BAB4

Romance Series 41822

"Aduh penuhlah pula dalam lift." Aryana mengomel dalam hati.

Tak ada pilihan dia masuk sahaja ke dalam lift berasak-asak. Dikecilkan sahaja badannya selagi muat. Helmet kesayangannya dipeluknya sahaja agar tiada siapa-siapa yang cedera.

"Ouch!" Suara perempuan mengadu kesakitan.

"Maaf miss tak sengaja." Aryana terpijak kaki perempuan itu.

Perempuan yang seksi, tinggi, rambut perang dan panjang itu menanggalkan cermin mata hitamnya dan memandang tajam kepada Aryana. Aryana sudah pandang ke tempat lain setelah meminta maaf.

'Ting' pintu lift terbuka semua keluar termasuk Aryana dan perempuan yang seksi itu.

"Excuse me... hei hei hei!" Perempuan itu memanggil Aryana dari belakang setelah keluar dari lift. Nampaknya kejadian tadi belum habis sampai disitu sahaja.

Aryana berhenti dan terus toleh kebelakang. Dia rasa macam suara memanggil itu lebih dekat kearahnya.

"Miss panggil saya ke?" Tanya Aryana baik.

Perempuan itu jalan dengan kasut tumit tinggi. Dahlah tinggi pakai pula kasut tinggi. Jalan serupa model. Perempuan itu memandang Aryana atas bawah. Fesyen yang menjengkelkan dimatanya.

"Of course you, pijak kaki I... see what happened!" Terbeliak matanya dan menunjukkan kasut tingginya ada kesan kotor. Kesan tapak kasut Aryana.

"Eh perempuan galah ni cari pasal pula dengan aku." Aryana cakap dalam hati.

"Kan saya dah kata tadi saya sorry tak sengaja." Aryana cakap baik-baik. Dia keluarkan tisu dari beg dan memberikan kepada perempuan yang sombong itu.

"Nah tisu lap lah kasut awak kalau kotor." Aryana hulur dua helai tisu kepadanya.

"What!? Oh my god..."

"Kenapa tak cukup, nah amek satu packet tisu ni."

Selamba Aryana perempuan itu dah mula emosi cannot brain dengan sikap Aryana.

"You ingat I ni apa? Cleaner tukang cuci kasut! So rude!." Jerit perempuan itu kepada Aryana.

Aryana cuba tahan sabar. Dah tu dia nak Aryana buat apa?. Maaf dah cakap, bagi tisu tak nak. Lagipun, Aryana betul-betul tak sengaja. Dalam lift tadi ramai sangat orang tak sangka lah pula dia boleh terpijak kaki perempuan tu.

"Kau patut bersyukur tau, yang aku pijak tu kaki kalau helmet aku ni kena kat kepala kau hari ni juga kau masuk hospital." Aryana dah tak boleh tahan.

"Trylah kalau you berani!"

"Dah lah buang masa aku layan kau. Aku dah lambat. Kau amek tisu ni lap kasut kau sendiri." Aryana ambil tangan perempuan itu dan memberi tisu kepadanya. Dia harus cepat untuk menukar baju kerja.

"Hei perempuan!!! hei! Aku belum habis cakap lagi!!" Jerit perempuan tidak puas hati itu kepada Aryana. Aryana hanya melambai dan pergi meninggalkan perempuan itu meroyan sendirian.

********
"Baby .... jom teman I pergi shopping beli kasut baru. Tengok apa dah jadi dengan kasut I ni.." Rachel buat muka sedih dan menunjukkan kasutnya yang sudah buruk. Kotor sikit je pun, budak tadika pun tau nak buat apa kat kasut tu kalau kotor.

Danny masih fokus di skrin komputer tetapi mendengar keluhan kekasihnya yang mengada itu.

"I siapkan sikit kerja I ni okay. Nanti I temankan you. You duduk dulu."

"Tak nak... jomlah sekarang I tak selesa pakai kasut macam ni jomlah ..." Paksa Rachel menghentak-hentak kakinya dengan manja.

Danny mengeluh pandang komputer pandang Rachel. Kerjanya masih belum siap. Danny tak suka meninggalkan kerja tiba-tiba.

"Okaylah jom... " Danny terpaksa ikut sahaja rentak Rachel kerana sayangnya kepada Rachel. Rachel apa lagi suka dan terus memeluk tangan Danny.

********
"Uols malam ni jom kita tengok movie." Ajak Samsul. Kipas bulu pink tak boleh lekang.

"Cerita apa best? Tengok cerita hantu nak tak?" Saran Wan.

"Alah tak nak tengok cerita hantu, takutlah ..." Laju Samsul geleng kepala. Pengecut.

"Ko ni pun Wan tengok lah dia ni macam mana. Silap-silap hantu pun takut tengok dia. Nah Samsul ko bawa kotak ni dari pegang kipas pink kau. Aku pula yang bawa. Aku perempuan sejati." Aryana terus bagi kotak kepada Sam.

Mereka bertiga berjalan nak menuju ke lobi sambil rancak berborak. Samsul walaupun dirinya dilihat lembut dan mulut lazer tetapi dia masih seorang lelaki yang gagah berani. Itu dialah yang kata.

"Kau kalau keluar suara jantan aku betul-betul, kau orang pertama aku reject. Aku nak gadis yang ayu, sopan santun, lemah lembut dan berbudi biacara gitu. Baru kelas nyah!" Samsul tepuk bahu Aryana kuat hampir jatuh Aryana.

"You! perempuan ni! perempuan ni yang buat kasut I rosak!" Rachel menunding jari ke Aryana.

Mereka bertiga terus berhenti di tengah-tengah lobi. Terserempak pula dengan Rachel. Wan dengan Samsul terkejut. Pandang Aryana. Aryana tidak menceritakan situasi yang berlaku antara dia dengan Rachel kepada mereka.

"So you staf kat sini!? Why my boyfriend dapat staf yang kuno macam you all hah?"

"Amboi amboi amboiii sedapnya kau bercakap sebelum aku sumbat kipas ni dalam mulut kau lebih baik kau tarik balik kata-kata kau tu!" Samsul bercekak pinggang. Dah tak peduli rasa hormat pada Danny yang ada disebelah Rachel.

"Who are you! I m not talking with you!"

"And who are you! call us kuno!" Samsul melawan. Wan disebelah cuba hendak meredakan keadaan.

Siapa punya lawan sekarang ni. Rasanya Aryana yang kena gaduh dengan Rachel. Aryana kat sebelah senyum seperti melihat cerita komedi.

"Rachel enough, ni hotel I. Masalah kecil je kan." Pujuk Danny dengan nada yang baik.

Aryana rasa meluat.

"Dari planet manalah Mr Danny dapat perempuan macam ni. Orang dah minta maaf tak faham bahasa, orang bagi tisu tak nak. Kau nak apa sebenarnya? Kau kurang kasih sayang ke?" Aryana bersuara.

"Jaga mulut awak Aryana, she is my girlfriend. Awak tak ada hak nak cakap macam tu dengan dia." Danny menjawab. Rachel suka sangat dirinya dibela.

Situasi mula tegang antara Aryana dengan Danny. Mereka berdua saling menatap mata. Pandangan yang amat tajam. Samsul dan Wan hanya diam. Melihat sahaja perbalahan mereka. Tak berani ikut campur.

"Dah tu girlfriend kesayangan Mr Danny ada hak ke nak cakap kami ni kuno? Sebelum Mr Danny nak cakap hak, tolong betulkan girlfriend Mr Danny. Ajar dia macam mana nak hormat orang."

"Awak antara staf yang paling kurang ajar saya jumpa dekat hotel ni. Tak ada staf yang berani melawan saya seperti awak. Sikap awak, adab awak kosong! Siapa yang patut betulkan awak?"

Dua-dua tak mahu mengalah. Menggeletar tangan Danny menahan marah.

"Kau tengok telinga dia merah, itu petandanya dia marah." Wan bisik ke Samsul.

"Ush ish kau ni orang tengah serius." Samsul menyuruh Wan diam.

Rachel di sebelah Danny bahagia dirinya disebelahi. Samsul rasa geram, nak tarik sahaja rambut Rachel, kerana dia Danny dan Aryana bergaduh sesama sendiri.

"Saya tertanya-tanya how your mum and dad raise you!" Sambung lagi Danny.

Aryana mencengkam tangannya. Menahan marah. Kata-kata umpama hinaan dari mulut Danny membuatkan hatinya cukup sakit. Matanya mula merah dia tidak berkata apa-apa langsung.

'BUK!'
Aryana tumbuk Danny!

Wan dan Samsul mula gelabah. Cepat-cepat menahan tangan Aryana. Risau Aryana akan menumbuk Danny lagi. Sekarang dah tak mainlah cakap lebih-lebih, kasi penumbuk settle.

"Sekarang saya tunjuk kurang ajar saya. Mungkin saya perempuan pertama yang tumbuk Mr Danny. Sekarang Mr Danny nak buat apa dengan saya?"

Danny memegang mulutnya. Sakit yang amat. Rachel di sebelah pula membebel ke Aryana. Berani-beraninya Aryana mencederakan kekasih hatinya.

Danny hilang kata-kata. Dia rasa tercabar! Imej seorang lelaki maskulin Danny di calar oleh Aryana.

"YOU ARE FIRED!" Jerit Danny. Satu hotel boleh dengar sekali terbeliak matanya.

Aryana tak ada niat mahu menumbuk Danny. Jika Danny tidak mengeluarkan kata-kata yang menyakitkan hati, Aryana akan mengalah. Dia masih menghormati Danny sebagai seorang majikannya. Disebabkan oleh pergaduhan yang tidak masuk akal ini, Aryana hilang kerja.

Aryana terus pergi.

"Aku dah tau malam ni nak tengok cerita apa! Ular Jadian!" Samsul sengaja cakap kuat sambil jeling ke Rachel.

"Jom-jom jangan tengok mata dia lama-lama nanti kena pukau." Tambah Wan lagi.

Wan dan Samsul kejar Aryana. Meninggalkan Danny dan Rachel. Sakit hati Rachel dengan dua orang itu.

"Baby are you okay?" Tanya Rachel memegang tangan Danny.

Danny rasa panas. Marahnya belum reda. Dia melonggarkan sedikit tali lehernya.

" Rachel I m sorry, next time je kita keluar okay. I m not okay right now." Danny terus pergi.

Rachel rasa menyampah. Rancangan mahu keluar shopping dengan Danny tak kesampaian.

Aryana mengemas barang-barangnya. Entah kenapa airmatanya tiba-tiba mengalir. Apa sahaja yang dia buat selalu tidak kena di mata Danny. Apa yang Danny tahu hanya memanggilnya tiada adab! Intern! intern! intern!

"Nyah kau okay tak ni? Kau betul-betul ke nak berhenti ni?" Samsul pujuk Aryana.

Aryana kesat air matanya.

"Dugong tu dah pecat pun aku Samsul. Aku boleh buat apa lagi? Aku pun tak sangka aku boleh tumbuk dia. Dia cari pasal dengan aku." Kata Aryana.

"Aku tak pernah nampak kau menangis nyah. Semua ni sebab perempuan langsuir tu. Geram aku tau!"

Aryana tiba-tiba geli hati dengan Samsul. Dia pula yang teremosi lebih. Nak buat macam mana nasi dah jadi bubur. Kalau Aryana bertahan di hotel itu pun, tak akan mengubah apa-apa. Danny tetap tidak akan berpuas hati dengannya. Jadi lebih baik dia beredar. Rezeki masih ada di luar sana.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience