BAB5

Romance Series 41822

"Kakak ... kakak bangun kakak tak pergi kerja ke hari ni?" Ibu Aryana mengejutkan Aryana untuk bangun.

Aryana menggeliat. Malas nak buka mata. Alarm masih berbunyi.

"Kakak cuti hari ni bu, bos kakak baik hati bagi kakak cuti..." Beritahu Aryana.

"Hah cuti? cuti apa? berapa lama?" Tanya ibu Aryana.

Barulah Aryana buka mata. Dia bangun dan duduk. Cuba untuk tenang.

"Selama-lamanya..."

Aryana ambil tangan ibunya dan menyuruh ibunya duduk di sebelahnya. Dia perlu memberitahu hal yang sebenar kepada ibunya.

"Kakak kena pecat bu hahhahahahha!" Tiba-tiba Aryana gelak.

"Hah?? Kenapa kakak kena pecat?" Ibu Aryana terkejut.

"Kakak tumbuk bos kakak semalam." Selamba Aryana.

'BAP'
Ibu Aryana pukul kepala Aryana.

"Aduh! kenapa ibu pukul kakak? Sakitlah." Aryana mengadu sakit menggosok-gosok kepalanya.

"Kenapa kakak tumbuk bos kakak? Kakak.. kakak kan perempuan.. ibu tak ajar anak-anak ibu berkasar dengan orang." Nasihat ibu Aryana.

Aryana pandang kebawah, ada sesuatu yang membuat dia kecewa.

"Ibu kakak ni... kurang ajar ke?" Tanya Aryana.

Ibu Aryana pelik dengan soalan Aryana. Dahinya berkerut.

"Kenapa kakak tanya ibu macam tu? Kakak anak ibu yang paling baik, rajin, cantik, baik hati. Ibu bersyukur dapat anak seperti kakak." Ibu Aryana usap kepala Aryana dengan manja.

Aryana terus memeluk ibunya.

"Selagi ibu pandang kakak seorang anak yang baik, kakak tak kisah orang nak kata apa tentang kakak termasuk dugong tu!" Kata Aryana yakin.

Ibu Aryana terus melepaskan pelukan Aryana.

"Dugong? siapa dugong?" Tanya ibu Aryana.

Terkelip-kelip mata Aryana mahu menjawab soalan ibunya. Ah! Ibunya tak perlu tahu. Tidak penting semua itu. Aryana mencari alasan supaya ibunya tidak bertanya lagi. Dia bangun dari katil dan menolak ibunya sehingga keluar bilik terus pergi ke dapur. Perut mulai berkeroncong.

Aryana masuk bilik, buka laptop. Misi cari kerja baru. Meniarap atas katil sambil mengunyah kerepek pisang. Krup krap krup krap mulut berbunyi.

Rasa tenang sikit tiada Lini dan Lana. Mereka berdua ke sekolah kalau tidak habis Aryana dikacau oleh dua beradik itu.

"Muka dia ni lagi! Aish!! Benci! benci!" Aryana cakar-cakar skrin laptop. Makin laju dia mengunyah kerepek.

Scroll je keluar iklan jawatan kosong dari Hotel Milik Danny, bukan tu je keluar juga muka Danny yang arrogant. Semakin sakit hati Aryana. Langsung tak ada mood. Aryana terus tutup laptop.

Dia mengeluh panjang.

***********

"Mr Danny, ini laporan minit mesyuarat tadi." Julia menyerahkan laporan kepada Danny.

Danny hanya mengangguk tidak memandang Julia.

"Mr Danny, kenapa Mr Danny pecat Aryana? Mr Danny dah janji nak ambil dia semula ke team management." Kata Julia. Tidak berganjak dari meja Danny.

Danny terus memandang Julia setelah nama Aryana kedengaran ke telinganya. Nama Aryana sahaja sudah membuatkan tanduknya mahu timbul.

"Saya tak pernah janji, jangan sebut nama dia di depan saya. Saya tak akan maafkan apa yang dia dah buat kat saya." Tegas Danny.

"Tapi Mr Danny, Aryana bukan seperti itu. Saya kenal dia. Dia nampak luaran kasar tapi hati dia lembut." Kata lagi Julia.

"Baguslah awak kenal dia, awak boleh ajar dia macam mana nak hormat orang."

" Saya rasa Mr Danny patut..."

"Stop it, saya tak nak cakap pasal ni lagi. Awak boleh keluar."

Danny cantas kata-kata Julia. Dia sudah tidak mahu membahaskan masalah dia dengan Aryana lagi. Aryana sudah tidak penting di hotelnya.

Julia terpaksa akur bercampur hampa dengan kedegilan Danny. Julia keluar dari pejabat Danny langsung menggeleng kepala.

*********
Aryana tidak menyesal dengan keputusan untuk berhenti kerja. Selepas dua minggu dia mengganggur, dia telah mendapat kerja di Kafe Barnis Star. Untung ada kawan rapat, senang dia dapat kerja.

Bukan itu sahaja, Aryana juga bekerja sebagai penghantar pizza pada hari sabtu dan ahad. Semakin kuat dia bekerja untuk mencari duit lebih. Dapatlah meringankan beban ibunya menjahit baju setiap malam.

"Maaf encik saya betul-betul tak sengaja." Aryana cepat-cepat meminta maaf kepada salah seorang pelanggan lelaki yang muda, tinggi, bergaya, kacak itu.

Aryana tidak sengaja terlanggarnya semasa
sibuk mahu menghantar minuman kepada pelanggan. Jus oren telah tertumpah di baju lelaki itu. Aryana gegas berlari mengambil tisu dan kain lalu lap-lap ke baju lelaki itu dengan gelabah.

"Its okay its okay, small matter. Dont worry. Saya salah juga jalan tak pandang depan." Ucap lelaki itu. Jam tangannya juga turut terkena air.

"Saya betul-betul minta maaf." Aryana tak putus-putus meminta maaf. Dia sebenarnya risau jika disebabkan clumsynya dia boleh dibuang kerja sekali lagi. Gawat ni!

"Its okay, just tunjuk saya toilet." Pinta lelaki itu dengan nada yang baik.

Aryana laju-laju menunjukkan nya tandas. Lelaki itu ikut Aryana dari belakang.

"Encik... encik pakailah sweater saya ni untuk sementara. Baju encik basah sangat. Boleh tutup sikit dengan sweater saya ni." Aryana hulur sweater hitamnya kepada lelaki itu.

Memang nampak sangat basahnya. Mungkin lelaki itu tidak kisah, tetapi gaya dan penampilannya menunjukkan dia seorang yang bukan calang-calang orang.

Lelaki itu berat mahu mengambil sweater Aryana kerana tidak mahu menyusahkan Aryana. Tidak mahu membuatkan Aryana serba salah dia ambil sahaja.

"Thanks, buat susah-susah je. Nanti saya datang sini lagi saya pulangkan semula kat awak okay." Kata lelaki itu.

Aryana angguk dan terus pergi sambung kerja. Tak sempat lelaki itu mahu bertanya nama Aryana. Lelaki itu senyum dan menyarung terus sweater hitam dari Aryana.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience