"Danny please bagi I peluang kedua... I tak boleh move on Danny..." Rayu Rachel bersungguh-sungguh. Tak mahu melepaskan pelukan Danny.
Aryana dah keluar. Tak sanggup nak tengok drama korea yang menggelikan.
"Let me go! Rachel kita dah tak ada apa-apa! I tak nak you sebut nama I lagi. I jijik dengan you!" Danny melepaskan pelukan Rachel dengan keras.
Danny terus keluar laju. Rachel kejar Danny dari belakang. Rachel menarik tangan Danny. Cukup rimas dengan perempuan yang sudah mencuranginya.
"Please Danny I tahu you masih cintakan I. I menyesal I betul-betul menyesal. Please jangan tinggalkan I." Rayu lagi Rachel.
"You silap... I dah lupakan you and now I dah jumpa perempuan yang cintakan I yang setia dengan I bukan macam you so please! please lupakan I sebab no more chance for you!"
"Who is she!? siapa perempuan tu!? bagi tau I!? Rachel marah. Tidak berpuas hati.
Siapa pula perempuan yang sudah menggantikan tempat Rachel? Alasan Danny sahaja supaya Rachel tidak menggangu hidupnya lagi. Dia betul-betul sudah tawar hati.
"You tak perlu tahu siapa. Apa yang i nak dari you jangan kacau hidup i lagi. Kita over!"
Danny terus pergi.
Meninggalkan Rachel yang masih menteriak namanya. Sikitpun Danny tidak menoleh. Hubungan dia dengan Rachel sudah menjadi sampah yang jijik untuk dikutip semula.
Danny nampak Aryana dari parking kereta. Dia terus mendekati Aryana. Aryana baru sahaja mendapatkan telefon bimbitnya yang tertinggal.
"Intern.. be my fake girlfriend."
Danny halang laluan Aryana. Aryana terus berkerut. Buang tabiat!
"Mr Danny dah gila ke?"
"Just be my fake girlfriend. I will pay you. Berapa you nak?" Selamba Danny. Terpaksa.
Terangkat kening Aryana. Danny tawar wang yang lumayan buat Aryana. Kerja Aryana hanya menjadi kekasih tipunya sahaja.
Aryana berdengus kuat. Geleng kepala.
"Lama-lamakan saya tengok Mr Danny ni betul-betul dah gila. Ada neuron-neuron yang terputus kat dalam otak Mr Danny. Minum Enfagrow A+ banyak-banyak. Biar otak dengan emosi Mr Danny tu terhubung. Saya dah lambat." Aryana tepuk bahu Danny sindir.
Anggap sahaja kata terakhir dia untuk Danny.
Sebaliknya Danny menarik tangan Aryana. Aryana tepis kuat.
"Mr Danny dah kenapa!? Gila ke!?"
"Just be my fake girlfriend! I bayar you! Lagi tinggi dari gaji you kerja sekarang. Berapa you nak I sanggup bayar." Gesa Danny tidak putus-putus.
Handphone Aryana banyak kali berbunyi. Ibu dan saudaranya pasti sedang menunggunya. Permintaan Danny yang merepek sudah membuang masa yang berharga untuknya.
"Jangan macam budak-budaklah Mr Danny. Tadi Mr Danny kata benci tengok muka saya sekarang suruh saya jadi fake girlfriend Mr Danny! Apa ni!? Mr Danny cari perempuan lain untuk settle kan masalah Mr Danny! Saya tak ingin nak jadi fake girlfriend Mr Danny sebab apa? sebab saya BENCI Mr Danny! Faham! Jangan kacau saya!" Laju Aryana berkata. Tiada noktah.
"I tahu you suka duit. You jadi fake girlfriend I and you tak payah nak kerja banyak-banyak. Simple! You jangan risau I tak akan jatuh cinta dengan you! You are not my taste!"
BAP!
Sekali lagi kaki Danny disepak!
"Intern my leg!!!! Arghhhhhhhhhgg!!!!"
Jerit Danny. Sakit kakinya.
Aryana tak peduli. Dia terus pergi dan berlari. Takut terlambat untuk berjumpa dengan Mak Langnya. Permintaan Danny yang konyol dia malas nak layan. Dasar lelaki gila!
Danny tak akan berputus asa. Dia akan memaksa Aryana untuk menjadi teman wanita palsunya. Wait and see!
**********
'hik hik hik'
Motor Aryana tak hidup-hidup. Banyak kali dia pulas kunci. Periksa minyak penuh lagi.
"Senorita... kau buat hal ye. Merajuk dengan aku ke??" Aryana belai-belai motor kesayangannya.
Motor skuternya buat hal lagi. Kali ni dah 3 kali kena repair. Aryana buka helmet. Cuba duduk dan bertenang. Dia sangkut di rumah pelanggan. Tak dapat nak pickup oder lagi. Masak ni. Garu kepala.
"Hello abang Muz, sorry saya tak dapat nak pickup oder. Motor saya buat hal lah." Aryana call Muz. Manager Pizza hut.
"Aduh macam mana boleh rosak pula. Rider lain lambat lagi nak sampai." Muz mengeluh. Geleng kepala.
Aryana jadi serba salah.
"Sorry bang, saya betul-betul tak boleh nak buat apa. Motor saya yang ...
"Itulah kau! aku suruh pakai motor company kau degil. Nak juga motor lapuk kau tu! Tengok dah susahkan orang! Ish!" Muz terus tutup phone. Marah dengan Aryana.
Aryana terkilan.
Aryana pula mengeluh panjang.
Perlahan-lahan matanya berair.
"Senorita tengok sebab kau aku kena marah. Aku nak kena buat apa ni?" Dia bebel pula ke skuter yang tak bernyawa.
Pandai betul motornya memilih tarikh. Tengah-tengah bulan baru lah Senorita kesayangannya mahu buat hal. Mandi kan hari-hari, isi minyak tak pernah tak penuh. Nak juga merajuk memanjang.
"Eh dik tak balik lagi ke?" Sapa tuan rumah. Pelanggan yang memesan pizza.
Aryana terus bangun. Terkejut ada orang tegurnya dari belakang.
"Maaf mak cik. Motor saya buat hal pula. Tiba-tiba tak nak hidup." Beritahu Aryana kesal.
"Lah yeke. Kalau macam tu masuk lah dulu." Ajak tuan rumah. Kasihan melihat nasib Aryana.
"Eh tak pe mak cik. Susah-susah je. Tapi kalau saya tinggalkan dulu motor saya ni kat depan rumah mak cik boleh?" Pinta Aryana.
"Eh boleh-boleh tak ada masalah. Nak masuk kat porch mak cik ni pun boleh."
Pelawa mak cik itu dengan terbuka hati. Mujur Aryana masih diberi rezeki yang boleh meringankan masalahnya.
"Eh tak pe kat depan ni pun boleh je mak cik. Terima kasih banyak-banyak mak cik. Esok petang InsyaAllah saya datang ambil ye." Ujar Aryana serba salah.
Mak cik yang baik hati itu angguk senyum. Aryana terpaksa balik ke kedai menaiki grab. Dalam kereta dia bersandar kepenatan.
"Nampak penat dik..." Pak cik grab menegurnya sambil memandu. Mahu mengajak berbual.
"Ak ah pak cik." Jawab Aryana ringkas.
"Biasalah kerja semua penat. Tak apa asalkan kerja halal. Kamu ni nampak muda lagi, kerja ke belajar?" Tanya pak cik grab ingin tahu.
"Saya kerja pak cik. Kerja penghantar pizza, cafe, dengan casher kedai 7-eleven pak cik." Beritahu Aryana. Penatnya masih belum hilang.
"Wush banyaknya kerja. Kamu bahagikan macam mana tu!?" Terus pak cik grab pandang Aryana di cermin.
Aryana ketawa kecil.
"Siang isnin sampai jumaat saya kerjalah kat cafe tu. Malam shift kat 7-eleven. Hujung minggu ni kerja delivery pizza." Jawab Aryana.
"Bagusnya kamu. Tak penat ke? Pak cik kagum budak usia macam kamu ni." Puji pak cik yang sudah beruban sedikit rambutnya di tengah-tengah.
"Penatlah juga tapi nak buat macam mana. Saya tak nak memilih kerja. Cita-cita tu ada tapi saya nak dahulukan adik-adik saya dulu pak cik."
"Betul-betul. Pak cik pun sebenarnya cukup je anak-anak bagi. Tapi pak cik ni tak boleh duduk diam nak juga bekerja. Macam buat grab ni pak cik seronok dapat jumpa macam-macam orang. Boleh berborak, cerita pengalaman. Macam kamu pak cik bangga. Kalau ada cita-cita tu jangan pernah putus asa ye. Tetapkan cita-cita tu." Pesan pak cik itu kepada Aryana.
Aryana angguk dan senyum. Mengambil kata-kata semangat itu sebagai motivasinya untuk berjaya.
Sesudah sampai di kedai. Aryana berlari masuk ke kedai.
"Sorry abang Muz. Saya punya motor tak boleh hidup saya..."
Belum sempat Aryana habiskan percakapannya Muz sudah memotong. Riak wajahnya memang marah. Tak pandang langsung muka Aryana.
"Esok kau tak yah datang kerja. Kau tak boleh bagi komitmen dengan baik." Kata Muz tanpa ragu-ragu.
"Eh abang Muz tak akan lah sebab tu saya kena buang. Saya bukan sengaja pun." Aryana tak boleh terima.
"Full stop! Hari ni kau last. Tak payah hantar notis." Muz tak nak dengar alasan dari Aryana.
Aryana tahan lidahnya untuk berkata lagi. Geram! marah! semua ada. Semudah itu dia dibuang kerja. Muz memang tak boleh bawa berunding. Mahu atau tidak Aryana harus terima.
"Tak apa Aryana, ada lagi rezeki kau yang lain. Stay strong Aryana stay strong!" Aryana bisik dalam-dalam. Sedapkan hati yang sedang kecewa.
Aryana balik menaiki bas. Dalam bas dia asyik termenung. Melihat ke luar. Menghirup udara malam sebagai penyejuk hati. Mengeluh tak henti-henti. Dia mula sedar untuk meneruskan kehidupan bukanlah mudah. Hatinya mula sakit dan pedih. Helmet purplenya masih setia dengannya. Dipeluknya erat.
"Kalau ayah hidup, kakak mesti dah sambung belajar. Ayah kakak.... minta maaf. Kakak belum dapat tunaikan permintaan ayah. Kakak..."
Aryana kesat air matanya yang mengalir perlahan. Matanya mula masuk habuk. Angin kot. Tak mahu mengaku dia sedang bersedih.
*********
"Encik Rayyan, tema Annual dinner kita tahun ni maskquerade. Okay tak?" Cadang Jazy kepada Rayyan.
Rayyan menongkat dagu. Mempertimbangkan idea Jazy.
"Erm macam menarik. So berapa banyak kita kena tempah mask tu?" Tanya Rayyan.
"Nanti saya bincang dengan event management. Lagi satu encik Rayyan jangan risau saya dah ada idea nak letak slogan annual dinner kita apa." Jazy angkat-angkat kening.
"Apa dia?"Tanya Rayyan penasaran.
Jazy bangun dari kerusi. Berdiri macam Papazola. Bergaya, matanya pandang keatas serupa Superman. Dahi Rayyan berkerut. Tertunggu-tunggu.
"The Magic Touch of Galaxy Milky Way Micasa Ray Annual Dinner. Dreams Come True! Lets the party begin!" Bangga Jazy.
"Hei panjangnya! Tu bukan slogan!"
"Hah panjang ke?" Jazy blur.
Tangan diudara tadi terus kebawah.
Rayyan geleng kepala. Kalau bab merapu meraban bagi sahaja kat Jazy.
"It's okay. Slogan tu kemudian. Nanti saya fikirkan but make sure before seminggu sebelum event, kita dah settle." Kata Rayyan.
"Baik encik Rayyan! Lagi satu... encik Rayyan bawa siapa?" Tanya Jazy sengih.
"Bawa? Bawa siapa?" Tanya semula Rayyan. Musykil.
"Eaaa tak faham-faham pula dia. Annual dinner ni kan kena bawa partner masing-masing. Encik Rayyan tak akanlah tak ada partner."
Rayyan ketawa kecil.
Tak terfikir lagi mahu bawa siapa. Siapa yang sudi untuk menjadi pasangannya malam annual dinner tu nanti.
"Maybe saya bawa umi sayalah kot." Selamba Rayyan.
Mahu ke umi? Silap-silap Rayyan terkena balik dengan umi. Mesti uminya akan cakap.
"Umi nak spent time dengan papa. Kami nak dating. Jangan kacau."
Dah ada dalam fikirannya sebab setiap kali annual dinner. Uminya sahaja yang jadi mangsa Rayyan. Anak umilah katakan.
"Bawa umi ke bakal umi encik Rayyan. Encik Rayyan bawalah siapa hari tu namanya Ina Ana Mana siapa ye..."
"Aryana..."
"Hah Aryana! Sedap nama diberi." Sakat Jazy. Senyum macam kambing.
Sebenarnya Aryana memang sudah singgah dalam fikirannya cuma segan untuk mengajak. Rayyan teragak-agak untuk whatsapp Aryana pada masa yang sama dia mahu.
'Ting tong ting tong'
Bell pintu kondo Danny asyik berbunyi. Siapa lagi kalau bukan Rachel. Rachel tak habis-habis mengacau hidupnya.
"Danny please open the door! please baby!" Paksa Rachel.
Danny yang baru sahaja selesai mandi dan masih bertuala tidak mempedulikan panggilan Rachel. Dia malas nak layan ahli sihir gila kat luar rumahnya.
Tak cukup dengan itu, Rachel hubungi Danny berkali-kali agar Danny menjawab panggilannya. Hampir 20 missed call.
Kalau beginilah jadi, sampai bila-bila hidup Danny tidak aman. Dia betul-betul terdesak memerlukan bantuan dari Aryana. Danny harus cari cara untuk memaksa Aryana menjadi teman wanita palsunya.
"Julia sorry I ganggu you. I nak .... tanya sikit boleh?" Danny hubungi Julia, ada sesuatu yang ingin dia mahukan dari Julia.
"Apa dia Mr Danny?" Tanya Julia yang sedang sibuk memasak. Diangkat juga panggilan bosnya itu di waktu malam.
"You... ada tak... erm... ada .. tak..." Danny gagap nak minta.
"Minta apa Mr Danny??" Julia tak sabar. Tangannya sebelah kiri sedang menyenduk nasi. Ternanti-nanti permintaan Danny.
bersambung...
Share this novel