Teaser

Romance Series 41822

“Mr Danny tolonglah saya sekali tangkap ayam-ayam ni!” Marah Samsul. Asyik dia sahaja yang bertungkus-lumus menangkap ayam yang pelbagai saiz tu.

“Why not, you tangkap I basuh.” Saran Danny menggayuti sengih dibibir.

“Penatlah saya kalau macam ni! Tak nak tak nak. Mr Danny kena tolong saya tangkap juga.”

“I’m your bos!” Terbeliak mata Danny, bercekak pinggang.


Sejak berada di kampung, Samsul hampir lupa Danny adalah bosnya. Selamba melayan Danny seperti rakan rapatnya yang lain. Lupa Mr OCD itu tak boleh bawa main. Harimau baru nak berjinak hidup di kampung.

“Tiada siapa-siapa di sini bos!” Suara garau menerpa tiba-tiba.

Tok Rimba sudah mari! Atuk Aryana berdiri tegak sambil kedua belah tangannya di belakang. Danny yang tadi bercekak pinggang sekelip mata tersingit-singit bagai katung dibawah reba. Kemunculan pesara tentera pangkat jeneral itu memancut aura kegerunan. Samsul dan Danny terpaksalah melulur bersetungging. Laju terus membuat kerja. Hendak menangkap seekor ayam pun tak lepas-lepas si Danny.

“OH SHIT!”


Jerit Danny. Ayam kampung yang sudah berjaya di tangkap telah terlepas dari tangan Danny. Kakinya automatik bergerak pantas berlari mengejar ayam yang lari bertempiaran di sekeliling luar reban itu. Malang sungguh nasibnya.

“Kamu yang kejar ayam ke ayam yang kejar kamu?” Atuk Aryana menggeleng lemah tanpa membantu.

Dia memerhatikan sahaja anak muda itu berlari mengelilinginya mengejar ayam yang lagi tangkas darinya. Berlari mundar mandir di tempat yang sama sahaja. Sengaja ayam itu menguji kesabaran Danny. Samsul terpekik sahaja lebih.

“ANDWAEEEEEE!!!!!

Danny terjatuh tersembam tersungkur ke depan dengan muka tertumus ke tanah. Menggeletar apabila tangannya telah terkena tahi ayam! Dia merengus kencang. Sesak nafas. Tangan yang berharga tanpa sebarang najis sebelum ini dicemari oleh secalit tahi ayam!

“ARGHHHH!!!!!”


Jeritnya sekuat hati sehingga ternampak urat-urat hijau di leher. Samsul dan atuk Aryana terus berlari mendekati Danny lalu menggerak-gerakkan tubuhnya yang tidak sedarkan diri. Pengsan! Ayam yang berjaya meloloskan diri berjalan terkedek-kedek di hadapannya. Macam-macam perkara malang telah menimpa diri Danny. Semakin dia lama di kampung itu semakin parah mentalnya.

“Puas saya cari awak. Kat sini rupanya.” Tegur Rayyan.


Aryana yang sedang duduk di kerusi batu berhadapan tasik berhenti sejenak tangannya dari leka melukis pemandangan indah itu apabila terdengar suara Rayyan. Rayyan melabuhkan punggungnya duduk di sebelah Aryana dengan meleretkan senyuman. Aryana membalas senyuman manis itu.

“Wah cantiknya lukisan awak. Boleh saya tengok?” Puji Rayyan. Terpegun melihatnya.

“Boleh.” Aryana memberi sketch book miliknya kepada Rayyan.


Lukisan gambaran angsa berenang-renang dalam tasik yang ada dihadapan mereka membuatkan Rayyan tak terkata dengan seni dan kreatif yang ada dalam diri Aryana. Wanita itu benar-benar berbakat. Cinta dalam diam yang tersimpan dalam relung hatinya semakin melonjak naik. Wanita itu tak pernah berhenti membuatkan perasaannya semakin menuju ke hadapan tetapi kerana takut dan malu perasaan itu asyik disangkal. Rayyan mula mengimpikan dirinya suatu hari terlukis dalam hati Aryana.

“Awak nak tahu satu perkara tak?” Tanya Aryana. Matanya hanya memandang lurus kearah angsa putih yang seronok berenang bersama pasangan dengan senyuman.

“Apa dia?” Rayyan menurunkan lukisan itu dari penglihatannya buat sementara untuk mendengar cerita dari wanita yang disukainya.

“Angsa putih ni tak boleh hidup tanpa pasangan dia. Kalau pasangan dia mati, dia pun akan mati sekali.” Beritahu Aryana.

“Oh yeke? Wauuu.” Teruja Danny . Tekun menatap mata Aryana.

“Lagi satu, angsa putih ni bergerak secara kelompok. Kalau ada seekor yang tertinggal atau terpisah dari kawanan kemungkinan besar angsa tersebut tidak akan hidup lebih lama.” Sambung lagi Aryana.

“Maksudnya diorang ni setia?”

“Tak juga walaupun angsa putih melambangkan kesucian dan kesetiaan.” Kata Aryana.

“Tapi kenapa?” Soal Rayyan lagi. Penasaran.

Aryana berketawa kecil sebelum hendak menjawab.

“Ermm sebab angsa putih ni ada macam-macam jenis. Ada yang namanya, Cygonus Olor, Terompet dan Whooper. Setiap jenis angsa ni berlainan rupa dan ada keunikan tersendiri. Jadi, ada segelintir tu mati kerana patah hati apabila pasangannya pergi dan ada juga mencari pasangan yang lain.” Beritahu Aryana.

Macam manusia juga, ada sesetengah dari kita setelah kehilangan suami atau kekasih lebih memilih untuk hidup bersendiri ada juga yang mampu mencari pengganti untuk menghilangkan kesunyian di kala sepi kerana setia itu bukan senang untuk kita kotakan janji.

“Wau Amazing!” Rayyan bertepuk tangan.

“Awak dah boleh jadi pengulas rancangan National Geographic!”

“Ada-ada jelah awak ni.” Aryana tergelak.

“Bila awak cakap pasal angsa putih ni, teringat saya satu cerita ni.” Giliran Rayyan pula hendak berkongsi cerita.

“Apa dia?” Tanya Aryana ingin tahu. Semakin rancak mereka berdua berbual sambil menghirup udara yang segar di tasik itu.

“Masa saya kecil-kecil saya suka cerita ni, saya ingat lagi tajuk dia ‘ Swan Lake’.” Beritahu Rayyan.

“Fairytale?” Tingkah Aryana.

“Yup. Angsa itu disumpah oleh ahli sihir yang jahat. Waktu siang dia akan menjelma sebagai manusia. Untuk menghilangkan sumpahan itu, dia harus mencari cinta sejati.” Kata Rayyan. Memori zaman kanak-kanaknya masih mekar dalam ingatan.

“Oh! Saya tahu cerita tu!” Aryana tepuk tangan.

Terangkat bahu Rayyan. Terkejut pada masa yang sama teruja wanita itu juga mempunyai cita rasa yang sama dengannya.

“Kemudian ada seorang putera telah jatuh cinta dengan angsa putih tu. Kerana terlalu cintakan angsa putih tu dia sanggup berkorban untuk disumpah oleh ahli sihir itu. Betul tak!?”


Rayyan mengangguk laju. Mereka berdua tersenyum. Cinta tidak cukup hanya dengan kata-kata tetapi ia memerlukan pengorbanan. Pengorbanan yang kadangkala dianggap sebagai kebodohan kerana cinta itu buta. Hanya mereka yang dilamun cinta sahaja akan merasai kemanisan itu. Rayyan mahu menjadi putera buat Aryana. Mencintai Aryana dalam apa jua keadaan. Perasaannya mula bergolak kerana lidahnya asyik kelu untuk meluahkan isi hati yang terpendam. Kini adalah masa yang sesuai!

“Aryana ....” Rayyan memanggil dengan nada yang layu. Menatap wajah wanita yang masih duduk di sebelahnya.


Aryana menoleh memandang Rayyan. Senyumannya sebab cerita tadi masih belum luntur. Dia juga mula merasakan nada lelaki itu berubah serius. Cara pandangan lelaki itu dia dapat meneka, ada sesuatu yang sedang bermain di fikirannya.

“Aryana sebenarnya saya dah lama....”

“KAKAK!!!” Jerit Lana berlari laju menuju ke arah mereka berdua.


Rayyan dan Aryana tersentak serentak. Menoleh kebelakang sebaik sahaja seruan namanya dalam keadaan cemas. Luahan Rayyan tergendala sekali lagi.

“Kenapa ni?” Tanya Aryana pelik. Lana tercungap-cungap.

“Akak kena balik sekarang. Oppa Danny Oppa Danny pengsan!” Beritahu Lana tersemput-semput.

“HAH PENGSAN!?” Rayyan dan Aryana terkejut. Ternganga.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience