"Kami betul-betul minta maaf Datin. Bilik tu dah ditempah." Assistant Manager Front office lagi sekali menekankan hal itu kepada seorang perempuan dalam lingkungan 50-an.
Datin Seri itu tetap tak mahu mengalah. Hampir 30 minit dia menapak di tempat itu. Gayanya yang sombong dan pentingkan diri itu membuatkan staf hotel sakit kepala melayannya.
" You all tak kenal I? I ni isteri Menteri faham!? " Datin itu seraya menunding lima-lima jari ke dirinya.
"Ya kami kenal Datin tapi Datin kena kenal juga pengurusan kami. Kami tak boleh nak keluarkan arahan kepada pelanggan yang sudahpun masuk ke dalam bilik itu semata-mata untuk Datin."Tegas Manager itu yang hampir mahu hilang sabar.
Bilik yang berhadapan dengan pemandang laut waktu malam yang cukup indah itu menjadi rebutan.
"Where is your bos!? Call your boss now! Or I will call my lawyer!"Teriak Datin itu.
"Maaf Datin kalau bos kami ada disini ia tak mengubah apa-apa. Saya minta Datin hormat peraturan dan polisi kami. Siapa cepat dia dapat." Wanita yang berusia 30-an itu tetap dengan pendiriannya. Sudah 7 tahun dia berkhidmat. Dapat pelanggan tak sedar diri seperti Datin itu kacang sahaja baginya.
"Kurang ajar kau kan. Kau sedar ya kau tu kerja makan gaji tau! Duit aku kat dalam hotel ni nak sumbat dalam perut kau tahu!" Herdik Datin itu tajam. Tangannya yang berlingkar emas tak reti duduk diam.
Pelanggan yang ada di belakang sudah penat mahu menunggu. Mereka semua memandang serong terhadap wanita itu.
"Saya sedar diri saya. Datin pun kena sedar diri juga. Tak baik kan kalau kita ambil hak orang. Kalau dah lambat tu buat cara dah lambat." Balas wanita itu selamba.
Semakin membuak-buak api kemarahan Datin itu. Wajahnya cukup-cukup bengis. Dia mula mahu naik tangan! Tetapi tangannya tiba-tiba sahaja ditahan oleh seseorang. Digenggamnya kuat!
Manager wanita itu sudahpun terpejam. Nyaris ditampar.
"Who are you!?" Soal Datin itu marah.
Perempuan yang berkaca mata hitam datang menyelamatkannya. Caranya yang sangat cool dan sempoi. Kelihatan tenang. Namun senyuman langsung tidak terukir.
Tangan Datin itu lantas ditepis kuat terkena ke pipinya sendiri. Perempuan itu sebenarnya sudah lama bersabar. Dari tadi masih menunggu gilirannya.
"Kau siapa!?" Mengamuk Datin itu. Suasana makin tegang.
"Herm, kalau I jadi you I tak akan gaduh dengan orang bawahan. Menjengkelkan." Sindir perempuan itu. Meremehkan Datin yang sedang taufan.
"Kau tak payah nak masuk campur hal aku. Kau yang aku saman!"
"My pleasure. Anyway your style yucky. Yuck smelly macam mulut you berbau." Tutup hidung.
Datin itu mahu menamparnya pula tapi tangannya lebih cekap menangkap segala pergerakan. Rantai emas yang dipakai oleh Datin itu diragutnya kuat sehingga terputus! Sebagai balasan.
Datin itu apalagi menjerit sekuat hati. Marahnya tak dapat dikawal lagi. Pengawal keselamatan datang cuba menteteramkan keadaan.
Orang-orang yang ada disitu tidak melepaskan peluang merakam kejadian. Laju tangan masing-masing mengeluarkan telefon bimbit, yang mana telefon bimbit sudah sedia ada di tangan lagi senang kerja viral dilakukan.
"So now my turn. Pergilah repair rantai you. Rantai you lebih berharga dari bilik yang you nak." Ujarnya tak rasa bersalah malah puas.
"SEE YOU IN COURT!" Datin itu terus beredar.
Settle.
"Ver apa dah jadi ni?" Nona baru muncul.
Veronica muka macam tak ada apa-apa jadi. Tak kisah.
"You lambat ada scene yang hot tadi. Maybe I boleh shooting cerita macam tu tadi." Bangga Veronica.
"Ya Allah apa yang you dah buat ni Ver? Kalau lagi sekali..."
Jari telunjuk Veronica terus ke mulut Nona.
"Ush." Veronica tak mahu mendengar leteran.
Nona sakit kepala.
"Saya nak selfie dengan Veronica boleh?" Minta manager wanita itu. Dia merasakan Veronica heroin baginya.
Veronica ambil kunci bilik berlalu pergi. Tak minat. Penat.
"D d dia memang macam tu." Nona sengih.
Manager wanita itu senyum cuba menyembunyikan wajah hampanya. Jangan haraplah peminat dapat bergambar dengan Veronica. Untuk apa dia jadi artis dan model kalau tidak mahu dikenali?
Sikapnya yang dingin dan tidak memikirkan perasaan orang lain Nona sahajalah yang dapat melayannya. Ada sebab Nona dapat bertahan.
"Erggggg" Kekenyangan!
Perut ditepuk-tepuk manja. Senang hati setelah perut dipenuhi dengan makanan.
"Seronok? Kenyang? Best?" Senyum pura-pura.
"Thank you intern because of you I kenyang. Jari you banyak berjasa cubitkan ikan untuk I."
Muka Aryana masam mencuka. Raut wajah marahnya tak bertukar langsung. Tak senang mahu makan kalau Danny asyik menyuruhnya mencubitkan ikan untuknya. Asalkan mahu suap nasi Danny mengacaunya. Menyesal!
"Lepas ni I nak makan ikan I need your service." Danny angkat kedua-dua keningnya. Senyum tak henti-henti.
Aryana?
Rasa nak sumbat sahaja tulang-tulang ikan ke dalam mulut Danny.
"Total 150 ringgit." Beritahu juruwang itu kepada mereka berdua.
Terbeliak mata Aryana. Danny tenang. Sebab apa? Dia yang akan bayar. 150 jumlah yang kecil di matanya.
Tapi...
Danny meraba-raba poketnya. Menyeluk mahukan dompet tak dapat-dapat.
"Oh you tunggu sini. I pergi kat kereta jap. Ambil wallet." Beritahu Danny.
Meninggalkan Aryana sebentar di kaunter pembayaran untuk mendapatkan dompetnya di dalam kereta.
Aryana angguk sahaja.
Raga makanan ringan menarik perhatiannya pula. Keropok jenama Super Ring diambilnya dua bungkus. Dibukanya terus. Makan. Tunggu Danny sampai sahaja untuk dibayarkan sekali.
Tak lama kemudian Danny muncul. Berdiri tegak di sebelah Aryana. Garu-garu tengkuk. Lihat sahaja Aryana yang sibuk makan keropok. Berdehem. Mahu menyampaikan sesuatu tapi tak lepas-lepas.
Juruwang masih menunggu.
"Mr Danny tengok apa bayarlah." Suruh Aryana. Mula perasan Danny berdiri kaku macam patung.
Serba salah! Takut malu!
"You you ..." Teragak-agak Danny.
Aryana berkerut.
"Apa dia saya tak dengar?" Tanya Aryana. Bunyi suara orang riuh rendah menonton bola lagi kuat.
"I tak ada duit."
"Hah apa tak dengar?"
"Tak ada duit."
"Apa tak dengar kuat lah cakap tu Mr Danny." Jerit Aryana.
'GOALLLLL'
Bunyi sorakan.
"I TAK ADA DUITTTTTT!!!!" Teriak Danny sekuat hati.
Blurp! Televisyen tiba-tiba terpadam.
Teriakan Danny jelas kedengaran. Semua mata memandang mereka berdua.
Aryana tercengang. Melopong.
Bunyi riuh rendah terus menjadi sepi.
"Haih Mr Danny buat lawak ke apa ni? Hahhahaha!" Sukar Aryana nak terima kenyataan.
Danny muka cemas.
"Dah tu?" Aryana kembali serius.
Rasanya tiada guna soalan itu ditanyakan. Sudah tentulah Aryana perlu membayarnya. Dompet Danny tiada dalam kereta. Tertinggal entah dimana.
Aryana keluarkan pursenya dengan jelingan. Sabarkan sahajalah dengan Danny yang berlagak sebentar tadi. Yakin boleh membayarnya.
Tapi, dalam pursenya hanya ada 120 ringgit. Tidak cukup untuk membayar jumlah keseluruhan.
"Erm berapa tadi mak cik?" Tanya Aryana sekali lagi.
"150 ringgit dik." Jawab mak cik itu. Masih ada senyuman.
"Err kalau diskaun boleh?"
Senyuman mak cik itu terus mengendur. Danny di sebelah sudah faham akan senyuman itu.
"Jam tangan I ni dari Itali." Danny mencelah. Kembali beraksi dengan berlagaknya.
Berkerut Aryana.
"Jadi?" Soal mak cik itu serong. Memeluk tubuh.
"So jam I boleh bayar lebih dari harga total makanan. Just take it." Danny menanggal jam tangan mahalnya.
"Along! Bagi mak parang!" Teriak mak cik itu tiba-tiba memanggil anak lelakinya.
Diam terkedu Danny.
Aryana menolak bahu Danny. Tak mahu Danny mengeruhkan lagi keadaan.
"Mak mak cik bertenang. Macam ni!" Aryana tahan dengan dua belah tangannya. Tak mahu mak cik itu naik hantu.
Parang sudah ada di tangan mak cik itu. Berkilat.
Tertelan air liur Danny. Tak nak masuk campur dah.
"Please mak cik. Saya ada 120 ringgit je dalam beg duit saya. 120 ringgit ni pun saya simpan mak cik. Mak cik ambil je 120 ringgit ni lagi 30 ringgit kami bayar kemudian. Kami datang lagi kat sini. Kami janji mak cik. Mak saya kata makan tak boleh bawa main-main. Kan?" Aryana merayu. Buat drama simpati. Belas kasihan.
Status Danny sebagai seorang millionaire sudah tercalar. Seumur hidupnya tak pernah lagi dia berada dalam situasi getir itu. Memalukan!
Mak cik itu diam. Membuat pertimbangan.
Akhirnya dia angguk perlahan tanda setuju. Bila fikir-fikirkan semula soal makan tak mahu berkira. Anggap sahaja kedatangan Aryana ke gerainya sebagai hadiah dari tuhan untuk melakukan kebaikan.
Aryana senyum ke telinga. Terus dihulurkan 120 ringgit ke tangan mak cii itu. Tidak henti-henti mengucapkan terima kasih.
Berkalih je ke Danny senyuman terus lesap. Pandangan tajam layak diberikan. Yakin sungguh tadi!
Rayyan tak bangun-bangun dari sofa di ruang tamu. Kakinya tak larat mahu naik ke bilik. Dalam pemikirannya hanya memikirkan dimana keberadaan kotak merah itu.Tak pernah lagi dirinya cuai. Itu adalah kali pertama.
Tersandar kecewa. Kesal.
Hubungi Danny tak dapat-dapat. Aryana sahaja yang bermain dalam fikirannya. Mahu menghubungi Aryana. Aryana tiada telefon.
Esok dia mahu ke kedai telefon membelikan telefon untuk Aryana. Nekad mahu memberikan kepada wanita yang dicintainya.
Rindunya senang terubat.
Tapi... mahukah Aryana?
"Eh eh pak cik nak bawa kereta saya pergi mana!?" Tahan Danny cepat-cepat.
Terkejut!
Kereta mewahnya mahu dibawa pergi oleh trak tunda.
"Tak tahulah. Kami dapat panggilan kereta ni dah menghalang lalu lintas." Beritahu pak cik perut buncit itu tanpa turun dari lori.
"What!? Excuse me! No! But why my car??? Kereta orang lain tak kena why me!?" Danny marah.
"Settle kat pejabat sanalah bang." Malas nak layan. Tekan minyak. Kereta mewah Danny ditarik dengan hiba.
"No! No! My car! Intern! My car!!! Ya! Ya!!!!!!!" Jerit Danny sekuat hati.
Mengejar-ngejar keretanya. Sia-sia.
Aryana chill. Kunyah keropok super ring.
"Semua ni sebab you! Kita makan kat sini! My car!"
Danny menyalahkan Aryana.
Bertelagah pula di tepi jalan.
"Tu tengok tu. Mr Danny langgar apa. Saya dah tahu jadi I don't care." Selamba Aryana.
Sumbat cebisan terakhir keropok dalam mulut.
'No parking' sign!
Danny langgar.
Danny terduduk. Meramas rambutnya. Tak berhenti-henti membebel.
"Macam mana kita nak balik!? Hah!?"
"Mr Danny ni relax lah macam sesat kat angkasa lepas je. Macamlah tak ada teksi bas kat sini."
"What!? Relax!? Relax!? No! I tak nak naik bas!"
"Dah tu Mr Danny nak naik apa? Jalan kaki hah jalanlah."
Danny cuba bertenang.
"Kita naik teksi." Cadang Danny.
Aryana nak tergelak.
"Teksi? Mr Danny nak gadai apa lagi? Dalam dompet saya ada tinggal 5ringgit je. Orang tu makan tak ingat dunia."
Danny meramas semula rambutnya. Mundar mandir.
Dia raba poketnya. Mahu mengeluarkan telefon.
"Shit! My phone!"
Telefon Danny di dalam kereta.
"Kita request grab. Give me your phone."
"Tak ada." Jawab Aryana.
"Tak ada apa?"
"Phone."
"WHAT! ARE YOU KIDDING ME!?"
Ternaik dua-dua bahu Aryana. Tersentak.
Cara apa lagi mahu diselesaikan oleh Danny?
Aryana berdecip.
"Kecohlah Mr Danny ni. Dah jom depan sana ada bus stop." Ajak Aryana. Malas mahu melayan drama Danny
Tangannya ditarik oleh Danny.
"I tak nak! Intern! I tak nak naik bas! Please! I tak nak! Aryana!" Rayu Danny. Turun naik turun naik nadanya.
Aryana tarik tangannya sendiri.
"Dah tu nak naik apa? Jalan kaki? Mr Danny nak jalan kaki pergi sorang-sorang." Marah Aryana.
Meneruskan langkahnya kedepan. Danny asyik meramas rambutnya.
Aryana?
Menyanyi.
"Papaku pulang dari kota papaku belikan kereta.."
"Shut up intern!
"Nenek-nenek si bongkok tiga siang malam asyik berjaga..."
"I hate you INTERN! GEOMOLI YA!"
"Jika harusku bersabar dengan segala derita ku terima..."
"Intern ... tunggu I."
Dua manusia mengharungi nasib malang di tepi jalan pada waktu malam. Kesian.
Kesian pada Danny.
Share this novel