Special Final Teaser

Romance Series 41822

Tuk tuk

Danny mengetuk cermin kereta. Memberi isyarat menyuruh Aryana keluar dari kereta untuk sebentar. Berkerut dahi Aryana. Diikutkan sahaja permintaan lelaki itu. Aryana keluar ternampak Danny memegang satu kota kasut. Tak semena-mena Danny membongkokkan badannya di depan Aryana.

“Buka kasut tinggi tu.” Suruh Danny mendongak memandang Aryana.


Aryana jadi malu. Tak ada tempat lain ke dia nak buat adegan romantik? Tempat-tempat awam ni juga dia pilih. Nanti apa kata orang-orang disitu? Aryana berat mahu membuka kasut tinggi yang dipakainya seharian. Danny membuka kotak kasut itu dan mengeluarkan kasut sneakers berwarna ungu untuk disarungkan ke kaki Aryana. Dia tanpa segan silu menyarungkan kasut itu kepada Aryana. Jantung Aryana berdetak laju sekaligus terharu. SWEET! Terasa semut-semut merayap ke badannya.

“Saya rindukan Mr Danny.” Ujar Aryana tiba-tiba. Tangan Danny yang sedang menyarungkan kasutnya terhenti.


Mendongak ke atas memandang Aryana. Telinganya salah dengar ke? Dia sedang berhalusinasi ke? Mimpi ke? Tersentak. Tergamam. Danny lantas bangun. Aryana dengan raut wajah serius menyatakan luahan itu.

“You cakap apa tadi?” Soal lagi Danny berkerut. Mahukan sekali lagi kepastian.

“Saya rindukan Mr Danny walaupun Mr Danny dah ada kat depan mata saya, saya tetap rindukan Mr Danny.” Ulang Aryana dengan sebenar-benarnya. Matanya mula melayu menatap wajah lelaki itu.


Mereka berdua saling menatap mata antara satu sama lain menguntum senyuman Danny masih tidak percaya akhirnya mengharungi isi hati dan perasaan yang sama. Tiada lagi keraguan melanda. Cinta yang bermula dari kebencian kini berubah menjadi bunga yang mahu mengembang di pagi hari.

“Mulai hari ni you are mine clumsy girl.” Tekan Danny dengan senyuman.

“Malam ini juga you are mine Mr OCD.” Balas Aryana.


Mereka berdua tersenyum. Menikmati senyuman seakan tiada lagi hari esok. Di mana jua mereka berada siapapun mereka berdua cinta tidak akan pernah berubah. Seolah-olah sudah mengotakan janji. Biarpun matanya pernah tertutup apa yang dilihatnya hanyalah perempuan itu sahaja. Begitu juga dengan pendengarannya. Walaupun telinganya disumbat dengan pelocok hanya bisikan dan suara wanita itu sahaja bisa menembusi gegendang telinganya.


Sama seperti Aryana, semakin lama dia berdiri di depan lelaki itu. Matanya akan terus menatap dengan lama. Tidak terasa pedih jika tidak terpejam. Jika dahulu, jantung dan nadanya sering bergetar-getar tidak tahu entah kenapa. Kini, dia sudah menemui puncanya. Puncanya adalah dari lelaki itu membawa daya tarikan graviti yang sangat ampuh. Daya itu menyebabkan dia terjatuh secara bebas menghasilkan pecutan dan geseran yang sangat laju. Tanpa dia sedar, dia sudah berada di dunia Danny. Genggaman Danny. Dia tidak boleh keluar menyelamatkan diri lagi.

Pulang ke rumah masing-masing, pasangan kekasih baru itu asyik mengelamun dan berangan. Danny dan Aryana duk berguling di atas katil. Aryana pula senyum dan gelak tergedik-gedik. Sedang seronok berangan macam Hindustan telefon Aryana berbunyi ringtone whatsapp voice note masuk. Kacau sahaja Aryana melayan perasaan di kayangan. Dia capainya sahaja telefon bimbit barunya itu di atas meja sebelah katilnya. Perasaan marah itu bertukar air sungai mengalir tenang. Jarinya laju menekan untuk membuka pesanan itu kerana mahu mendengar suara dari kekasih hati.

“Goodnight my sweet dreams.” Ucap Danny melalui rakaman suara di aplikasi mudah alih itu.


Aryana tutup mulut. Mahu jerit keriangan. Ditekap mukanya dengan bantal. Sekali lagi menggulingkan badan diatas katil. Tak tentu arah dibuatnya. Suara Danny amat manis dan gentle!


Aryana berdehem. Memanaskan tekak sebelum hendak membalas. Rambut panjang yang terurai di libas-libas ke tepi. Tarik nafas lepas. Cuba untuk bertenang dan mahu membuat suara yang lemah lembut juga lunak selunak-lunaknya. Gedik sangat gedik!

“Goodnight my Mr Sun ihik.” Tekan terus butang send.

*Open oder Mr Ocd telah dibuka!
Singgah di IG Sp!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience