Teaser

Romance Series 41895

Dua buah kereta berhenti serentak di depan rumah Aryana.

"Kakak!" Jerit Lana dan Lini sebaik sahaja mereka berdua keluar dari perut kereta. Berlari ke arah Aryana sambil memegang aiskrim.

Danny menghantarkan mereka pulang ke rumah. Danny turut keluar sekali dari kereta. Dari dalam kereta tadi dia sudah cam kereta Rayyan begitu juga Rayyan. Terkejut sedikit dengan pertemuan secara kebetulan itu.

"Lana! Lini! Dari mana ni? Macam mana boleh... Mr Danny buat apa dengan adik saya!?" Marah Aryana tak tentu pasal.

Danny mengenakan sedikit bontotnya duduk diatas hoods kereta. Bersilang kaki. Kedua belah tangan dalam kocek seluar. Muka ketat sebaliknya Rayyan hanya berdiri di depannya.

"Lana Lini tak bagitahu memang betul pun." Danny berkias selamba.

Berkerut muka Aryana terus memandang tajam kepada dua beradik yang bertuah itu.

"Errr kitorang masuk rumah dulu!"

Apalagi cabut!

Lana dan Lini berlari meloloskan diri sambil menjerit memanggil ibu mereka. Rayyan ketawa kecil. Aryana masih dengan raut wajah marahnya.

"Kau dari mana Danny?" Tanya Rayyan.

"Kau pula dari mana?" Danny tak menjawab.

Mata mereka saling berpandangan antara satu sama lain.

"Kitorang dating kenapa?" Aryana menyampuk.

Rayyan senyum tertunduk di sebelah Aryana. Hati Danny melegak menghasilkan cecair lava yang panas. Tunggu masa mahu meletup.

"Kakak jemputlah bos kakak tu masuk!" Teriak Zainab di muka pintu. Mereka bertiga terus teralih ke suara itu.

"Rayyan jom masuk dulu. Ibu saya ada buat kuih." Ajak Aryana kepada Rayyan lembut.

"Ajak Rayyan je I!?" Danny tunding jari ke muka nya yang tak puas hati.

Terbantut langkah mereka berdua. Aryana berdengus jongket bibir.

"Saya ajak atau tak Mr Danny peduli apa. Saya tak ajak pun Mr Danny tetap masuk juga kan?" Kata Aryana.

"You tak dengar ke tadi? Bos. B.O.S bos maksudnya I."

Aryana jeling malas layan. Tarik lengan Rayyan tinggal orang gila di situ.

"YA! GEOMOLI! YA!" Jerit Danny sakit hati. Mahu terkeluar anak tekaknya.

Ah! Dia peduli apa. Danny jalan laju berlawan dengan Rayyan untuk masuk ke dalam rumah. Rayyan tak semena-mena terasa dicabar. Dua lelaki pelik bertarung mahu sampai ke pintu masuk.

Sampai di depan pintu masing-masing tak beralah. Tersepit di pintu. Tolak antara satu sama lain. Aryana di belakang mengeluh panjang geleng kepala. Mahu sahaja dia ketuk kepala dua ekor beruk tu.

"Maaflah pintu mak cik muat sorang je dulu masuk." Tegur Zainab senyum sengih.

Rayyan apalagi tolak kuat Danny menggunakan bontotnya. Nasib baik tak tercelepuk Danny ke tanah. Rayyan jelir lidah mengejek. Dia menang! Danny meruap-ruang anginnya.

"Aish! Cincah aish!" Marah Danny.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience