Teaser

Romance Series 41895

“Aigo yaaa nomu cua. Ah! Chotah! Nomu himdero!” Danny menghempaskan nafas kelegaan. Sakit-sakit badannya mengalahkan orang tua.

Dia menghamparkan diri bersandar di kerusi malas. Buka baju kerana sudah tidak selesa dengan badan yang sudah dibasahi peluh. Beristirehat mencuri tulang duduk di pondok yang amat cantik. Tenang ditiup angin sepoi-sepoi bahasa. Berteduh dari cahaya panas matahari. Menyelamatkan muka dan badan dari sinar UV. Nikmat!

Tanpa sedar matanya mahu terlelap. Tidur sekejap dalam senyuman tanpa gangguan. Baru dua minit menutup kelopak mata, tiba-tiba terdengar suara budak-budak berlari dan ketawa. Senyuman tadi terus mengendur. Matanya terbuka luas. Terbeliak.

“Kita ada beyblade burst! Canggihh!”

“Alah aku pun ada! Lagi hebat! Berpusing lagi laju dari blender mak aku! Bapak aku belikan!”

“Aku pun! Mak aku belikan semalam. Jom ah kita lawan siapa punya lagi hebat!”


Tiga orang budak berusia 8 tahun berlumba-lumba menunjukkan beyblade kegemaran mereka. Masing-masing beriya membuktikan kehebatan barang permainan mereka.

“Woi budak pergi main jauh-jauh.” Suara garau dan serong menghalau mereka.


Siapa lagi kalau bukan Danny. Sudah lama dia perhatikan tiga orang budak itu yang sudah mengganggu ketentramannya. Dia berdiri bercekak pinggang. Budak-budak itu terdiam dan terkejut ada suara serupa harimau menegur mereka.

“Kalau kitorang main jauh-jauh siapa nak main kat sini? Abang tu yang kena pergi main jauh-jauh.” Seorang budak lelaki berbaju merah berseluar pendek yang dikenali sebagai Bungit menjawab.

“Ek eh menjawab pula budak ni.” Marah Danny. Terangkat keningnya.

“Ak ah bukan orang besar kena buat kerja ke? Ooo abang curi tulang eaaa bagitahu Pak Samadd.” Bubu mencelah. Bergoyang-goyang jari telunjuknya menghala ke Danny.

Semakin bengis muka Danny. Budak kampung itu benar-benar sudah menyalakan api kemarahannya. Mereka belum kenal siapa Danny Alvin. Setakat budak kecil apalah sangat!

“Hello excuse me! I dah banyak buat kerja tau. Berapa umur korang ni? Buang bebylade tu tahulah!” Ugut Danny tak puas hati.

“Buanglah kitorang ada banyak lagi. Mak ayah kita nanti boleh belikan lagi.” Kata Busu jelir lidah.

“Ak ah sebab mak ayah kita sayang kita kan kan kan?” Giliran Budin pula menambahkan perasa.


Semakin membuak-buak perasaan marah Danny. Ada sahaja ayat dari tiga orang budak itu menjawab. Memang cari pasal.

“Ingat kau orang je ke ada mak ayah? I pun adalah. Nak tahu tak kenapa mak ayah sayang kau orang? Entah-entah masa korang kecil dia jumpa korang kat dalam kotak, bawah jambatan tak pun kau orang ni anak angkat. Sebab tu dia sayang korang. Pergi balik cuba tanya.” Giliran Danny menakut-nakutkan tiga orang budak itu. Senyum sinis. Berdiri berpeluk tubuh. Mengejek.


Budak-budak itu sejurus terdiam. Muka merah padam.

“UWAAAA” Meraung menangis. Lari mencari ibu dan ayah mereka.

Danny ketawa terbahak-bahak. Pecah perut. Geli hati dengan reaksi budak-budak itu. Tak semena-mena menuduh budak-budak itu dilahirkan dengan keadaan menyedihkan. Danny tak berfikir panjang. Kalaulah mak ayah mereka tahu perbuatannya itu tak pasal-pasal lumat Danny dikerjakan.

“OMO! Kamjagiya!” Terperanjat Danny apabila dia memusing kebelakang.

Berhenti terus gelaknya. Aryana berdiri tercegat menutup mata menghulurkan baju t-shirt hitam kepunyaan Danny.

“Sejak bila you ada kat sini? Kenapa tutup mata?” Tanya Danny laju marah sedikit.

“Pakai baju.? ” Arah Aryana mata terpejam.

“Shiro.” Danny tepis.

Berdiri berpeluk tubuh.

“Why? You tergugat ke dengan badan I yang seksi ni?” Ujar Danny perasan.

“Pakai baju ni Mr Danny! Saya ada benda nak cakap dengan Mr Danny!” Marah Aryana.


Danny senyum. Lagi lama Aryana memejamkan mata lagi suka dia melihat wajah Aryana. Danny akhirnya akur. Mengambil baju itu dari tangan Aryana selajur menyarungkan semula di badannya.

