengari oleh Aryana.
Rayyan berdiri menyambut minuman dari Aryana belum sempat gelas jus oren itu terletak di atas meja.
"Encik Azfar kenal Rayyan ke?" Tanya Aryana.
Mata Azfar melirik terus ke Rayyan yang juga memandangnya.
"Of course lah kenal. Rayyan kawan saya." Jawab Azfar berhemah.
Aryana menganggukkan kepala.
"Rayyan bagitahu saya nak bawa awak keluar makan." Spontan Azfar.
Rayyan diam terkedu.
Terbeliak mata.
Terkejut.
Disepaknya kaki Azfar.
Memandai sahaja!
"Hah?" Aryana terpinga.
"Eh tak Aryana. Maksud saya tadi cakap dengan Azfar tanya awak dah makan ke belum." Kelam kabut Rayyan cover. Tak tersusun ayat dibuatnya.
"Oh kalau tak ada apa-apa saya sambung kerja dulu." Aryana mahu meminta diri. Sambung kerja.
Sebaik sahaja Aryana meninggalkan tempat sekali lagi kaki Azfar disepak oleh Rayyan.
"Kau ni suka hati je. Sejak bila? Malulah aku." Marah Rayyan. Ternaik keningnya. Ditekan suaranya. Tak mahu orang lain dengar.
"Malu konon. Ajak jelah dia keluar. Susah nak jumpa bos sporting macam aku. Tak sangka juga Aryana yang clumsy tu disukai oleh lelaki hot macam kau. Clumsy dia tak boleh bawa bincang."
Rayyan tersenyum.
"Teruk sangat ke clumsy dia?" Tanya Rayyan ingin tahu bagaimana cinta pertamanya di tempat kerja.
"Sekelip mata dia boleh pecahkan pinggan aku dari Europe harga 20K. Kau rasa?" Beritahu Azfar.
Rayyan tercengang.
"Biar betul??"
"Yelah nak buat apa aku tipu."
"Dah tu macam mana? Kau potong gaji dia ke? Berapa aku bayar?" Rayyan serius.
"Amboi cinta buta betul ni. Settle dah. Dia dah ganti. Cash 20K." Kata Azfar.
Rayyan berkerut.
Tak sangka jumlah sebanyak itu sudah diselesaikan oleh Aryana.
"Ma ma mana dia dapat duit banyak tu?"
"Manalah aku tahu." Jawab Azfar. Kedua-dua bahunya terangkat.
Share this novel