“Done.” Beritahu Danny. Berdiri penuh gaya.

Perlahan-lahan Aryana membuka matanya. Mahu memastikan Danny benar-benar sudah memakai baju.

“Macamlah you tak biasa tengok badan I. Daripada you tampal poster bodybuilder kat bilik you why not tampal muka I. I’m worldwide handsome! Perfect! Sexy!” Bangga Danny. Tepuk tangan petik jari.

“Macam mana Mr Danny tahu saya tampal poster ...” Marah Aryana.

“Bakal adik ipar I bagitahu.” Kata Danny belum sempat Aryana menghabiskan percakapan. Aryana mengepal satu penumbuk. Memang nahas Lana dan Lini selepas ini.

“Apa yang Mr Danny dah buat kat budak-budak tu tadi? Dengan budak-budak pun Mr Danny nak gaduh?’ Tanya Aryana.

“What? Why? Budak tu yang cari pasal dengan I. Padan muka.” Danny tak mahu mengalah. Tarik muka. Aryana menggeleng kepala. Tak faham dengan perangai kebudak-budakkan Danny.

“Sekejap? Mr Danny cakap apa tadi? Bakal adik ipar? Sejak bila pula diorang tu jadi adik ipar Mr Danny?” Tanya Aryana merendam jengkel.

“Sejak I dah mula suka kan you.” Luahan selamba dari Danny.

Aryana diam terkedu. Mereka berdua saling menatap mata antara satu sama lain. Sekali lagi, sekali lagi lelaki itu membuatkan hati dan jantungnya berdegup kencang. Pandangan mata Danny amat mendalam. Wajahnya kembali serius. Tanpa menunggu masa dan waktu, di pondok itu menjadi saksi luahan perasaannya secara mengejut kepada Aryana.

“I suka kan you.” Tekan Danny.

Renungan Aryana semakin tajam. Marah.

“Why? You nak tumbuk muka I? Nak sepak kaki I? Silakan. Perasaan I tak akan berubah I tetap suka kan you. Aryana.” Kata Danny sekali lagi.

“Mr Danny ingat perasaan ni boleh bawa main-main ke?”

“You nampak sekarang I main-main ke?’ Balas Danny tanpa sepenggal senyuman.


Tidak! Akan tetapi, perasaan cinta yang menetas dalam hatinya bakal menanggung risiko. Namun, Danny tidak peduli semua itu. Dia sendiri pun tidak menyangka kalau kebencian itu tidak duduk ditempatnya buat selama-lamanya. Dia akan memaksa Aryana untuk mencintainya. Noktah!

“Dahlah saya malas nak layan perangai gila Mr Danny. Nah ambil nih.” Aryana henyak botol minuman ke dada Danny. Mahu beredar dari situ. Danny tahan dengan menarik tangan Aryana.

“Kenapa you jalan terhincut-hincut ni?” Soal Danny mengerutkan keningnya.

Aryana berdecip menarik semula tangannya dari genggaman Danny. Tapak kakinya luka sedikit kerana terpijak duri kayu semasa mencari Danny. Danny lantas menurunkan badannya membelakangi Aryana.

“Come naik.” Suruh Danny. Menepuk berulang kali bahunya. Dia mahu memberikan piggyback ride kepada Aryana.

Aryana berdengus. Jongket bibir. Berdiri berpeluk tubuh di belakang lelaki yang berlagak macho.

“Mr Danny suka buat benda yang tentu-tentunya saya tak nak. Tak payah saya boleh jalan sendiri.” Aryana enggan. Mahu beredar. Danny bangun semula menghalang Aryana.

“You sepatunya beruntung tau. Lana kata I ni real oppa. Kalau you tengok cerita korea you dah tak payah ‘WAH BESTNYA, WAU SWEETNYA, JEALOUSNYA’ sebab you dah rasa semua tu dari I. So, naik. I’LL BE YOUR MAN!” Jerit Danny. Menurunkan badannya semula. Yakin kali ini Aryana akan termakan dengan pujuk manisnya.


Aryana mengeluh panjang. Perasan Danny memang tak boleh dibawa berunding. Keyakinannya setinggi langit. Bagaimanalah dia boleh dilahirkan dengan sikap seperti itu. Agak-agaknya keluar dari perut ibunya dia sudah pandai berkata ‘doktor saya tahu saya comel’. Danny masih menunggu Aryana untuk naik di belakang badannya. Jangan harap! Aryana menolak Danny dengan kakinya. Danny jatuh tersembam di atas tanah!

“YA! INTERN! YA GEOMOLI! ARYANA! YAAA!!” Jerit Danny sekuat hati kepada Aryana yang sudah berlari terhincut-hincut meninggalkannya. Habis pasir termasuk ke dalam hidungnya. Api marahnya mampu membakar lalang kering biarpun jauh di seberang lautan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience